Sunday 17 May 2015

Marathon #4 9to5 Run 090515

Hye & Salam,

Last week aku join marathon 10km 9to5 Run di Putrajaya. Kenapa 9to5? Ada orang kata ia symbolic untuk pekerja2 muda mcm kami ni yang bekerja office hour dari pukul 9 sampai 5 atau yang sewaktu dengannya. Macam aku ni masa flexible sikit, datang lambat balik la lambat, datang awal balik awal. Tapi biasanya datang awal pun balik lambat, haha. 

Datang dengan Zul merangkap jiran depan rumah
So jarak larian yang ada adalah 5km & 10km. Aku join yang 10km. Event ni adalah event ke 2 aku untuk 10km setelah 7@8 tahun. Larian 10km yang pertama adalah masa aku belajar dulu. Ha belanja gamba sikit~gambar memang sikit pun, haha. 

Berjaya habiskan~!


YB KJ
Sempat jugalah tangkap gambar selfie bersama YB Khairy Jamaluddin @YBKJ, walaupun secara curi2 dan laju2 sebab dia on the way nak ke pentas untuk sampaikan hadiah kepada pemenang2. Lepas habis marathon, sorang member ajak pergi wall climbing di Taman Cabaran. Why not kan~haha...kami pun berjumpa kat sana. Panjat dalam 3x je, then kami pun solat & berkemas untuk balik dalam pukul 4 macam tu. 

Sempat Wall Climbing di Taman Cabaran

Ok, sampai sini dulu, byeeee~

Hiking #5: Kutu Hill Kuala Kubu Bharu 260415

Salam,

Entry ni dah lama di draft & disimpan, tapi oleh sebab kemalasan melampau, maka bersawanglah entry ni sebelum di publish. Pada Ahad minggu lepas, geng2 hiking aku (Qila & Abe Zul) bertolak ke Kuala Kubu Bharu awal2 pagi, tak lain tak bukan untuk hiking di Bukit Kutu yang berketinggian 1,100m atau 1,053m.

Kami bertiga di peak Kutu Hill
Awal2 pagi aku dah bertolak ke Shah Alam pada 5.30am untuk jemput Qila sebelum bergegas ke KKB melalui Guthrie Highway. Dalam pukul 6.30am, kami berhenti kat r&r mana entah aku x ingat namanya untuk solat Subuh & buang air. 

Dah setel semua, terus bertolak tak berhenti2 dah. Dalam pukul 7.30 am, dengan bantuan GPS & pakcik2 yang tengah sibuk menadah air di lereng bukit kat tepi Highway, kami pun sampai kat area perkampungan Orang Asli Pertak, depan sikit lepas GPS habis tunjuk arah di tengah2 jalan dalam 1km sebelum destinasi yang sepatutnya. 

Masuk ke kawasan kampung Pertak tu, kena drive dalam 10min. Sampailah kami di kawasan parking kereta Bukit Kutu. Tapi masa tu xde kereta pun yang parking kat situ, mungkin nak elak dari bayar RM1 yang dikenakan atau nak parking di area yg lebih dalam & dekat ke arah kawasan hiking. Kami decide nak parking dalam sikit. 

Tak boleh masuk lagi sebab jalan masuk sempit dan dihalang oleh kereta lain yang nak keluar masuk. Lepas parking, kami ambil peralatan masing2. Aku macam biasa cuma bawak sedikit makanan, air, ubat ubatan, hiking stick, topi, handphone, powerbank dan lain2 peralatan basic. Qila pun lebih kurang aku. 

Abe Zul advance sikit dengan Gopro Hero yang baru dibeli. Ok jugak, gambar2 Gopro memang lawa2. Dengan lafaz Bismillah, kami mulakan perjalanan. Awal perjalanan, terdapat 2 jambatan & sungai yang agak lebar untuk dilintasi. Kena lah bukak kasut, kalau berani sikit, lintas dengan langkah batu2 besar yang agak jauh jaraknya. Aku bukak kasut, takut tergelincir je.

