Thursday 28 December 2017

Strasbourg, France #christmasmarket #weihnachtsmarkt #Straßburg

Salam,

Holiday season dah mula di Europe dan meriah sekali memandangkan perayaan hari natal adalah perayaan utama mereka yg beragama Kristian di sini. Jadi, kami pun pergi ke Strasbourg di France untuk melawat Christmas Market di sana. Perjalanan dengan menaiki bas fakulti, hanya mengambil masa dalam 2 jam, dari pukul 9am hingga 11am.
Bersama rakan sekelas

Cathedral Notre Dame de Strasbourg, 6th tallest church in the world

Vege Pizza 

Bazir 2 euro untuk tengok Astronomical Clock selama 10 minit berbunyi dalam Cathedral

Dalam Boat Tour melihat bangunan di sepanjang canal

Di jambatan merentasi sungai

Lapar so singgah beli Döner kebab

Music band bermain musik di depan Cathedral

Meriah hiasan krismas

My buddy Talha from Pakistan & Bosco from South Sudan

Alles gute, bis bald :)

Wednesday 27 December 2017

My Current Obsession:- BAJRANGI BHAIJAAN

Hi,

Movie dah 2 tahun baru nak tengok, ketinggalan betul, haha



Tu Jo Mila Lyrics
Aashiyaana Mera, Saath Tere Hai Na
My abode is Your companionship
Dhoondhte Teri Gali, Mujhko Ghar Mila
In search of the lane where You reside, I’ve found my home
Aab-O-Daana Mera, Haath Tere Hai Na
My survival (daily bread) is in Your hands
Dhoondhte Tera Khuda, Mujhko Rab Mila
In search of Your God, I’ve found mine (my Lord)
Tu Jo Mila… Lo Ho Gaya Main Kaabil
Since I’ve met You, I’ve become capable
Tu Jo Mila… To Ho Gaya Sab Haasil Haan
Since I’ve met You, I’ve achieved everything
Mushqil Sahi, Aasaan Hui Manzil
Even if there were difficulties earlier, reaching the destination has now become easy
Kyunki Tu, Dhadkan, Main Dil
Because You are the heart-beat and I am the heart

Rooth Jaana Tera, Maan Jaana Mera
You getting upset, and me getting persuaded
Dhoondhte Teri Hansi, Mil Gayi Khushi
In search of Your smile, I’ve found happiness
Raah Hoon Main Teri, Tu Hai Tu Meri
I’m Your path, You are mine
Dhoondhte Tere Nishaan, Mil Gayi Khudi
In search of Your traces/signs, I’ve found self-awareness
Tu Jo Mila… Lo Ho Gaya Main Kaabil
Since I’ve met You, I’ve become capable
Tu Jo Mila… To Ho Gaya Sab Haasil Haan
Since I’ve met You, I’ve achieved everything
Mushqil Sahi, Aasaan Hui Manzil
Even if there were difficulties earlier, reaching the destination has now become easy
Kyunki Tu, Dhadkan, Main Dil
Because You are the heart-beat and I am the heart
O...

Tu Jo Mila… Lo Ho Gaya Main Kaabil
Since I’ve met You, I’ve become capable
Tu Jo Mila… To Ho Gaya Sab Haasil Haan
Since I’ve met You, I’ve achieved everything
Tu Jo Mila… Aasaan Hui Mushqil
Since I’ve met You, my difficulties have been eased
Kyunki Tu, Dhadkan, Main Dil
Because You are the heart-beat and I am the heart

Sedih citer ni, best gila lagu ni :0
Cuma perasan mungkin ada unsur2 syiah sikit dalam ni, dlm 10% je, buang yg keruh ambil yg jernih je la ye :) Byk teladan yg boleh diambil.

Sunday 17 December 2017

Langenau Excursion: Zweckverband Landeswasserversogung #30112017 #Ulm

Hi all,

Bulan lepas pada 30/11/2017, kami seramai 30 lebih orang telah melawat ke tapak pusat bekalan rawatan air di Langenau. Lawatan yg sangat menarik, dengan cuaca sejuk salji turun dengan lebat. Seawal 8am kami telah bertolak ke sana.

Kemudian kami ke Ulm, 30 minit dari Langenau. Di sini terdapat Cathedral yang tertinggi di dunia iaitu Ulm Minster. Namun hasrat untuk naik ke atas menara Cathedral tidak tercapai sebab dah tutup. Jadi, kami terus saja jalan2 di sekitar Christmas Market di sekitar situ.

