Wednesday 2 August 2017

Saga 3.0 4.0 30/7/2017

Salam 1 Malaysia,

Ahad lepas bertarikh 30/7/2017, buat kali ke berapa tah aku naik ke saga bersama lagi dua orang rakan pendaki dari Gelimat, melalui Trail B. Kami bermula agak lewat pada pukul 9.30am, sampai atas pada pukul 10am. Lepas tu rest jab makan2 kuih dalam setengah jam, baru bergerak ke air terjun dalam 40 minit perjalanan melalui Trail C.

Dalam perjalanan pulang, kami ikut jalan yang berbeza sikit dari tempat datang, tapi oleh kerana aku dah pernah lalu jalan ni, so tak risau pun lah. Tapi jalan punya jalan, dah rasa pelik sikit sebab jalan dah tak familiar pun. Rupanya dah salah masuk salah simpang. Kami turun di sebelah Hatamas, di sebalik bukit sana. Tak pasal2 kena panggil Uber, perjalanan nak ke tempat parking kami naik Uber dalam setengah jam jugak lahh. Caj RM14.75, lumpsum je RM15. Driver uber tu pun gelakkan kami sebab salah jalan jauh sangat.

Di Puncak Saga rest makan kuih jab

Sampai di air terjun Sungai Putih

Seronok ek korang

Turun Salah Jalan dah masa ni, pasrah je semua ikut gogo salah jalan haha

Kat bawah da, tunggu Uber
Lain kali naik turun gunung ke bukit jangan leka main jalan je ye uols.

Ok salam bye !

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...