Friday 27 March 2020

Corona Virus Covid-19

Salam,

Sekarang adalah musim Coronavirus atau Covid-19 berleluasa dan semua orang adalah dikehendaki untuk kekal di dalam rumah. Disebabkan Coronavirus juga, aku telah ambil keputusan dengan tergesa2 untuk pulang ke Malaysia dari Jerman dalam masa tiga hari sahaja. Perbincangan bersama abang di Greece secara online akhirnya membuahkan hasil, iaitu aku harus pulang ke Malaysia segera pada waktu itu sebelum "travel ban" oleh mana2 pihak kerajaan Jerman atau Malaysia dikuatkuasakan, atau mungkin tiada lagi flight yang dijadualkan oleh mana2 syarikat penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Ketika aku pulang ke Malaysia pada 5hb March 2020, kes Coronavirus di Jerman pada waktu itu hanyalah sekitar 200 kes sahaja. Pada waktu aku menulis nukilan blog ini di awal pagi jam 0600 bertarikh 22hb March 2020, iaitu lebih kurang dua minggu selepas aku tiba di Malaysia, kes Coronavirus di Jerman telah mencecah 22,255 kes, dengan jumlah kematian sebanyak 84 orang.

Kes Coronavirus 22.03.2020

Aku tak sangka Coronavirus akan jadi seteruk ini dalam masa dua minggu saja. Aku tak pasti apa yang aku patut rasa sekarang, mungkin bersyukur kerana aku telah meninggalkan Eropah di waktu yang agak awal dan tepat juga, tapi dlm masa yang sama aku rasa agak kaget atau terkilan kerana masih ramai rakan2 aku yang masih berada di Jerman, kerana sesetengah dari mereka masih belum menghabiskan pembelajaran mereka di Universität Stuttgart, sekarang terpaksa menghadapi cabaran ini pula. Pihak kerajaan Jerman telah menguatkuasakan "lockdown" dimana tidak membenarkan perjalanan keluar atau masuk dari Jerman

*Update 27.3.2020

Sehingga sekarang kes di Malaysia sudah meningkat hingga 2,031 dengan 23 kematian, manakala di Jerman sudah 43,646 kes dengan 239 kematian. Berkali ganda peningkatan kematian dan kes jangkitan. Aku juga sudah mula tidak yakin dengan diri sendiri, mungkin aku juga sudah ada virus dalam badan aku tanpa aku sedari, walaupun aku tiada simptom2 yang diperkatakan seperti sesak nafas, batuk2 dan demam. 

Suhu badan aku cuma 35 Celcius, dan sedikit selsema kerana sinus, yg aku rasa normal kerana dari kecil lagi aku sudah menghidapi penyakit ini. Jadi aku tak pasti perbezaannya. Aku telah cuba menghubungi Hospital Sg Buloh dan klinik2 sekitar sini, kata mereka, aku tiada simptom yg serius, jadi tidak perlu saringan di hospital. Cukup sekadar kuarantin di rumah.

Covid-19 kes di Malaysia pada 27 Mac 2020

Kes di Jerman 27 Mac 2020

Update 19.10.2020, Ahad malam, 12:28am,

Wawasan 2020, sekarang tinggal impian je, jadi wawasan 2030 pulak. Kadar kematian di Malaysia sekarang disebabkan Covid19 telah mencecah 187 kematian. Kes pada hari ni adalah sebanyak 20,498 kes (lebih 10x ganda dari Mac lepas), dan pada hari ni saja ada peningkatan kes sebanyak 871. 

Sekarang kerajaan telah menguatkuasakan kembali PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) selama dua minggu untuk seluruh Selangor, KL dan Sabah kerana peningkatan mendadak dlm masa terdekat ni. 



Abang aku masih di Greece, mencari rezeki di sana. Semoga selamat semuanya. Ada yang kata Covid19 tak akan hilang dan kita harus belajar hidup dengan norma baru ini (mask, sanitizer dll), ada yg kata vaksin akan dihasilkan dalam 1-2 tahun lagi. Entahlah. 

Pencarian kerja diteruskan. Mungkin juga aku akan mulakan bisnes sendiri.

Redho.

Terima kasih kerana membaca :)

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...