Sunday, 17 May 2015

Hiking #5: Kutu Hill Kuala Kubu Bharu 260415

Salam,

Entry ni dah lama di draft & disimpan, tapi oleh sebab kemalasan melampau, maka bersawanglah entry ni sebelum di publish. Pada Ahad minggu lepas, geng2 hiking aku (Qila & Abe Zul) bertolak ke Kuala Kubu Bharu awal2 pagi, tak lain tak bukan untuk hiking di Bukit Kutu yang berketinggian 1,100m atau 1,053m.

Kami bertiga di peak Kutu Hill
Awal2 pagi aku dah bertolak ke Shah Alam pada 5.30am untuk jemput Qila sebelum bergegas ke KKB melalui Guthrie Highway. Dalam pukul 6.30am, kami berhenti kat r&r mana entah aku x ingat namanya untuk solat Subuh & buang air. 

Dah setel semua, terus bertolak tak berhenti2 dah. Dalam pukul 7.30 am, dengan bantuan GPS & pakcik2 yang tengah sibuk menadah air di lereng bukit kat tepi Highway, kami pun sampai kat area perkampungan Orang Asli Pertak, depan sikit lepas GPS habis tunjuk arah di tengah2 jalan dalam 1km sebelum destinasi yang sepatutnya. 

Masuk ke kawasan kampung Pertak tu, kena drive dalam 10min. Sampailah kami di kawasan parking kereta Bukit Kutu. Tapi masa tu xde kereta pun yang parking kat situ, mungkin nak elak dari bayar RM1 yang dikenakan atau nak parking di area yg lebih dalam & dekat ke arah kawasan hiking. Kami decide nak parking dalam sikit. 

Tak boleh masuk lagi sebab jalan masuk sempit dan dihalang oleh kereta lain yang nak keluar masuk. Lepas parking, kami ambil peralatan masing2. Aku macam biasa cuma bawak sedikit makanan, air, ubat ubatan, hiking stick, topi, handphone, powerbank dan lain2 peralatan basic. Qila pun lebih kurang aku. 

Abe Zul advance sikit dengan Gopro Hero yang baru dibeli. Ok jugak, gambar2 Gopro memang lawa2. Dengan lafaz Bismillah, kami mulakan perjalanan. Awal perjalanan, terdapat 2 jambatan & sungai yang agak lebar untuk dilintasi. Kena lah bukak kasut, kalau berani sikit, lintas dengan langkah batu2 besar yang agak jauh jaraknya. Aku bukak kasut, takut tergelincir je.

Jambatan Suda Roboh
Melintas sungai, bukak kasut dulu, perjalanan jauh lagi
Dalam perjalanan, kami jumpa 2 simpang ke kanan dan kiri. Kami ambil simpang ke kanan walaupun x pasti. Kata orang kalau terjumpa 2@3 sungai, maksudnya salah jalan, kena patah balik. Tapi kami terjumpa jugak sungai2, teruskan jugak sebab ramai jugak group lain yang hiking ikut jalan yang sama. Kami teruskan jugak perjalanan.

Beautiful view, menakjubkan, indah, cantik, kagum, wow~
Dari sejam kepada 2 jam...masuk jam ke 3 masing2 dah penat, masih lagi tak sampai2. Kaki aku terseliuh sekali semasa perjalanan ke atas, tapi tak serius, duduk sekejap & teruskan perjalanan. akhirnya lebih kurang pukul 12pm, kami sampai juga ke atas. perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke atas. Ni dah level gunung ni, haha.......

Batu Besar tempat lepak tengok view di puncak
Di puncak, ada la batu2 besar yang bertindih2 dan tangga untuk sesiapa yang nak naik ke atas batu2 tu. Pemandangan dari atas batu memang cantik gila, dengan bukit bukau, awan biru, pokok2 menghijau dan boleh nampak bandar kuala kubu Bharu nun jauh di sana. Memang berbaloi rasanya. Selesai ambik gambar semua, kami turun dari batu besar tu. Tak boleh duduk lama2 sebab ramai lagi tengah tunggu turn nak naik jugak. Atas batu tu sempit jugak, dalam 3,4 orang sekali boleh lah, dan juga bahaya, sekali tergelincir, terus jatuh ke dalam gaung.

Papan tanda Bukit Kutu, 1,053m
Kemudian kami teruskan perjalanan ke banglo atau kubu di tengah hutan yg dikatakan milik British suatu ketika dulu. Tinggal tangga & tembok2 berapa keping je, memang classic untuk tangkap gambar lah. Kami lepak2 kat situ sambil2 borak2 dengan group lain yang ada kat situ jugak.

Lepas 15 minit, kami terus bertolak turun. Sepanjang perjalanan, aku dan Zul melalak2 menyanyi lagu2 lama untuk mengisi masa & hilangkan rasa penat. Sampai di kawasan batu2 besar (checkpoint ke 5 kalau x silap), tiba2 aku tersilap langkah dan terpeleot/terseliuh/terkehel kaki kiri aku. Terduduk terus aku kat situ sambil menjerit kesakitan, perghhh, sakit nya memang tak boleh nak gambarkan. Even aku tengah menaip sekarang pun (dah 3 minggu & kaki masih sakit) terasa ngilu kaki ni mengenangkan kesakitan masa tu, haha....aku duduk kejab sambil buka kasut. Urut2 sikit kaki kiri di bahagian buku lali (sepatutnya jangan urut). Kawasan tu banyak lebah, Qila dah kena sengat di jari nya, kami pun cepat2 teruskan perjalanan. Tapi pace aku dah slow, sebab kaki dah injured, perjalanan pun masih jauh. Aku tau masih jauh sebab perjalanan naik ke batu besar tu memang lama.

Kaki kiri tergeliat
Perjalanan lepas tu ambil masa lebih kurang 2 jam lagi. Mental pun dah down, tergeliat beberapa kali, haha. Dalam pukul 3 lebih, kami sampai ke bawah. Sepanjang perjalanan tu, ade la dalam 2,3 kali aku tersadung ringan, pasrah je aku. Fragile gila dah ankle ni, haha. Perjalanan ke kereta terasa jauhnya walaupun dekat je sebenarnya. Mungkin sebab kaki injured ni, cuaca panas & dehydration. Sesampai di kereta, kami terus bertolak ke Sg. Chilling yang berhampiran dalam 10minit dari situ. Solat Zohor di sana, sebab ada surau, toilet dan lain2, proper sikit.

Termenung Sg Chilling
Excited di Sg. Chilling

Kami mandi dalam sejam gak lah. Cool down sikit, nak bagi sejuk sikit kaki, tambah2 kaki aku yg injured ni. Lepas mandi manda, solat Asar, kami bertolak ke pekan KKB, cari tempat makan. Terjumpa Restoran mamak kat sana. Makan2 & minum2, lega~~~.


Kami pun bertolak balik. Kali ni Zul yang drive, aku duduk sebelah. Tak larat aku nak drive, nak rehatkan buku lali, haha. Ingat nak tidur, tapi borak2 sampai lah sampai ke Puncak Jalil. Memang perjalanan yang panjang untuk 1 hari. Keesokan hari, aku pergi ke klinik untuk jumpa doctor. Risau pulak takut ape2 terpatah ke terkoyak ke. Doctor kata tak ada apa2, kaki aku dibalut bandage, dan diberi ubat sapu & tahan sakit. Dapat MC sehari.

Sekian untuk hari ni, babaiii~

No comments:

Post a Comment

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...