Saturday 25 January 2020

Cuti musim sejuk di Venice, Itali!

Assalamualaikum! Servus!

Pada beberapa minggu lepas, rakan baik aku semasa aku kerja di Siemens dulu, Hasrol datang ke Jerman atas urusan kerja. Jadi, alang2 dah datang ke sini, kami pun plan satu trip ringkas ke Venice, Itali dan ke Stuttgart. Disebabkan aku memang stay di Stuttgart, aku pun book segala transportation yg diperlukan, bas dari Stuttgart ke München dan train dari München ke Venice. Walaupun ini kali kedua aku ke Venice, tapi agak excited jugaklah. Kali pertama dulu dengan family, boleh lihat dengan klik di sini.

Asalnya selepas Venice, kami mahu ke Interlaken, Switzerland. Tapi oleh kerana Hasrol tak confirm, jadi tak dapat book train awal ke Interlaken. Ketika berada di Venice dan dah confirm nak pergi ke Interlaken, tiba2 segala debit credit card declined, tak boleh guna di Venice. Oleh kerana kegagalan untuk membayar tiket secara online, kami batalkan misi kami dan segera ke main station untuk beli tiket bas di kaunter. Risau Hasrol tak sempat naik flight balik ke Malaysia dari München. 

Card declined masa tu, rupanya selepas contact customer service Maybank baru2 ni, diorang kata kena activatekan e-Commerce untuk kad tu. So, sekarang kad tu dah boleh guna balik. Jadi, ketika itu, trip terpaksa dipendekkan dan kami pulang ke tempat aku di Stuttgart, Germany untuk stay menghabiskan baki beberapa hari sehingga tarikh pulang Hasrol ke Malaysia dari München.



Aku di Venice

Breakfast seketika di Aria Condizionata Cafe Restaurant sambil cuba book tiket ke Interlaken yang akhirnya gagal
Termenung jauh ke hulu sungai

Bot2 feri dan gondola adalah antara pengangkutan utama di Venice

Antara canal di Venice

Lorong2 di Venice sangat dijaga kebersihannya

Jalan2 di Venice juga sangat bersih walaupun penuh dengan pelancong dan orang tempatan berjalan di laluan yang sama

Malam di Venice, laluan pejalan kaki menuju ke station bus untuk menaiki Flixbus pulang ke Stuttgart

Hasrol di jalan kaki lima di Venice, tak banyak pelancong masa ni, kami pun tiba di sana hari Khamis, mungkin masih hari bekerja, bukan masa tumpuan pelancong


Bye! Ciao~



Friday 24 January 2020

Rumah Pertamaku! Update: Entry dari 2017, lupa nak post.

Hii,

Entry kali ni lain sikit dari biasa, iaitu saya nak beli rumah.! Yeay! Bukan sebab dah nak kahwin, tapi saja nak merasa ada rumah sendiri. Niatnya cuma nak sewakan, so boleh dapat sekurang2 nya passive income kat situ. Target saya cuma rumah kos rendah. Survey punya survey, dari Puncak Alam, ke Subang Bestari, sampai lah ke area Sunway. Saya tertarik dengan 1 rumah flat ni, harga dalam 135k saja. Setelah bersetuju dan sign booking form dan bayar deposit, timbul satu masalah pulak. Rupa2nya rumah ni owner nya share nama dengan bapa, tapi bapa dah meninggal dunia. Jadi, terpaksa tunggu surat kebenaran kuasa dari Pejabat Tanah/ Daerah, ambik masa dalam 6 bulan. Saya tak dapat tunggu selama tu, jadi saya dan agent (Nat) teruskan  pencarian rumah lain. 

Beberapa minggu selepas itu, Nat call bagitau ada rumah yang available for sale jugak, dalam area yang sama, harga lagi murah dari sebelum iaitu 130k, mintak discount, memang tak boleh nego dah. Cuma rumah tu di tingkat 9 lah. Sy pun ok je nak tengok2. Rupanya ada penyewa. Kawasan nya agak strategik, ok la agak senang nak cari penyewa. Lif pun masih berfungsi, walaupun hanya satu je. Saya amik masa seminggu untuk fikir dulu, sebelum bersetuju untuk beli rumah tersebut. Nat pun terus buat appointment untuk sign booking form dan saya bayar deposit sebanya 3.18% dari harga rumah tu.

3.18% x 130,000.00 = RM 4,134.00

Nasib baik saya dah naikkan limit online banking dari 1500 ke 5000 dulu. So boleh la bank in je ke account company agent untuk book. Lepas tu Nat bagi saya salinan booking form tu sebagai rujukan. Beberapa minggu lepas tu, pada bulan puasa, hari ke berapa entah, Nelson (bank agent) call, dia ni contact Nat untuk segala urusan bank. Cheerful orang nya. Ceria semacam. Dia nak buat appontment untuk sign bank agreement CIMB Flexi-home loan. Maksudnya loan saya dah lepas :) Dapat jumpa dia beberapa minit sebelum berbuka, cepat sign semua page agreement tu sambil2 dia explain sikit2. 

