Friday 12 August 2016

Kuching Meow Meow Marathon: Penutup Barangkali?


Kuching Marathon 2016 
Hye olls Assalamualaikum,

Kali ni ke Kuchinglah kita 😉. Perjalanan kali ni banyak cabaran dugaan dan pengajaran buat sy. Buat pertama kalinya, akibat sikap acuh x acuh dan lengah2 tanpa cukup persediaan, penerbangan yang dijadualkan pada pukul 9.25pm, telah ditukar ke pagi esoknya pukul 7.10am, boarding 6.30am. Haih sabar jelah. Tido kat airport lah nampaknya.

Sekarang ni, tengah lepak kat restoran Mamak kat level 2 klia2 ni, beli mineral water Rm3, lepak dlm kedai. Ok lah, nak cari spot tidur plak, ingat nak tido kat capsule, tp takut tak terjaga pulak. Terbayang2 masa lari pecut tadi. Polis pun tengok heran je, tp nmpk sempoi & tak kisah, maybe sebab dah biasa ngan penumpang2 yg mcmni, haha lagipun memang orang local so diorang faham lah.

Apesal la tak cancel je plan kali ni, payah la lari marathon 42km tu 😲 Ok lah, bersambung k...ngantuk 💤

28/8/2016

Ok, nak dijadikan cerita, esoknya sampai lah ke Kuching dengan selamat. Survey punya survey, ada Airport Taxi yang boleh hantar direct ke Hostel kami, dalam RM25 jugak dia Charge. Redho jelah. Nasib baik driver tu peramah & rajin berborak. Sy kan mudah terhibur, haha.

Sesampainya di hostel dan check in, terus masuk ke bilik dan letak bag. Daus di katil hadapan, nyenyak nye dia tido, Saya pun naik ke katil saya di tingkat dua dan terus terlelap, tapi tidur2 ayam je, x boleh tidur sebenarnya, letih kot.

Lepak kat Mamak KLIA2, banyak cabaran, senyum jelah :)
Tengok Olimpik kat tingkat atas International Departure tu, ada skrin besar
Esok paginye breakfast Roti Canai di Mamak yang sama, pukul 5 lebih masa ni.
Lepas tu sy pun bergegas ke surau untuk solat Subuh. Dalam pukul 6.30am dah boarding.

Pemandangan di atas awan

View Di Kuching dari atas flight

Sesampainya di Kuching Airport, kelihatan Banner sebesar besarnya sempena KuMar 2017
Airport Taxi untuk ke Hostel
Sesampainya di hostel.....
Sedapnya Daus tidooo
Petang dah start lapar, merayau2 di sekitar cari Laksa Sarawak, Sedappp

Selepas makan, kami naik bot ke seberang sungai, misi mencari kek lapis di seberang


Bayaran bot RM1 saja sekepala
Mira Cake House yang famous dengan kek lapisnya

Beli Aiskrim Susu ni je lah buat masa ni, nak beli kek batik esok sebab kena simpan dalam fridge



Teman Runner2 beli Ikan Terubuk di Pasar
Merayau2 sampai malam

Lepas bosan dah, kami pun pulang, sebab esok kena bangun awal kul 1am camtu, run FM start kul 2am. Tapi, malam tu sy tak boleh tido lah. Nervous nye sangat, sbb terbayang last FM tahun lepas lari sampai lutut pun injured.

Masa ni dah nak start dalam 10 minit lagi.

Dengan partner FM Daus
Pistol pun dah ditembak, selamat berlari
Sejujurnya, sy langsung tak rasa bersedia untuk lari kali ni. Kurang latihan, kurang rehat dan segala2 nya kurang. Tapi still degil nak lari gak. Mula2 lari, pace maintain je 7, start kilometer ke 21, kaki dah start buat hal, kekejangan di kaki kanan. So lepas tu lari ikut tiang je selang2 jalan & lari. Waterpoint pulak kehabisan air sebanyak sekurang2 nya 5 Water Station. Pengurusan memang teruk diorang ni. Akhirnya lebih kurang pukul 9am, sy sampai ke garisan penamat, dalam 7 jam masa diambil. 

Kaki dah cramp x boleh jalan dah masa ni, haha

Melantak selepas larian memang biasa, walaupun tak habis & membazir
Kesimpulannya, saya nak berehat panjang dari berlari selepas ni, pulihkan segalanya dan training...

Goodbye for now Kuching :)

Terima Kasih kerana baca & sudi singgah :))



Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...