Jambatan Suda Roboh
Melintas sungai, bukak kasut dulu, perjalanan jauh lagi
Dalam perjalanan, kami jumpa 2 simpang ke kanan dan kiri. Kami ambil simpang ke kanan walaupun x pasti. Kata orang kalau terjumpa 2@3 sungai, maksudnya salah jalan, kena patah balik. Tapi kami terjumpa jugak sungai2, teruskan jugak sebab ramai jugak group lain yang hiking ikut jalan yang sama. Kami teruskan jugak perjalanan.

Beautiful view, menakjubkan, indah, cantik, kagum, wow~
Dari sejam kepada 2 jam...masuk jam ke 3 masing2 dah penat, masih lagi tak sampai2. Kaki aku terseliuh sekali semasa perjalanan ke atas, tapi tak serius, duduk sekejap & teruskan perjalanan. akhirnya lebih kurang pukul 12pm, kami sampai juga ke atas. perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke atas. Ni dah level gunung ni, haha.......

Batu Besar tempat lepak tengok view di puncak
Di puncak, ada la batu2 besar yang bertindih2 dan tangga untuk sesiapa yang nak naik ke atas batu2 tu. Pemandangan dari atas batu memang cantik gila, dengan bukit bukau, awan biru, pokok2 menghijau dan boleh nampak bandar kuala kubu Bharu nun jauh di sana. Memang berbaloi rasanya. Selesai ambik gambar semua, kami turun dari batu besar tu. Tak boleh duduk lama2 sebab ramai lagi tengah tunggu turn nak naik jugak. Atas batu tu sempit jugak, dalam 3,4 orang sekali boleh lah, dan juga bahaya, sekali tergelincir, terus jatuh ke dalam gaung.

Papan tanda Bukit Kutu, 1,053m
Kemudian kami teruskan perjalanan ke banglo atau kubu di tengah hutan yg dikatakan milik British suatu ketika dulu. Tinggal tangga & tembok2 berapa keping je, memang classic untuk tangkap gambar lah. Kami lepak2 kat situ sambil2 borak2 dengan group lain yang ada kat situ jugak.

Lepas 15 minit, kami terus bertolak turun. Sepanjang perjalanan, aku dan Zul melalak2 menyanyi lagu2 lama untuk mengisi masa & hilangkan rasa penat. Sampai di kawasan batu2 besar (checkpoint ke 5 kalau x silap), tiba2 aku tersilap langkah dan terpeleot/terseliuh/terkehel kaki kiri aku. Terduduk terus aku kat situ sambil menjerit kesakitan, perghhh, sakit nya memang tak boleh nak gambarkan. Even aku tengah menaip sekarang pun (dah 3 minggu & kaki masih sakit) terasa ngilu kaki ni mengenangkan kesakitan masa tu, haha....aku duduk kejab sambil buka kasut. Urut2 sikit kaki kiri di bahagian buku lali (sepatutnya jangan urut). Kawasan tu banyak lebah, Qila dah kena sengat di jari nya, kami pun cepat2 teruskan perjalanan. Tapi pace aku dah slow, sebab kaki dah injured, perjalanan pun masih jauh. Aku tau masih jauh sebab perjalanan naik ke batu besar tu memang lama.

Kaki kiri tergeliat
Perjalanan lepas tu ambil masa lebih kurang 2 jam lagi. Mental pun dah down, tergeliat beberapa kali, haha. Dalam pukul 3 lebih, kami sampai ke bawah. Sepanjang perjalanan tu, ade la dalam 2,3 kali aku tersadung ringan, pasrah je aku. Fragile gila dah ankle ni, haha. Perjalanan ke kereta terasa jauhnya walaupun dekat je sebenarnya. Mungkin sebab kaki injured ni, cuaca panas & dehydration. Sesampai di kereta, kami terus bertolak ke Sg. Chilling yang berhampiran dalam 10minit dari situ. Solat Zohor di sana, sebab ada surau, toilet dan lain2, proper sikit.

Termenung Sg Chilling
Excited di Sg. Chilling

Kami mandi dalam sejam gak lah. Cool down sikit, nak bagi sejuk sikit kaki, tambah2 kaki aku yg injured ni. Lepas mandi manda, solat Asar, kami bertolak ke pekan KKB, cari tempat makan. Terjumpa Restoran mamak kat sana. Makan2 & minum2, lega~~~.


