Tuesday 24 May 2016

27-30/5/2016 Berlari ke Hatyai ~~~ sàwàtdeekráp!!

Salam!

Tahun lepas, kami berempat rakan2 runner telah travel ke India untuk berjalan2 menyertai acara larian Hyderabad Run 2015 secara kebetulan, dan sejak itu kami buat keputusan untuk join larian international paling kurang sekali setiap tahun di mana2 pelosok dunia, giteww.

Hatyai Marathon 2016
Jadi, pada tanggal 27 Mei minggu ni, saya dan dua lagi rakan runner yang lagi aktif dari saya akan bertolak ke Hatyai, Thailand. Kami dah mendaftar untuk larian di Hatyai pada 28/5/16 Sabtu. Saya ni dah lama tak training untuk lari ni, dan rasa kurang yakin nak lari di sana. Saya register Half Marathon iaitu 21km. Ada hati lagi register HM padahal tak training pun, lutut pun entah macamana nanti, sebab injured masa di PBIM 2015 tahun lepas, entry di sini.

Tapi bagus jugak, sebab balance duit baht masa pergi Phuket hari tu ada lagi, tak banyak lah tapi jadi lah untuk tambah belanja nanti. Sekarang pun duit asyik keluar je macam air, ada je benda kena bayar 
Ada balance dalam 2,620Baht, dalam RM300
So, dalam 2 hari ni kena settlekan kerja habis-habisan, taknak susahkan officemate. Khamis malam dah kena bertolak ke sana naik bas dari TBS.

26/5/2015

Jadi, hari yang ditunggu2 telah tiba. Selesai je kerja (walaupun tak berapa selesai sebab banyak sangat tapi kena balik jugak sebab tak packing ape2 lagi), terus bergegas balik. Dalam pukul 7.30pm, sampai rumah & isi perut sebelum berkemas sepantas kilat. Pukul 9.00pm, Daus & Kak Maz pun sampai depan rumah. Kitorang cepat2 gerak ke TBS. Ingatkan dah lambat, rupa2nya bas delay. Pukul 11.00pm baru bertolak.

Wefie sikit
Perjalanan selama 6 jam ke sempadan, hanya sekali je berhenti di Changlun untuk solat etc. Dalam pukul 6.00am, pasport dikutip oleh konduktor bas untuk proses mendapatkan pas masuk dari imigresen Malaysia (pas dah siap bertaip, tak payah susah2 tulis macam selalu dalam flight). Lepas setengah jam, kami sampai ke imigresen Thailand. Di sini penat sikit lah, kena beratur panjang sebab ramai nak masuk Thailand juga, tambah2 cuti2 sekolah ni. 

Welcome Sawadikrapp
Suasana di Sempadan Thailand beribu2 orang nak masuk & keluar sekaligus

Dalam sejam kami beratur, pasport pun selamat di cop. Dari sempadan ke Hatyai adelah dalam sejam, sempat jugak lah lelap sampai pening2 kepala sebab macam banyak sangat tidur. Setelah sampai, jam pun dah pukul 11am waktu sana. Kitorang masing2 dah kebulur, terus ke kedai Mustafa sebelah kedai company bas tu.

Restoran Mustafa. Roti Canai Nasi Goreng semua ada & murah
Sambil tunggu makan, research map kejap
Selepas makan kenyang & amik nafas, kitorang pun bertolak ke Hostel kitorang, The Hive Hostel. Takde lah jauh mana, dalam 10 minit jalan kaki dari situ. 

Jalan2 cari Hostel
Hostel nye boleh tahan, 8.7 rating dari Booking.com.

Pandangan hadapan dari seberang jalan
Di dalam dorm laki, awal lagi tengah xde orang
So, kitorang pun rest baring2 je petang tu. Penat letih semua ada. Dalam pukul 5.00pm, kitorang pun bersiap2 nak ke floating market Khlong Hae. Perjalanan menaiki Tuktuk dalam setengah jam jugak. Macam2 ada jual di Market ni dan murah2 belaka. Makanan semua murah2. Tapi jangan rambang mata cuba semua makanan, sebab ada jugak yang tak halal & hati2 takut kena cirit birit macam Daus & Kak Maz, haha. Saya tak makan banyak sangat sebab dah melantak roti canai di Mustafa masa diorang tidur tadi.

Khlong Hae Floating Market
Bukan main lagi diorang ni shopping sakan
Persembahan tradisional kanak2 di hadapan tangga

Saya beli Air Kelapa dalam Angry Bird Clay mug, 30 Baht murah je. Dalam RM3.

Kami lepak situ lama gak sampai malam sebab borak2 sambil habiskan makanan yang ada. Orang makin lama makin kurang, agaknya sebab semua tak sampai lagi. Oh ya, kami juga berkenalan dengan kawan baru yang masih belajar tapi berani travel solo, Anne. Baru nak ngorat tapi dia dah ada pakwe, well tak ada jodoh, haha.

