Wednesday, 8 April 2015

Hiking #2 Bukit Saga Weekend activity 2nd time 28/3/2015

Hallooo~

Last week (28/3/15) aku pergi mendaki Bukit Saga bersama geng aku macam biasa, tapi kali ni sorang officemate aku join. So kami bertigalah. Kitorang bertolak agak lambat dari rumah, sampai sana lebih kurang pukul 7.30am. Macam biasa aku pergi naik motor masing2 so senang nak parking betul bawah tangga pinggir Bukit Saga tu.

Sampai2 kitorang warm up sikit bagi regang otot2 kaki dan bahagian badan lain. Aku macam biasa bawak hiking stick kesayangan aku untuk teman panjat sekali, tambah2 lutut aku masa tu ada problem sikit, tapi gatal2 nak naik jugak. So kenalah pakai tongkat ni. So kitorang pun mulalah berjalan masuk menyusuri semak2 ke arah pinggir bukit. Ni kali ke 2 aku naik Bukit Saga.

Dalam perjalanan ke air terjun
Dalam perjalanan masuk ke pinggir bukit, ada gerai2 yang menjual buah & nasi lemak. Disebabkan aku dah makan biskut pengisi perut, maka dengan sombongnya aku pandang sebelah mata je nasi lemak yang menggiurkan tu. Member aku yang lagi 2 orang tu pun ok jek. So kami pun meneruskan perjalanan.

Awal2 pendakian dah agak curam, kena panjat2 batu besar dan sebagainya. Di pertengahan jalan kami, ada simpang ke kanan dan kiri, kami ambil yang kiri. Mula2 dulu aku ambil jalan kanan. Sedang asyik mendaki, kami terjumpa seorang pakcik Cina yang baik hati & prihatin ni sedang menyapu daun2 kering di tangga2 jalan. Kami sempat bertegur sapa dengan pakcik tu & borak2 kejab dalam 5 minit sebelum meneruskan perjalanan.

Puncak Saga
Dalam 40 minit kemudian, sampailah kitorang kat atas. Plan asalnya, sampai je ke puncak, kitorang turun terus. Tapi tak boleh tahan plak dengan godaan papan tanda waterfall tu. So kitorang pun teruskan je perjalanan ke waterfall yang jaraknya dalam 40 minit lagi dari puncak Bukit Saga. Apa salahnya kan, lagi pun kitorang pun tak kejar masa.

Perjalanan ke waterfall ni biasa2 sahaja sebab kadang2 mendatar, kadang2 kena panjat sikit. Cuma bila dah nak sampai tu, kena berhati2 menuruni lereng bukit yang agak curam. Kami pun turunla perlahan2, aku pulak terpegang pokok berduri semasa nak elak dari tersadung di lereng bukit tu. Nasib baik cepat je aku lepaskan tapi mencarut la jugak, haha. Setelah turun beberapa level sungai & air terjun tu, akhirnya kami sampai ke main waterfall yang menjadi tumpuan ramai walaupun jauh ke dalam hutan.

Gigih panjat

Tunggu turn ke air terjun

Sampai air terjun, bawah pokok tumbang dengan Atiqah 

Kami termenung sekejab sebelum aku & member aku Zul, amik keputusan mandi dengan baju yang sedang kami pakai. Aku pun dah tak peduli, terus je bertapa bawah air terjun tu. Member kami yang lagi sorang tak mandi, hanya perhati dari tepi & tangkap2 gambar. Kami stay kat sana selama 45minit lebih kurang.


Mandiiiii!!!!!!
 Ha, lepas mandi, kitorang lepak jab makan biskut, lepas tu baru bertolak balik ke puncak Broga tadi. Perjalanan balik ni agak mencabar jugak sebab baju basah semua, berat la sikit. Dalam 20minit lepas tu, sampai la kat checkpoint puncak tadi.

Rest jab kat kawasan peak ni
Lepas minum2 borak2 tangkap gambar bagai, kitorang pun bertolak balik turun. Jalan balik rasa jauh gila pulak, sebab kitorang ikut jalan lain masa datang tadi. Jalan balik ni lagi jauh, dan terasa lagi penat sebab menuruni bukit. Lutut aku ni pulak memang problem sikit dari awal. Kena laju2 sikit lah turun, xnak rasa sakit lebih lama. Dalam 30minit lepas tu, sampai kami bertiga di bawah. Masa tu dah pukul 12.00pm lebih kurang. Terus kitorang makan kat mamak kat area2 situ gak, sedap makanan dia. Ok lah, so tulah aktiviti weekend ahad aku yang aku rasa berbaloi jugak. Peluh pun peluh, tapi sakit kaki lah. Haha...lepas ni mungkin nak naik Saga lagi, untuk kali ke 3, haha.

Ok, till then, byeee...Assalamualaikum & have a nice day!!

2 comments:

  1. oww.. bes jugak sbnanye naik2 gunung ni. nak2 kalau pakej sekali ngan air terjun cmni. mmg mantabb. dah lama tak masuk hutan. dah bertahun kot. may be one fine day~ muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nanti 1 fine day try lah ye, interesting tau

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...