Friday 24 January 2020

Rumah Pertamaku! Update: Entry dari 2017, lupa nak post.

Hii,

Entry kali ni lain sikit dari biasa, iaitu saya nak beli rumah.! Yeay! Bukan sebab dah nak kahwin, tapi saja nak merasa ada rumah sendiri. Niatnya cuma nak sewakan, so boleh dapat sekurang2 nya passive income kat situ. Target saya cuma rumah kos rendah. Survey punya survey, dari Puncak Alam, ke Subang Bestari, sampai lah ke area Sunway. Saya tertarik dengan 1 rumah flat ni, harga dalam 135k saja. Setelah bersetuju dan sign booking form dan bayar deposit, timbul satu masalah pulak. Rupa2nya rumah ni owner nya share nama dengan bapa, tapi bapa dah meninggal dunia. Jadi, terpaksa tunggu surat kebenaran kuasa dari Pejabat Tanah/ Daerah, ambik masa dalam 6 bulan. Saya tak dapat tunggu selama tu, jadi saya dan agent (Nat) teruskan  pencarian rumah lain. 

Beberapa minggu selepas itu, Nat call bagitau ada rumah yang available for sale jugak, dalam area yang sama, harga lagi murah dari sebelum iaitu 130k, mintak discount, memang tak boleh nego dah. Cuma rumah tu di tingkat 9 lah. Sy pun ok je nak tengok2. Rupanya ada penyewa. Kawasan nya agak strategik, ok la agak senang nak cari penyewa. Lif pun masih berfungsi, walaupun hanya satu je. Saya amik masa seminggu untuk fikir dulu, sebelum bersetuju untuk beli rumah tersebut. Nat pun terus buat appointment untuk sign booking form dan saya bayar deposit sebanya 3.18% dari harga rumah tu.

3.18% x 130,000.00 = RM 4,134.00

Nasib baik saya dah naikkan limit online banking dari 1500 ke 5000 dulu. So boleh la bank in je ke account company agent untuk book. Lepas tu Nat bagi saya salinan booking form tu sebagai rujukan. Beberapa minggu lepas tu, pada bulan puasa, hari ke berapa entah, Nelson (bank agent) call, dia ni contact Nat untuk segala urusan bank. Cheerful orang nya. Ceria semacam. Dia nak buat appontment untuk sign bank agreement CIMB Flexi-home loan. Maksudnya loan saya dah lepas :) Dapat jumpa dia beberapa minit sebelum berbuka, cepat sign semua page agreement tu sambil2 dia explain sikit2. 

Proses seterusnya, nak sign Sales & Purchase agreement S&P. Untuk proses ni, kena ada lawyer yang uruskan S&P. Nat cadangkan contact lawyer dia je (Puan Jem), sebab senang nak follow up (lagipun dia dapat komisyen :p). Saya degil nak dapatkan quotation dari lawyer lain, sebab at least boleh banding2kan harga yang lebih murah, dan dari situ boleh la jimat beberapa ratus & senangkan hati sikit. Lalu teringat kat kak sedara (Kak N). Cepat2 mintak harga kat dia. Dalam 2,3 hari dapat, dalam hati memang bagus sebab dia cepat follow up. Tapi lepas compare harga, lebih mahal dalam RM1000 dari Puan Jem. Yelah, lagipun office Kak N kat Seremban, makan kos semua tu. So, Puan Jem dilantik officially. 

Tapi, tunggu punya tunggu, senyap tak ada berita. So, follow up dengan Nat, rupanya rumah tu ada problem sikit sebab owner husband tengah dalam proses tukar nama ke wife dia. So Pn. Jem kena minta SPA form dari lawyer owner untuk proses tukar nama macamtu, adoi. Tak dapatlah nak sign S&P sebelum balik raya ni.

:::Update:::

*Sekarang saya di Jerman.

Last2 tak jadi pun beli rumah dengan Nat ni. Akhirnya, cancel semua perjanjian, dan beli dengan agent lain, Samantha, rumah di Meru, Klang dengan harga RM135,000.00. Deposit dengan rate yang lebih kurang sama. Semua proses berjalan dengan smooth dan sempat memiliki rumah tersebut sebelum datang ke Germany untuk sambung belajar pada 2017. Rumah tu sekarang dah ada penyewa, so setiap bulan, payment rumah di cover oleh penyewa tersebut. Penyewa tu di recommend oleh agent, pekerja under company area tu juga. Tak pe lah, at least cover duit bulan2.

Okay, terima kasih! Bye!

No comments:

Post a Comment

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...