Kami pun bertolak balik. Kali ni Zul yang drive, aku duduk sebelah. Tak larat aku nak drive, nak rehatkan buku lali, haha. Ingat nak tidur, tapi borak2 sampai lah sampai ke Puncak Jalil. Memang perjalanan yang panjang untuk 1 hari. Keesokan hari, aku pergi ke klinik untuk jumpa doctor. Risau pulak takut ape2 terpatah ke terkoyak ke. Doctor kata tak ada apa2, kaki aku dibalut bandage, dan diberi ubat sapu & tahan sakit. Dapat MC sehari.

Sekian untuk hari ni, babaiii~

Marathon #3: MSMW Twitterthon FunRun 250415

Hye Assalamualaikum & Goodmorning peeps,

Pagi Sabtu yang lepas aku & jiran aku Abe Zul join 1 Marathon bersempena minggu Sosial Media Twitterthon. Jarak nya tak banyak cuma 5km je, tapi event kali ni menarik la jugak sebab sepanjang track larian ada banyak aktiviti2 yang diorang selitkan contohnya seperti gelongsor angin berirama, lompat kijang gaya bebas dan sebagainya.

Excited dah habis lari
Kami berhenti kejab di setiap checkpoint untuk ambik gambar sikit2 sementara nak rest dan minum2. Event kali ni habis awal, lebih kurang pukul 9am lebih. Kitorang merayau2 kejab kat area Putrajaya cari tempat breakfast (lama la jugak follow si Abe Zul ni semata nak carik tempat breakfast) sebelum sampai kat gerai jual nasi lemak & Cendol Bakar kat tepi highway. Bolehlahh. 

Tak guna Twitter tapi join jugak
Aku order nasi lemak biasa. Boleh tahan sedap jugak. Habisla semua lemak2 aku dah bakar tadi topup balik makan nasi lemak ni. Lepas tu, kitorang pun bertolak balik. Tak ada apa yang special sgt, so aku share sikit gambar2 yang kami tangkap masa event tu. Ramai gak awek2, haachooo~!

Running Partner Zul
Ok Later~

Marathon #2: 5k Color Me Run 190415

Hello3,

Kali ni aku join 5k Color Me Run 2015 kat Titiwangsa, jarak dia 5km, dalam 2 round Tasik Titiwangsa tu. Kali ni tak lupa nak set masa kat Handphone, aku habiskan dalam 45 minit lebih kurang. Tapi tak boleh nak kira sangat, contoh mcm orang ramai sangat, di baling dengan serbuk warna sampai masuk mata aku, dan lain2 lah. 

Tapi memang main event dia untuk baling serbuk2 warna tu pada peserta pun. Patutlah color tshirt yang dia bagi pun putih je, hehe. Pasrahhhh~~~Sepatutnya ada sorang lagi member yang join, tapi malangnya dia demam pulak masa tu. So dia rest jelah kat rumah dia. Aku pun tanpa disangka2 terpaksa datang sorang lari marathon. Tapi tak kisah lah, janji kita enjoyyy~

dapat finisher medal color gold macam dpt no.1 pulak

So lepas lari, aku terus Whatsapp member aku Nabilla yang stay kat Sentul, dalam 5minit dari Titiwangsa tu, ajak dia breakfast. Nasib baik dia free, kami pun breakfast la sama2 kat UTC sebelah apartment rumah dia. 

Dalam pukul 11am, aku dah mula mengantuk. Yelah, dahla lari iye2 je macam nak menang nombor 1,  makan pulak roti canai ngan roti telur lepas tu. Layu je mata lepas tu. Terus pecut balik dengan baju kotor kering comot2 color bersepah. Kena rest sebab semalam baru je panjat Bukit Tabur, lotehhhh den. Ok gambar tak banyak tapi boleh lahhh.

Byeeee~~~

Sunday 19 April 2015

Hiking #4 Tabur Hill Far East Side 180415...thrill experience~

hola holoooo~

Rasa nak hiking pulak minggu ni. So pada hari semalam iaitu pada tanggal 18/4/2015, aku bersama 2 rakan yang baru jadi geng, Qilla & Hani buat keputusan untuk memanjat Bukit Tabur. Bukit Tabur ni ada 2 bahagian, kitorang decide nak panjat east side since yang tu agak famous. 

