Sunday, 19 April 2015

Hiking #4 Tabur Hill Far East Side 180415...thrill experience~

hola holoooo~

Rasa nak hiking pulak minggu ni. So pada hari semalam iaitu pada tanggal 18/4/2015, aku bersama 2 rakan yang baru jadi geng, Qilla & Hani buat keputusan untuk memanjat Bukit Tabur. Bukit Tabur ni ada 2 bahagian, kitorang decide nak panjat east side since yang tu agak famous. 

West Entrance, kitorang tak ikut sini
Disebabkan Bukit Tabur ni banyak aku dengar kontroversi bahaya & kemalangan, so aku study sikit pasal tempat ni. Dari blog2 mereka yang pernah naik bukit ni, aku bawa beberapa alat & bahan tambahan, contohnya:

- Glove (nasib baik ada)
- Hiking stick
- Knee support
- Cap (cuaca panas protect kepala, hujan pun boleh)
- Pisang 2 biji (tapi sebiji kena curi monyet sebab tertinggal dalam bakul motor)

Kasut juga kena proper la jugak sebab banyak batu tajam & tanah kering yang berdebu licin. Kami hiking selama 2 jam lebih kurang, bermula 7.30am. 

Aku & Hani


Dengan Qilla sesat cari jalan

Posing sikit atas batu
Awal2 pendakian dah curam, kena panjat batu dan lain2. Kami teruskan perjalanan hingga sampai ke 1st, 2nd & 3rd peak. 

Rest jab sambil makan sandwich Homemade oleh Hani
Kemudian kami duduk berkelah atas batu sambil2 makan sandwich yang Hani buat malam sebelumnya. Kebetulan perut aku memang lapar sebab pisang yang dicuri disedekah pada Si Monyet awal2 tadi, rezeki kau lah monyet. 

Kami duduk selama setengah jam sementara menunggu trail ke 4th peak clear sebab ramai lagi hikers lain yang sedang turun & naik. 

Berhenti rest jab tengok view
Selepas agak traffic kat situ dah ok, aku pun mula naik, diikuti oleh Hani dan Qilla. Naik agak kurang bermasalah sebab walaupun berbatu2 curam, tapi banyak tempat pijak & berpaut. Ada pulak tali yang membantu, lagi ok. Dalam 20 minit kemudian, kami pun sampai ke puncak. 

View dari 4th Peak
Perasaan masa tu memang susah nak digambarkan, puas hati jugak lah. Hilang kejab masalah2 dalam kepala pasal dunia yang sementara ni, hahaha. Di hadapan kami terbentang view tasik empangan yang dipelihara dengan baik dan di belakang pula view Kota Kuala Lumpur, boleh nampak sampai KLCC walaupun agak kabur berjerebu. 

Terbang ke Tasik!
Hari semakin panas, pendaki2 lain pula semakin kurang, ramai yang dah turun. Selepas tangkap gambar bagai, kami pun bertolak turun. 

Panas terik haus berteduh jab
Perjalanan turun ikut trail lain, lagi mudah sebab terus turun ke kawasan perumahan di bawah. Tak perlu patah balik jalan tadi. 

Kami dalam perjalanan turun
Dalam setengah jam, kami sampai di bawah. Cuaca panas terik. Plan kami nak lunch sama cancel sebab masing2 ada rancangan sendiri. Aku pulak kena pergi ke Tasik Titiwangsa untuk ambik T-shirt marathon untuk esoknya. Kami pun berpisah di situ. Maka berakhirlah penerokaan Bukit Tabur kami pada hari tu. 

Dunia ni luas & masih banyak lagi tempat yang indah2 ciptaan tuhan untuk kita explore bersama rakan2 & keluarga. Manfaatkan setiap saat untuk menikmati ciptaanNya, kita boleh belajar bersyukur & bersabar dalam proses tersebut.

Sekian :)

No comments:

Post a Comment

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...