Pemandangan malam dari atas jambatan
Bersama kawan baru kami kenal di Hostel, Anne
Lepas tu,  kami pun pulang ke Hostel dan berehat sambung tidur simpan tenaga untuk berjalan2 esok.  Keesokannya, kami bangun awal pagi dan bersarapan di kedai berhampiran, tapi tak ingat kedai mana. Agak mahal juga kena charge. Lepas tu, perut dah kenyang, kitorang jalan2 la sekitar bandar mencari2 pejabat pos. Niat asalnya nak beli setem dan poskad untuk dikirim kepada kawan2 di Malaysia. Tapi hanya mampu beli setem je, sebab tak jumpa poskad sampai ke sudah. Lepas tu, kitorang pun ambil keputusan ke Stadium Jiranakorn untuk collect race kit Hatyai Marathon, sepatutnya pukul 10am dah bukak lah.

Dalam tuktuk menuju ke Stadium Jiranakorn
Kami sampai agak awal jugaklah di stadium. Cuaca panas gila.

Di pintu masuk
Sesudahnya ambik race kit, kami pun bertolak balik ke hostel dengan berjalan kaki. Saja nak merasa jauh ke tak. Sebenarnya takdela jauh mana, dalam 20 minit je. Cuma sebab cuaca panas, agak letih & haus jugakla. Kami singgah di 1 kedai melayu halal tak ingat nama untuk lunch.

Ikan Gapi kesayangan, tiap kali balik ikut jalan ni mesti main ngan depa jab
Makan dinner pulak
Sesampainya di hostel, terus tidur, lagipun makanan lunch tadi dah hadam masa berjalan balik tadi :) Pukul 2am, Daus dah tak ada kat katil dia, dah sampai Stadium kot, sebab dia ambik full marathon 42km, start pukul 3.30am. Saya terjaga pukul 4.00am, nasib baik set alarm kuat2. Kena ada kat stadium cepat sebab flag off half marathon kami pukul 5.30am. So saya & kak Maz naik tuktuk dengan 5 lagi runner Chinese dari Malaysia tapi hostel lain. Subuh kat stadium kat bahagian paling atas seat stadium. Susah jugak dan ramai yang perhati tapi kitorang buat muka selamba jek, pengalaman tu yang penting, hehe.

Flag off betul2 pukul 5.30am, nasib baik sempat set gps & mp3 semua. Saya pun lari, kak Maz pun hilang entah di mana. 

Masa ni baru 6km kot, dah start boring & tangkap2 gambar
Lagi 8km
Gigih keluarkan hp dari pouch nak tangkap gambar
Masjid Negeri menghala Songhkla kot
Akhirnya, setelah 3jam 20minit, sampai juga ke garisan penamat. Tercungap2 habis. Stamina memang ke laut sebab lama tak lari. Nasib baik lutut tahan tak buat hal. Dua kali jugakla sapu gel sejuk Perskindol tu, dengan harapan lutut sejuk & tak jadi macam masa di PBIM 2015. 

Gold ialah Full Marathon, yang silver sikit Half Marathon, lagi satu mungkin Fun Run
Yeahh! 1st FM utk Daus, 1st HM untuk kak Maz, 2nd HM untuk saya 
Nasib baik untuk international marathon kali ni, kami dah prepare siap2 untuk extend stay di hostel smpai pukul 6pm. Kalau tak kena rushing balik untuk check out pukul 12pm. So boleh la lenggang2 kangkung. Pengajaran kali ni, kena lebihkan training untuk long distance run lepas ni. Kalau tak, boleh injured. 

Sekian, jumpa lagi di entry yang lain ya!

Nah Pulut Mangga untuk tatapan semua :p



Sunday 22 May 2016

160522 Celebrate Birthday Omak Den

Hi!

Lama tak menulis. Hari ni sepatutnya follow member2 hiking trekking & mandi manda & picnic di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. Tapi, atas sebab2 tertentu & kemalasan & nak rehatkan badan juga, tak jadi ikut. Menyesal jugak tak ikut, tengok gambar2 depa macam enjoy habis.

Tapi ada hikmah nya jugak sebab semalam birthday omak. Oleh sebab semalam diorang balik lambat tengah malam dari Sabah, tunggu punya tunggu sampai terlelap pukul 1am lebih. So, petang tadi 22/5/2016 kitorang adik beradik pun sambungla plan semalam, bawak keluar kek coklat dari fridge, celebrate dengan omak & bapak.

Kek kecik je tapi tak habis jugak


So betul lah tu hikmah nya. Kalau tak terlepas nak celebrate birthday omak yang setahun sekali ni. To my mom, selamat ulangtahun hari jadi ke 56 tahun. Amir doakan omak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah & segala yang terbaik untuk mak.

Assalam :)

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...