Pada beberapa minggu lepas, rakan baik aku semasa aku kerja di Siemens dulu, Hasrol datang ke Jerman atas urusan kerja. Jadi, alang2 dah datang ke sini, kami pun plan satu trip ringkas ke Venice, Itali dan ke Stuttgart. Disebabkan aku memang stay di Stuttgart, aku pun book segala transportation yg diperlukan, bas dari Stuttgart ke München dan train dari München ke Venice. Walaupun ini kali kedua aku ke Venice, tapi agak excited jugaklah. Kali pertama dulu dengan family, boleh lihat dengan klik di sini.
Asalnya selepas Venice, kami mahu ke Interlaken, Switzerland. Tapi oleh kerana Hasrol tak confirm, jadi tak dapat book train awal ke Interlaken. Ketika berada di Venice dan dah confirm nak pergi ke Interlaken, tiba2 segala debit credit card declined, tak boleh guna di Venice. Oleh kerana kegagalan untuk membayar tiket secara online, kami batalkan misi kami dan segera ke main station untuk beli tiket bas di kaunter. Risau Hasrol tak sempat naik flight balik ke Malaysia dari München.
Card declined masa tu, rupanya selepas contact customer service Maybank baru2 ni, diorang kata kena activatekan e-Commerce untuk kad tu. So, sekarang kad tu dah boleh guna balik. Jadi, ketika itu, trip terpaksa dipendekkan dan kami pulang ke tempat aku di Stuttgart, Germany untuk stay menghabiskan baki beberapa hari sehingga tarikh pulang Hasrol ke Malaysia dari München.
Aku di Venice
Breakfast seketika di Aria Condizionata Cafe Restaurant sambil cuba book tiket ke Interlaken yang akhirnya gagal
Termenung jauh ke hulu sungai
Bot2 feri dan gondola adalah antara pengangkutan utama di Venice
Antara canal di Venice
Lorong2 di Venice sangat dijaga kebersihannya
Jalan2 di Venice juga sangat bersih walaupun penuh dengan pelancong dan orang tempatan berjalan di laluan yang sama
Malam di Venice, laluan pejalan kaki menuju ke station bus untuk menaiki Flixbus pulang ke Stuttgart
Hasrol di jalan kaki lima di Venice, tak banyak pelancong masa ni, kami pun tiba di sana hari Khamis, mungkin masih hari bekerja, bukan masa tumpuan pelancong
Bestnya jalan2 time takde orang. Seronok nak bergambar. Next time kalau saya planning ke Europe, I'll make sure to travel time2 macam ni. Senang nak kesana sini and bergambar dekat mana2.
Bestnya jalan2 time takde orang. Seronok nak bergambar. Next time kalau saya planning ke Europe, I'll make sure to travel time2 macam ni. Senang nak kesana sini and bergambar dekat mana2.
ReplyDeletebetul, orang tak berapa ramai, seronok & senang nak bergambar semua, hehe
Delete