Sunday, 22 February 2015

Travel Log #3: BaLi~iNdoNeSia

Hari dah malam, aku pun dah ngantuk, tapi mata tak boleh lelap pulak. So tangan pun dah gatal2 lah nak menaip, untuk update blog yg dah lama tersadai dalam ni.

Pada bulan 10 (2014) yang lepas, aku dah set travel trip ke Bali bersama rakan2 serumah aku semasa degree study kat UiTM Shah Alam, seramai 4 orang jelah, yang lain semua sibuk kerja & kahwin kot. Tinggal lah kami yang bujang2 ni je.

Kami pergi kali ni pun tak lama, selama 4 hari 3 malam je, dari jumaat sampai isnin. Yelah, kena balik awal, banyak komitmen kerja & kena save cuti tahunan untuk trip2 yang akan datang. Aku pulak masa tu memang nak save cuti yg berbaki 3.5 hari untuk di carry forward ke tahun 2015 yg memerlukan banyak cuti tahunan untuk trip2 aku.

Dipendekkan cerita, kat sini aku share sikit2 gambar kami semasa travel ke sana :)

Bertolak dari Hotel pukul 3.00am ke sini untuk melihat dolphin liar di tengah lautan


Aku & WanShisha dah tidur dah kat belakang

kopi Tuak dan banyak lagi kopi2 jenis lain
di Gunung Berapi Kintamani Selepas Lunch (di bawah sana sebelah kiri) di pondok
di Tanah Lot berehat di tengah panas terik
di Jimbaran dinner sunset (nasib baik cuaca baik)

Menunggu Lauk di Jimbaran

Aku & WanShisha mandi di SwimmingPool (tak boleh buka mata serius) Hotel Kuta

Serius aku tak boleh buka mata

Kami baru check out hotel nak ke Airport Bali, ni Hotel di Kuta

Kami di Ubud, nak tengok Kecak Dance

Muka tak betul selepas minum Tuak Coffeeeee

Kecak Dance di tepi laut, 3 jam bak hang (kecak kecak kecak..!) Sampai sekarang melekat dalam otak aku.
Kami di Tempat duduk tengok Kecak Dance disinari cahaya sunset

Maaf sebab gambar tak diupload mengikut susunan yang betul, sebab upload secara pukal. Ada banyak lagi gambar yang menarik macam di Tanah Lot dan lain2, tapi tak sempat nak susun, mungkin kemudian akan di upload secara berperingkat2. 

Begitulah serba sedikit perjalanan kami semasa di Bali. Agak rushing sebab masa ada 4 hari je, dan aktiviti dalam itinerary yang dirancang dah macam untuk seminggu punya, sampai free massage kat hotel di Kuta pun terpaksa kami korbankan sebab tak cukup masa. So, untuk next trip akan diupdate ke dalam blog ni dalam masa yang terdekat :) 

Bali memang best, tapi best lagi tanah air sendiri. 

Sekian, Wallahualam :)




12 comments:

  1. Salam en Azlee..thanks singgah blog..feel free to email me your email...nnti kalau ad event XES i can tlg forward blog u..anyway nice travelog...bestnye travel2...dpt pengalaman baru...care to share tips2 travelling bile email nnti ye..

    www.withlovekisses.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Cik Syafiqah, tq sudi comment, tak adalah pandai sgt pun tp sure will share tips2 yg berguna untuk u, Thank you again! :)

      Delete
  2. bestnya travelling...release tension tgk pmndgan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi elyana! best tu best lah, tapi tengok wallet lepas travel tu tak best lah, haha...

      Delete
  3. kopi ke tu..cam teh pon ade jugak..haha
    bali yg besh pntainye...dgr nye la..besh ke pntai dier?cntik? ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah yaya, kopi la semua tu :) haha ada yang rasa mcm teh, tapi semua tu kopi, pantai dia bersih & cantik tapi ombak kuat sangat

      Delete
  4. Seronoknya jalan2 di Bali. Akak suka tengok dolphin berderet tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha seronok dpt spend masa dengan kawan2. Balik Malaysia semua busy balik dengn komitmen masing2...dolphin liar tu, tu pasal nampak sirip2 je, baik gi zoo je kak, hehe

      Delete
  5. jealous... huhuhu... xpnah lg gi sni.. tp mmg dh masukkn dlm list, hihi...
    travelling ngan kwn2 pun syok gak.. sbb same2 jiwa mude, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla kalau dah ada planning, nnt boleh ajak kawan2, hehe...kwn2 sy semua kepala gila2 boleh masuk sekali, jadi lahh..haha

      Delete
  6. salam bro..ingat lagi tak tiket bas dari Vienna ke Sarajevo berapa euro ? dan berapa lama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bro, kalau x silap dalam 45euro masa tu, tp sy tak sempat nak pergi sebab jalan ke Bosnia rosak teruk, tak berani amik risk sbb risau tak sempat patah balik ke Berlin

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...