Christmas market di Germany terkenal dengan wine mereka terutama Glühwein. Aku tak tau bagaimana rasa Glühwein ni, semestinya sebab aku muslim tak boleh minum wine, haha. Jadi aku cuma makan bekalan makanan dan minuman yang dibawa dari rumah saja :)

Salji dah turun hari tu



Sungai yang sejuk

Rumah yang cantikk

Hostel yg menarik

Selfie dengan classmate

Nampak lambang logo2 dari negara2 Eropah di atas tu Turki dan sebagainya

Sunset


di bandar Ulm
Bye :)


Monday 13 November 2017

Tubingen: University Town #21102017

Hye,

Pada 21/10/2017 Sabtu bulan lepas, kami telah ke Tübingen, sebuah bandar di central Baden Württemberg, Germany, 30km ke selatan Stuttgart. Lawatan dibuat bertujuan mendedahkan pelajar kepada sistem saliran air dan pengurusan air di Tübingen yang unik, dan menikmati pemandangan di sana. 

Bas disediakan oleh pihak faculty untuk kami, so tak payah kejar2 train dah. Bekalan makanan kena bawak sendiri lah sebab tak disediakan, kalau tak kena beli makanan kat sana, mahal la jugak. So aku bawak sandwich & biskut & pisang. Kenyangla jugak isi perut.

Waktu ni masih autumn so daun kuning2 tengah gugur

Di puncak menara Stiftkirche St. Georg


View dari puncak menara loceng gereja

View di dalam gereja, pelawat boleh masuk dengan harga 1 euro untuk pelajar, 5 euro untuk bukan pelajar

Di taman apa nama tah

Di sungai Tubingen

Di tepi sungai

Classmate from Pakistan

Sistem Saliran Tubingen merangkap Taman permainan

View dari awal Sistem Saliran Hujan
Sampai sini saje untuk setakat ni.

Bis Bald, Ciao! 

Wednesday 1 November 2017

To Germany We Go #08.10.2017

Salam,


Di hadapan Rumah di Schranne, Stuttgart

Ramai yang bertanya di komen2 dan pm aku di inbox facebook dan instagram berkenaan penghijrahan aku ke Germany baru2 ni pada 7.10.2017. Di sini aku akan cuba ceritakan sikit demi sikit untuk panduan semua dan diri sendiri agar tak terlupa di kemudian hari.

Permohonan Sambung Belajar ke Universität of Stuttgart

Untuk pengetahuan semua, aku dah lama buat permohonan sambung belajar sejak tengah 2016 lagi. Masa tu macam acah angan2 Mat Jenin lagi, dengan mind set kalau dapat kita pergi, kalau tak dapat kita apply tempat lain sampai dapat atau ikhtiar benda lain pulak. So, untuk apply belajar di luar negara tak kira lah di negara mana sekalipun, pertama sekali kena tahu lah course apa yang kita nak apply tu.

Kemudian, boleh la apply secara online dan berhubung dengan pihak universiti masa tu. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak universiti dan kita akan tahu bila sepatutnya kita patut berada di sana. Proses nya lebih kurang sama saja di mana2 universiti, rasa nya lah. 

Dalam kes aku, permohonan telah dihantar pada akhir 2016, dan diterima pada akhir Febuari atau awal Mac. 

Flight 13 jam selepas transit di Singapore, lama bosan weh
Visa

Admission Letter dari pihak universiti diterima pada bulan May 2017, maka terhegeh2 lah aku untuk buat Visa dan sebagainya. Disebabkan terhegeh2 dan melengah2 kan masa, permohonan untuk buat visa mula dihantar pada awal Jun 2017 di Pejabat Embassy Germany di Jalan Ampang. Terpaksa buat appointment sebanyak 3 kali. Appointment pertama untuk pertanyaan saja. Kali kedua, terlambat bangun pulak, dan tak dibenarkan masuk. Akhirnya kali ketiga, segala dokumen berjaya dihantar dan segalanya berjalan lancar.

Visa siap sebulan kemudian pada awal Julai 2017 dan aku dimaklumkan melalui email untuk collect sendiri visa tersebut.

Padang Pasir kat area mana la ni kan. Gambar dari tingkap kapal terbang semasa bosan.