West Entrance, kitorang tak ikut sini
Disebabkan Bukit Tabur ni banyak aku dengar kontroversi bahaya & kemalangan, so aku study sikit pasal tempat ni. Dari blog2 mereka yang pernah naik bukit ni, aku bawa beberapa alat & bahan tambahan, contohnya:

- Glove (nasib baik ada)
- Hiking stick
- Knee support
- Cap (cuaca panas protect kepala, hujan pun boleh)
- Pisang 2 biji (tapi sebiji kena curi monyet sebab tertinggal dalam bakul motor)

Kasut juga kena proper la jugak sebab banyak batu tajam & tanah kering yang berdebu licin. Kami hiking selama 2 jam lebih kurang, bermula 7.30am. 

Aku & Hani


Dengan Qilla sesat cari jalan

Posing sikit atas batu
Awal2 pendakian dah curam, kena panjat batu dan lain2. Kami teruskan perjalanan hingga sampai ke 1st, 2nd & 3rd peak. 

Rest jab sambil makan sandwich Homemade oleh Hani
Kemudian kami duduk berkelah atas batu sambil2 makan sandwich yang Hani buat malam sebelumnya. Kebetulan perut aku memang lapar sebab pisang yang dicuri disedekah pada Si Monyet awal2 tadi, rezeki kau lah monyet. 

Kami duduk selama setengah jam sementara menunggu trail ke 4th peak clear sebab ramai lagi hikers lain yang sedang turun & naik. 

Berhenti rest jab tengok view
Selepas agak traffic kat situ dah ok, aku pun mula naik, diikuti oleh Hani dan Qilla. Naik agak kurang bermasalah sebab walaupun berbatu2 curam, tapi banyak tempat pijak & berpaut. Ada pulak tali yang membantu, lagi ok. Dalam 20 minit kemudian, kami pun sampai ke puncak. 

View dari 4th Peak
Perasaan masa tu memang susah nak digambarkan, puas hati jugak lah. Hilang kejab masalah2 dalam kepala pasal dunia yang sementara ni, hahaha. Di hadapan kami terbentang view tasik empangan yang dipelihara dengan baik dan di belakang pula view Kota Kuala Lumpur, boleh nampak sampai KLCC walaupun agak kabur berjerebu. 

Terbang ke Tasik!
Hari semakin panas, pendaki2 lain pula semakin kurang, ramai yang dah turun. Selepas tangkap gambar bagai, kami pun bertolak turun. 

Panas terik haus berteduh jab
Perjalanan turun ikut trail lain, lagi mudah sebab terus turun ke kawasan perumahan di bawah. Tak perlu patah balik jalan tadi. 

Kami dalam perjalanan turun
Dalam setengah jam, kami sampai di bawah. Cuaca panas terik. Plan kami nak lunch sama cancel sebab masing2 ada rancangan sendiri. Aku pulak kena pergi ke Tasik Titiwangsa untuk ambik T-shirt marathon untuk esoknya. Kami pun berpisah di situ. Maka berakhirlah penerokaan Bukit Tabur kami pada hari tu. 

Dunia ni luas & masih banyak lagi tempat yang indah2 ciptaan tuhan untuk kita explore bersama rakan2 & keluarga. Manfaatkan setiap saat untuk menikmati ciptaanNya, kita boleh belajar bersyukur & bersabar dalam proses tersebut.

Sekian :)