Proses seterusnya, nak sign Sales & Purchase agreement S&P. Untuk proses ni, kena ada lawyer yang uruskan S&P. Nat cadangkan contact lawyer dia je (Puan Jem), sebab senang nak follow up (lagipun dia dapat komisyen :p). Saya degil nak dapatkan quotation dari lawyer lain, sebab at least boleh banding2kan harga yang lebih murah, dan dari situ boleh la jimat beberapa ratus & senangkan hati sikit. Lalu teringat kat kak sedara (Kak N). Cepat2 mintak harga kat dia. Dalam 2,3 hari dapat, dalam hati memang bagus sebab dia cepat follow up. Tapi lepas compare harga, lebih mahal dalam RM1000 dari Puan Jem. Yelah, lagipun office Kak N kat Seremban, makan kos semua tu. So, Puan Jem dilantik officially. 

Tapi, tunggu punya tunggu, senyap tak ada berita. So, follow up dengan Nat, rupanya rumah tu ada problem sikit sebab owner husband tengah dalam proses tukar nama ke wife dia. So Pn. Jem kena minta SPA form dari lawyer owner untuk proses tukar nama macamtu, adoi. Tak dapatlah nak sign S&P sebelum balik raya ni.

:::Update:::

*Sekarang saya di Jerman.

Last2 tak jadi pun beli rumah dengan Nat ni. Akhirnya, cancel semua perjanjian, dan beli dengan agent lain, Samantha, rumah di Meru, Klang dengan harga RM135,000.00. Deposit dengan rate yang lebih kurang sama. Semua proses berjalan dengan smooth dan sempat memiliki rumah tersebut sebelum datang ke Germany untuk sambung belajar pada 2017. Rumah tu sekarang dah ada penyewa, so setiap bulan, payment rumah di cover oleh penyewa tersebut. Penyewa tu di recommend oleh agent, pekerja under company area tu juga. Tak pe lah, at least cover duit bulan2.

Okay, terima kasih! Bye!

Tahun Baru 2020 di Stuttgart, Jerman

Assalamualaikum, servus!

Dah lama rasanya tak update. Sekarang dah masuk 2020, dan target aku untuk menghabiskan study master aku sejak 2017 dah pun tercapai, walaupun result pun beshe2 ajee. Sekarang kena pasang target lain pulak. Jadi, di sini ada sedikit gambar dan video untuk kenangan dikongsi bersama semua. Tahun baru 2020 ni sambut di Stuttgart sahaja kerana save budget sikit dan tak ada mood sangat nak travel jauh2. Gambar tak banyak sebab aku banyak fokus amik video je.

Kawan2 classmate nak shisha pulak, aku follow jelah walaupun aku tak hisap shisha sebab aku sinus tak tahan, dan jangan risau, tiada alkohol kat sini, semua minum samada coke, halia atau jus saje


Sambutan tahun ni dia kurangkan pertunjukan bunga api fireworks sebab nak cut cost kot & pencemaran udara. So dia gantikan dengan pertunjukan laser macam kat dalam video kat bawah.
Skip ke minit 4:25 untuk countdown new year, haha. Thanks for watching ye.




Okay tu je, Selamat Tahun Baru 2020! Frohe Neues Jahr 2020! 


Melawat abang di Thessaloniki, Greece dan transit di Bolognia, Italy

Assalamualaikum! Servus!

Posting kali ni pendek je sebab kejar masa, haha. Selepas presentation thesis haritu, so aku buat keputusan untuk melawat abang di Greece. Dia kerja di sana dah beberapa tahun. So saja la melawat dia. Duduk sana selama seminggu je, lepas tu balik ke Jerman semula. Tapi on the way balik, transit di Bolognia, Italy dahulu. Video semua kat bawah.

Abang Acap di Greece

Di tepi pantai Laut Aegean

Semasa menyertai trekking trip dengan group kenal di Facebook

Lepak2

White Tower di Thessaloniki

Rotonda of Galerius

Di Cafe guna internet cari kerja


Di Seli untuk ski tapi salji cair pulak global warming kott

So kami pun turun dari gunung tu & pergi lunch
So ni sedikit sedutan di Thessaloniki dan semasa transit di Bolognia, Italy.

Di Thessaloniki, Greece:


Di Bolognia, Italy:

Terima kasih! Vielen Dank! Arigato!

Thesis dah submit & present!

Salam!

Dah setahun lebih tak update, busy dengan segala thesis dan hidup. Setelah dua tahun berhempas pulas, akhirnya berjaya juga habiskan thesis dan present juga dah settle. Di sini dikongsi sedikit moment gambar dan video (klik di sini ) untuk kenangan bersama.

Bersama supervisor Mr. Markus Tidemann

Sebelum present ambil gambar dulu, nervous tak payah cakap la

Tak plan pulak nak sedondon macam ni haha dengan muka aku rabak tak cukup tido nya

Slide presentation last minute check
Sedikit perkongsian hari terakhir submit thesis.



Bye!!!



Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...