Thursday 3 January 2019

Tahun Baru 2019 di Black Forest, Freiburg, Germany

Hi,

Tahun baru di Black Forest (Schwarzwald), Freiburg, dari 31.12.18 hingga 1.1.19. Kami pergi berempat, semuanya rakan sekelas dari semester pertama. Perjalanan selama 4 jam dari Stuttgart, dengan Deutsche Bahn Regional Train (RE), dan bertukar2 bas. 

Hari pertama, rancangan berjalan lancar, dengan sambutan tahun baru di puncak Schloßberg, menyaksikan bunga api selama sejam. Hari kedua, plan kami untuk ski terbantut, kerana cuaca di tempat ski kurang salji, dan rakan2 yang lain semua adalah pertama kali mahu mencuba. Kami juga tiada kereta untuk ke tempat salji yg agak jauh. Kami tiba agak lewat, jadi agak mustahil untuk ski pada waktu itu. Jadi kami ambil keputusan turun ke bawah untuk lunch dan meronda2 sekitar bandar Freiburg dan ke Titisee, sebuah tasik di sana. 

Durian bersinar

Graffiti di Freiburg

Pekan kecil di Titisee

Di Titisee
Pemandangan di pergunungan di Schauinsland untuk ke tempat ski

Bersama rakan travel

Papan tanda ke Freiburg dan Todtnau

Di tempat sewa peralatan ski dan pendaftaran tapi cancel pula

Kabus tebal semasa berjalan kaki ke Titisee

Di Titisee, sebuah tasik di pekan kecil

Cathedral di Freiburg pada waktu malam

Di Titisee, Schwarzwald


Trem di Freiburg

Barisan lilin di dalam cathedral

Hostel kami untuk penginapan satu malam

Pemandangan di puncak Schloßberg

Di Freiburg



Berhenti untuk makan lunch
Azam tahun ni adalah, untuk sambung tahun lepas yg tak tercapai lagi ni. Selamat Tahun Baru 2019 untuk semua!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...