Saturday 11 April 2015

Hiking #3 Broga 3rd Time 120415

Helloww~

Pagi ni 12.4.15 aku pergi panjat Bukit Broga untuk kali ke 3 (lastt!!) dengan sorang lagi member merangkap jiran aku, Zul. Dalam pukul 6.15am lepas solat Subuh, kami pun bertolak naik motosikal capuk kami masing2 pecut ke Broga. Dalam 6.50am macam tu sampai lah. Sempat isi minyak & beli roti untuk isi perut di Shell simpang masuk Broga. 
Sesampainya di sana, macam biasa, kena bayar parking RM1.00 untuk motor. Kalau kereta RM2.00. Harap2 management kat sana (xtaula siapa yang manage tempat tu) gunakan lah duit2 yang di caj tu sebaik2 nya, untuk maintenance surau, toilet, improve quality jalan dan lain2. Pagi tadi je ada kereta Perdana tu bumper nya tercabut sebab termasuk dalam lubang. Dahlah bayar parking RM2, bumper tercabut pulak sebab jalan parking berbonggol2 lubang2, kesian~. Nak masuk toilet pun kena caj RM1.00, susahlah mcm ni...kencing belakang pokok jelah~
Di 2nd Peak
Ok lepas warm up sikit2, kami pun terus bertolak naik. Oleh sebab ni kali ke 3 aku naik Broga, so kali ni memang cepat la sikit dari sebelum2 nya. Dalam 20 minit lebih kurang kami sampai ke 1st peak. Nak tengok sunrise memang tak payah cakaplah, naik pun lambat nak tengok sunrise apanya. Lagipun terlindung oleh awan. So datang awal pun tak tentu boleh tengok sunrise. 

Hiking Partner in Crime Saudara Zul
Lepas tangkap gambar lebih kurang, kami teruskan ke 2nd peak & 3rd peak sampai ke hujungnya. Tangkap gambar dulu lebih kurang di setiap  peak. Crowded sangat dah bukit ni. Kena cari bukit lain pulak untuk diteroka lepas ni. Di last peak kami lepak jab menikmati view yang indah dari puncak bukit. Dalam setengah jam lebih kurang kami kat atas tu. Ingat nak teruskan perjalanan masuk hutan tapi jalan dah ditutup oleh lalang. Nampak macam bahaya & dah lama tak dimasuki manusia, so plan nak teroka dalam tu cancel. 

Hari pun dah start panas
Sebenarnya memang ramai sangat dah datang ke Broga ni, tapi mesti ada yang belum datang lagi...so saja jelah share untuk sape2 yang baru nak datang tu. Senang je nak datang sini guna Waze pun boleh detect. Pastikan isi perut, warm up sikit sebelum naik & bawak torchlight kalau pergi awal pagi masih gelap & pakai kasut yang betul. Jaga langkah, sebab walaupun ramai yang dah lalu, memang masih bahaya sebab ada certain2 tempat ada gaung di pertengahan jalan, dan hanya dihalang oleh seutas tali yang longgar je sebagai pagar. So kalau jalan dalam gelap & xde torchlight memang bahaya, jatuh dalam gelap tu memang naya je. 

3rd Peak
Oklah, kami turun lepas setengah jam. Turun mungkin laju sikit dari naik, sebab kami berlari2 anak masa turun. Dalam 15minit lebih kurang sampailah kami di bawah. Sampai je kat tempat parking motor tadi, ternampak orang berkerumun kat tepi jalan. Rupa2 nya Revive Team kat situ bagi air Revive free, nak promote Apps terbaru diorang, "Rev-fit". Tak explore lagi apps tu, kena download depan diorang untuk dapat botol Revive besar, kalau tak, dapat Revive Tin je. So aku pun gigihla tunjuk kat diorang aku tengah download. So dapat la free sebotol Revive. Yeah!

Lepas tu, kami pun bertolak cari kedai makan. Singgah kat mamak ni, makan roti canai banjir 2 keping. Pergh, baru buang lemak, tambah lemak 2x ganda pulak ni. Lantak lahh!

Oklah. Tu saja untuk kali ni. Tatatititututuuuuu~~~~~~

Assalamualaikum.

Wednesday 8 April 2015

Hiking #2 Bukit Saga Weekend activity 2nd time 28/3/2015

Hallooo~

Last week (28/3/15) aku pergi mendaki Bukit Saga bersama geng aku macam biasa, tapi kali ni sorang officemate aku join. So kami bertigalah. Kitorang bertolak agak lambat dari rumah, sampai sana lebih kurang pukul 7.30am. Macam biasa aku pergi naik motor masing2 so senang nak parking betul bawah tangga pinggir Bukit Saga tu.

Sampai2 kitorang warm up sikit bagi regang otot2 kaki dan bahagian badan lain. Aku macam biasa bawak hiking stick kesayangan aku untuk teman panjat sekali, tambah2 lutut aku masa tu ada problem sikit, tapi gatal2 nak naik jugak. So kenalah pakai tongkat ni. So kitorang pun mulalah berjalan masuk menyusuri semak2 ke arah pinggir bukit. Ni kali ke 2 aku naik Bukit Saga.