Dana

Untuk menyara kehidupan di Germany, aku gagal untuk mendapatkan bantuan Scholarship dari mana2 pihak Mara atau sebagainya. Jadi, setelah perbincangan mendalam, keputusan diambil untuk menggunakan duit simpanan sendiri dan sedikit bantuan (pinjaman) dari keluarga. Bantuan pinjaman kewangan akan diusahakan kemudian di Germany nanti.

Untuk mendapatkan Visa di atas, salah satu syarat nya adalah bukti menunjukkan kemampuan dari segi kewangan dalam bentuk "Blocked Account". Untuk penjelasan lanjut, boleh pergi ke website mereka di sini

Lagi satu cara adalah melalui Deutsche Bank, tetapi agak mengambil masa. Syarat ni hanyalah untuk mereka yang ingin sambung belajar, bukan bagi mereka yang ingin bekerja dan lain2. 

Sekarang di Germany

Kini, aku telah masuk minggu ke-4 berada di Germany, dan masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan segala urusan birokrasi, suasana, dan cuaca di sini. Musim sejuk baru nak tiba, doakan segalanya berjalan lancar ye.

Di atas Laut mana ni? Caspian Sea, Black Sea atau Andaman Sea

Danke für deine Zeit.

Bis bald :) 



Wednesday 2 August 2017

Saga 3.0 4.0 30/7/2017

Salam 1 Malaysia,

Ahad lepas bertarikh 30/7/2017, buat kali ke berapa tah aku naik ke saga bersama lagi dua orang rakan pendaki dari Gelimat, melalui Trail B. Kami bermula agak lewat pada pukul 9.30am, sampai atas pada pukul 10am. Lepas tu rest jab makan2 kuih dalam setengah jam, baru bergerak ke air terjun dalam 40 minit perjalanan melalui Trail C.

Dalam perjalanan pulang, kami ikut jalan yang berbeza sikit dari tempat datang, tapi oleh kerana aku dah pernah lalu jalan ni, so tak risau pun lah. Tapi jalan punya jalan, dah rasa pelik sikit sebab jalan dah tak familiar pun. Rupanya dah salah masuk salah simpang. Kami turun di sebelah Hatamas, di sebalik bukit sana. Tak pasal2 kena panggil Uber, perjalanan nak ke tempat parking kami naik Uber dalam setengah jam jugak lahh. Caj RM14.75, lumpsum je RM15. Driver uber tu pun gelakkan kami sebab salah jalan jauh sangat.

Di Puncak Saga rest makan kuih jab

Sampai di air terjun Sungai Putih

Seronok ek korang

Turun Salah Jalan dah masa ni, pasrah je semua ikut gogo salah jalan haha

Kat bawah da, tunggu Uber
Lain kali naik turun gunung ke bukit jangan leka main jalan je ye uols.

Ok salam bye !

Wednesday 28 June 2017

Ramadan - - 1 Syawal di bandar #teamrayakl

Assalamualaikum,

Tengah bosan2 ni boleh la menaip sikit update blog. Alhamdulillah puasa penuh tahun ni, tapi untuk raya tahun ni, kami sekeluarga dah bersepakat dengan saudara mara untuk beraya di bandar saja, memandangkan salah sorang sepupu kami ni dah sarat mengandung. So semua standby je untuk berkejar ke hospital.

Dalam banyak2 buka puasa, rasanya dengan diorang ni paling meriah.

Ifthar bersama Geng Gelimat, nama macam gengster kan

Dah buka puasa, solat, moreh pulak kat mamak sampai pagi haha

Dah moreh, bawak keluar mercun, main tepi jalan belakang kereta orang pulak

Sedar2 dah 1 Syawal...Tema baju raya kali ni biru saja, pakai baju raya tahun2 lepas la nii

1st Syawal selepas Solat di masjid, bergambar sekeluarga

Minta ampun kat ayah, sedar tak sedar mesti ada salah silap

bergambar sikit ngan mak

Anak saudara yang nakal lincah

Rupanya 1 Syawal juga adalah harijadi Uwan yang ke 86
Raya kedua pulak dengan family Pak Tam

Gambar keluarga besar Paktam

Bergambar kat luar rumah pulak

Swafoto bersama keluarga gitewww

Raya keempat, kami berehat saja di rumah, ramai dah start kerja hari ni, sebelah petang pulak aku pergi jogging di Taman Bukit Jalil, lemau sangat badan dah


Lepas satu round dah mengah, malas sambung dahh


3km je mampu panas pulak tuu

View di Tasik

Ok lah, sampai sini je dulu, Byee!!


Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...