Salam Ahad Selamat tengahari!!!!
Pada 28 March yang lepas aku & member lagi sorang berjaya join & melengkapkan 1 marathon sejauh 6km di Kepong Taman Layang2, atau nama komersial nya Taman Metropolitan Kepong kalau tak silap. Kami bertolak dari Bukit Jalil ke sana pada pukul 6.15 dan sampai lebih kurang pukul 6.50am melalui LDP.
Sampai2 terus warm up secukup rasa, dan lari. Larian 6km bersamaan dengan 2 round tasik di sana. Aku lupa nak pasang timer, so aku terus tanya jam pada salah seorang volunteer di situ. Pukul 7.50am, so aku berjaya habiskan larian selama lebih kurang 50, 55 minit. Pancit betul. Tak pelah, ni larian pertama yang aku join setelah sekian lama habis belajar di UiTM dulu.
So, lepas ni warm up betul2, pastikan kurangkan barang dalam poket, dan pasang timer betul2. Lagi satu, datang lagi awal, lebih kurang setengah jam awal, so lebih banyak masa nak warm up dan lain2. Ha, lepas lari tu, kitorang amik la segala goody2 bag yang ada, dan yang paling penting finisher medal dia yang lawa. Memang nak kumpul medal2 ni untuk tahun 2015 ni pulak. Lepas2 ni memang ada marathon2 yang kitorang akan join, target nak fit tahun ni, haha.
Finisher pun jd lah :) |
Ok, lepas tu, kitorang pun cabut dari situ, pergi ke gerai makan area situ2 gak. Makanan dah banyak yang habis. Almaklumlah, ramai runner2 yang dah datang lebih awal mengabihkan makanan2 yang sedap awal2. Nasib baik bihun ada lagi, jadilah. Member aku plak pergi tibai nasi lauk macam2, haha janji happy lah.
Lepas makan & borak2 jab pasal larian tadi, kitorang decide nak round2 kat area FRIM yang berdekatan. Sepatutnya kena bayar untuk masuk, tapi tak sure kenapa hari tu, entrance fee adalah free. So kitorang pun masuklah merayau2 dalam tu naik motor. Nak jalan tak larat kot, yelah baru lepas lari mati matian tadi. Lagipun memang besar kawasan FRIM ni.
Dalam 40 minit dalam tu, kitorang pun keluar dari kawasan tu & bawak haluan masing2. Aku kena masuk office jab, nak setelkan kerja sikit yang pending2. Member aku plak balik rumah dia bantai tidur. So lepas ni, larian yang akan kami pergi adalah di Taman Tasik Titiwangsa "9 to 5 Run". Memang terbaikkkklahh!
Ok lah nanti update aktiviti lain pulak, caucincauu
Ok lah nanti update aktiviti lain pulak, caucincauu
cantiknyeeee view tepi tasik tue...
ReplyDeleteCantik & cuaca pun elok je, tapi dah start panas la masa tu...nnt boleh la awk datang sini eh bila2, kat FRIM :)
ReplyDeleteminat juga dgn aktvti larian ni ea... ^_^
ReplyDeleteyup sy minat jugak yaya, tapi xde lah hebat pun, cuma nak senam2 sihatkan badan je, haha :)
Delete