Dalam perjalanan ke air terjun
Dalam perjalanan masuk ke pinggir bukit, ada gerai2 yang menjual buah & nasi lemak. Disebabkan aku dah makan biskut pengisi perut, maka dengan sombongnya aku pandang sebelah mata je nasi lemak yang menggiurkan tu. Member aku yang lagi 2 orang tu pun ok jek. So kami pun meneruskan perjalanan.

Awal2 pendakian dah agak curam, kena panjat2 batu besar dan sebagainya. Di pertengahan jalan kami, ada simpang ke kanan dan kiri, kami ambil yang kiri. Mula2 dulu aku ambil jalan kanan. Sedang asyik mendaki, kami terjumpa seorang pakcik Cina yang baik hati & prihatin ni sedang menyapu daun2 kering di tangga2 jalan. Kami sempat bertegur sapa dengan pakcik tu & borak2 kejab dalam 5 minit sebelum meneruskan perjalanan.

Puncak Saga
Dalam 40 minit kemudian, sampailah kitorang kat atas. Plan asalnya, sampai je ke puncak, kitorang turun terus. Tapi tak boleh tahan plak dengan godaan papan tanda waterfall tu. So kitorang pun teruskan je perjalanan ke waterfall yang jaraknya dalam 40 minit lagi dari puncak Bukit Saga. Apa salahnya kan, lagi pun kitorang pun tak kejar masa.

Perjalanan ke waterfall ni biasa2 sahaja sebab kadang2 mendatar, kadang2 kena panjat sikit. Cuma bila dah nak sampai tu, kena berhati2 menuruni lereng bukit yang agak curam. Kami pun turunla perlahan2, aku pulak terpegang pokok berduri semasa nak elak dari tersadung di lereng bukit tu. Nasib baik cepat je aku lepaskan tapi mencarut la jugak, haha. Setelah turun beberapa level sungai & air terjun tu, akhirnya kami sampai ke main waterfall yang menjadi tumpuan ramai walaupun jauh ke dalam hutan.

Gigih panjat

Tunggu turn ke air terjun

Sampai air terjun, bawah pokok tumbang dengan Atiqah 

Kami termenung sekejab sebelum aku & member aku Zul, amik keputusan mandi dengan baju yang sedang kami pakai. Aku pun dah tak peduli, terus je bertapa bawah air terjun tu. Member kami yang lagi sorang tak mandi, hanya perhati dari tepi & tangkap2 gambar. Kami stay kat sana selama 45minit lebih kurang.


Mandiiiii!!!!!!
 Ha, lepas mandi, kitorang lepak jab makan biskut, lepas tu baru bertolak balik ke puncak Broga tadi. Perjalanan balik ni agak mencabar jugak sebab baju basah semua, berat la sikit. Dalam 20minit lepas tu, sampai la kat checkpoint puncak tadi.

Rest jab kat kawasan peak ni
Lepas minum2 borak2 tangkap gambar bagai, kitorang pun bertolak balik turun. Jalan balik rasa jauh gila pulak, sebab kitorang ikut jalan lain masa datang tadi. Jalan balik ni lagi jauh, dan terasa lagi penat sebab menuruni bukit. Lutut aku ni pulak memang problem sikit dari awal. Kena laju2 sikit lah turun, xnak rasa sakit lebih lama. Dalam 30minit lepas tu, sampai kami bertiga di bawah. Masa tu dah pukul 12.00pm lebih kurang. Terus kitorang makan kat mamak kat area2 situ gak, sedap makanan dia. Ok lah, so tulah aktiviti weekend ahad aku yang aku rasa berbaloi jugak. Peluh pun peluh, tapi sakit kaki lah. Haha...lepas ni mungkin nak naik Saga lagi, untuk kali ke 3, haha.

Ok, till then, byeee...Assalamualaikum & have a nice day!!

Sunday 5 April 2015

Hiking #1 Bukit Gasing weekend

Salam Sabtu selamat malam everyone alle Menschen,

Dah tengah malam pukul 1.32am. Makin nak tido, makin tak mengantuk. Padahal siang tadi kat office punyala meronta2 nak tilam...Disebabkan tak boleh tido, so betterlah aku menaip sampai mengantuk. Dalam 2 minggu lepas, aku dengan member aku merangkap jiran rumah aku plan nak hiking di Bukit Gasing. Dalam pagi Sabtu macam tu sampai la kitorang.

Nasib baik naik motor je masing2, so senang la sikit parking betul2 kat entrance ke Bukit Gasing tu. Ramai yang dah siap sedia nak naik, terutama pakcik2 dan makcik2 Cina yang mmg dah biasa & fit naik bukit ni. Dengan berbekal kan hiking stick yang baru aku beli kat DIY Aeon tu, kitorang panjat la bukit tu.

Gigih mendaki la agaknya

Mula2 memang biasa2 je, kurang mencabar sebab laluan agak rata dan bukit2 sikit. Kemudian kami sampai ke Menara Tinjau dalam 20minit selepas berjalan. Naikla sekejap atas tu tengok view. Dalam 10minit lepas tu kami teruskan perjalanan.

Lepak di menara tinjau
Laluan lepas tu lebih mencabar sikit. Sesampai di simpang 3, kami pusing ke kanan menuju ke arah jambatan gantung. Agak jauh jugak, dalam 10minit berjalan sampai lah ke jambatan tu. Laluan selepas jambatan tu memang lebih mencabar, bukit agak curam tapi masih boleh tahanlah, haha.

Di jambatan gantung
 Sampai ke puncak, view agak kurang memuaskan, sebab adanya pembinaan kondominium di sebalik hutan simpan. Kami relax kejab kat situ dalam 20 minit sambil2 bergambar, sebelum meneruskan perjalanan balik. Tempoh perjalanan pulang memang sekejap je sebab menurun, amik masa dalam 20 minit macam tu. 

Di puncak rasanya, betul2 kan hiking stick tu
Hiking stick tu agak membantu jugak, tak sia2 aku beli. Dalam perjalanan balik, kami berjalan dengan pasangan makcik Melayu & Cina yang memang peramah gila. Diorang tunjukkan perjalanan pulang yang betul, takut salah masuk jalan, exit ke tempat lain pulak, tak pasal2 kena naik teksi nak pergi ke entrance tadi. Akhirnya kami sampai juga ke entrance tadi. 

Selepas habis hiking, balik semula ke entrance :)
Lepas bergambar kenangan, kitorang pergi melantak nasi lemak di gerai makan SS2. Layannnn....tak mengantuk pulak lagi ni...adoi..

So, nanti akan disambung next entry di weekend lain pulak yoo

Assalamualaikum & byee


Marathon #1 Certainty Run Kepong 6km

Salam Ahad Selamat tengahari!!!!

Pada 28 March yang lepas aku & member lagi sorang berjaya join & melengkapkan 1 marathon sejauh 6km di Kepong Taman Layang2, atau nama komersial nya Taman Metropolitan Kepong kalau tak silap. Kami bertolak dari Bukit Jalil ke sana pada pukul 6.15 dan sampai lebih kurang pukul 6.50am melalui LDP. 

Sampai2 terus warm up secukup rasa, dan lari. Larian 6km bersamaan dengan 2 round tasik di sana. Aku lupa nak pasang timer, so aku terus tanya jam pada salah seorang volunteer di situ. Pukul 7.50am, so aku berjaya habiskan larian selama lebih kurang 50, 55 minit. Pancit betul. Tak pelah, ni larian pertama yang aku join setelah sekian lama habis belajar di UiTM dulu. 

So, lepas ni warm up betul2, pastikan kurangkan barang dalam poket, dan pasang timer betul2. Lagi satu, datang lagi awal, lebih kurang setengah jam awal, so lebih banyak masa nak warm up dan lain2. Ha, lepas lari tu, kitorang amik la segala goody2 bag yang ada, dan yang paling penting finisher medal dia yang lawa. Memang nak kumpul medal2 ni untuk tahun 2015 ni pulak. Lepas2 ni memang ada marathon2 yang kitorang akan join, target nak fit tahun ni, haha. 

Finisher pun jd lah :)

Ok, lepas tu, kitorang pun cabut dari situ, pergi ke gerai makan area situ2 gak. Makanan dah banyak yang habis. Almaklumlah, ramai runner2 yang dah datang lebih awal mengabihkan makanan2 yang sedap awal2. Nasib baik bihun ada lagi, jadilah. Member aku plak pergi tibai nasi lauk macam2, haha janji happy lah. 

Lepas makan & borak2 jab pasal larian tadi, kitorang decide nak round2 kat area FRIM yang berdekatan. Sepatutnya kena bayar untuk masuk, tapi tak sure kenapa hari tu, entrance fee adalah free. So kitorang pun masuklah merayau2 dalam tu naik motor. Nak jalan tak larat kot, yelah baru lepas lari mati matian tadi. Lagipun memang besar kawasan FRIM ni. 

duduk enjoy view tepi tasik la duluu bro

Tasik FRIM kat area Botani rasanya

Dalam 40 minit dalam tu, kitorang pun keluar dari kawasan tu & bawak haluan masing2. Aku kena masuk office jab, nak setelkan kerja sikit yang pending2. Member aku plak balik rumah dia bantai tidur. So lepas ni, larian yang akan kami pergi adalah di Taman Tasik Titiwangsa "9 to 5 Run". Memang terbaikkkklahh!

Ok lah nanti update aktiviti lain pulak, caucincauu




Sunday 22 February 2015

Travel Log #3: BaLi~iNdoNeSia

Hari dah malam, aku pun dah ngantuk, tapi mata tak boleh lelap pulak. So tangan pun dah gatal2 lah nak menaip, untuk update blog yg dah lama tersadai dalam ni.

Pada bulan 10 (2014) yang lepas, aku dah set travel trip ke Bali bersama rakan2 serumah aku semasa degree study kat UiTM Shah Alam, seramai 4 orang jelah, yang lain semua sibuk kerja & kahwin kot. Tinggal lah kami yang bujang2 ni je.

Kami pergi kali ni pun tak lama, selama 4 hari 3 malam je, dari jumaat sampai isnin. Yelah, kena balik awal, banyak komitmen kerja & kena save cuti tahunan untuk trip2 yang akan datang. Aku pulak masa tu memang nak save cuti yg berbaki 3.5 hari untuk di carry forward ke tahun 2015 yg memerlukan banyak cuti tahunan untuk trip2 aku.

Dipendekkan cerita, kat sini aku share sikit2 gambar kami semasa travel ke sana :)

Bertolak dari Hotel pukul 3.00am ke sini untuk melihat dolphin liar di tengah lautan


Aku & WanShisha dah tidur dah kat belakang

kopi Tuak dan banyak lagi kopi2 jenis lain
di Gunung Berapi Kintamani Selepas Lunch (di bawah sana sebelah kiri) di pondok
di Tanah Lot berehat di tengah panas terik
di Jimbaran dinner sunset (nasib baik cuaca baik)

Menunggu Lauk di Jimbaran

Aku & WanShisha mandi di SwimmingPool (tak boleh buka mata serius) Hotel Kuta

Serius aku tak boleh buka mata

Kami baru check out hotel nak ke Airport Bali, ni Hotel di Kuta

Kami di Ubud, nak tengok Kecak Dance

Muka tak betul selepas minum Tuak Coffeeeee

Kecak Dance di tepi laut, 3 jam bak hang (kecak kecak kecak..!) Sampai sekarang melekat dalam otak aku.
Kami di Tempat duduk tengok Kecak Dance disinari cahaya sunset

Maaf sebab gambar tak diupload mengikut susunan yang betul, sebab upload secara pukal. Ada banyak lagi gambar yang menarik macam di Tanah Lot dan lain2, tapi tak sempat nak susun, mungkin kemudian akan di upload secara berperingkat2. 

Begitulah serba sedikit perjalanan kami semasa di Bali. Agak rushing sebab masa ada 4 hari je, dan aktiviti dalam itinerary yang dirancang dah macam untuk seminggu punya, sampai free massage kat hotel di Kuta pun terpaksa kami korbankan sebab tak cukup masa. So, untuk next trip akan diupdate ke dalam blog ni dalam masa yang terdekat :) 

Bali memang best, tapi best lagi tanah air sendiri. 

Sekian, Wallahualam :)




Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...