Salam!
Tahun lepas, kami berempat rakan2 runner telah travel ke India untuk berjalan2 menyertai acara larian Hyderabad Run 2015 secara kebetulan, dan sejak itu kami buat keputusan untuk join larian international paling kurang sekali setiap tahun di mana2 pelosok dunia, giteww.
|
Hatyai Marathon 2016 |
Jadi, pada tanggal 27 Mei minggu ni, saya dan dua lagi rakan runner yang lagi aktif dari saya akan bertolak ke Hatyai, Thailand. Kami dah mendaftar untuk larian di Hatyai pada 28/5/16 Sabtu. Saya ni dah lama tak training untuk lari ni, dan rasa kurang yakin nak lari di sana. Saya register Half Marathon iaitu 21km. Ada hati lagi register HM padahal tak training pun, lutut pun entah macamana nanti, sebab injured masa di PBIM 2015 tahun lepas, entry
di sini.
Tapi bagus jugak, sebab balance duit baht masa pergi Phuket hari tu ada lagi, tak banyak lah tapi jadi lah untuk tambah belanja nanti. Sekarang pun duit asyik keluar je macam air, ada je benda kena bayar
|
Ada balance dalam 2,620Baht, dalam RM300 |
So, dalam 2 hari ni kena settlekan kerja habis-habisan, taknak susahkan officemate. Khamis malam dah kena bertolak ke sana naik bas dari TBS.
26/5/2015
Jadi, hari yang ditunggu2 telah tiba. Selesai je kerja (walaupun tak berapa selesai sebab banyak sangat tapi kena balik jugak sebab tak packing ape2 lagi), terus bergegas balik. Dalam pukul 7.30pm, sampai rumah & isi perut sebelum berkemas sepantas kilat. Pukul 9.00pm, Daus & Kak Maz pun sampai depan rumah. Kitorang cepat2 gerak ke TBS. Ingatkan dah lambat, rupa2nya bas delay. Pukul 11.00pm baru bertolak.
|
Wefie sikit |
Perjalanan selama 6 jam ke sempadan, hanya sekali je berhenti di Changlun untuk solat etc. Dalam pukul 6.00am, pasport dikutip oleh konduktor bas untuk proses mendapatkan pas masuk dari imigresen Malaysia (pas dah siap bertaip, tak payah susah2 tulis macam selalu dalam flight). Lepas setengah jam, kami sampai ke imigresen Thailand. Di sini penat sikit lah, kena beratur panjang sebab ramai nak masuk Thailand juga, tambah2 cuti2 sekolah ni.
|
Welcome Sawadikrapp |
|
Suasana di Sempadan Thailand beribu2 orang nak masuk & keluar sekaligus
|
Dalam sejam kami beratur, pasport pun selamat di cop. Dari sempadan ke Hatyai adelah dalam sejam, sempat jugak lah lelap sampai pening2 kepala sebab macam banyak sangat tidur. Setelah sampai, jam pun dah pukul 11am waktu sana. Kitorang masing2 dah kebulur, terus ke kedai Mustafa sebelah kedai company bas tu.
|
Restoran Mustafa. Roti Canai Nasi Goreng semua ada & murah |
|
Sambil tunggu makan, research map kejap |
Selepas makan kenyang & amik nafas, kitorang pun bertolak ke Hostel kitorang, The Hive Hostel. Takde lah jauh mana, dalam 10 minit jalan kaki dari situ.
|
Jalan2 cari Hostel |
Hostel nye boleh tahan, 8.7 rating dari Booking.com.
|
Pandangan hadapan dari seberang jalan |
|
Di dalam dorm laki, awal lagi tengah xde orang
|
So, kitorang pun rest baring2 je petang tu. Penat letih semua ada. Dalam pukul 5.00pm, kitorang pun bersiap2 nak ke floating market Khlong Hae. Perjalanan menaiki Tuktuk dalam setengah jam jugak. Macam2 ada jual di Market ni dan murah2 belaka. Makanan semua murah2. Tapi jangan rambang mata cuba semua makanan, sebab ada jugak yang tak halal & hati2 takut kena cirit birit macam Daus & Kak Maz, haha. Saya tak makan banyak sangat sebab dah melantak roti canai di Mustafa masa diorang tidur tadi.
|
Khlong Hae Floating Market |
|
Bukan main lagi diorang ni shopping sakan |
|
Persembahan tradisional kanak2 di hadapan tangga |
|
Saya beli Air Kelapa dalam Angry Bird Clay mug, 30 Baht murah je. Dalam RM3. |
Kami lepak situ lama gak sampai malam sebab borak2 sambil habiskan makanan yang ada. Orang makin lama makin kurang, agaknya sebab semua tak sampai lagi. Oh ya, kami juga berkenalan dengan kawan baru yang masih belajar tapi berani travel solo, Anne. Baru nak ngorat tapi dia dah ada pakwe, well tak ada jodoh, haha.
|
Pemandangan malam dari atas jambatan |
|
Bersama kawan baru kami kenal di Hostel, Anne
|
Lepas tu, kami pun pulang ke Hostel dan berehat sambung tidur simpan tenaga untuk berjalan2 esok. Keesokannya, kami bangun awal pagi dan bersarapan di kedai berhampiran, tapi tak ingat kedai mana. Agak mahal juga kena charge. Lepas tu, perut dah kenyang, kitorang jalan2 la sekitar bandar mencari2 pejabat pos. Niat asalnya nak beli setem dan poskad untuk dikirim kepada kawan2 di Malaysia. Tapi hanya mampu beli setem je, sebab tak jumpa poskad sampai ke sudah. Lepas tu, kitorang pun ambil keputusan ke Stadium Jiranakorn untuk collect race kit Hatyai Marathon, sepatutnya pukul 10am dah bukak lah.
|
Dalam tuktuk menuju ke Stadium Jiranakorn |
Kami sampai agak awal jugaklah di stadium. Cuaca panas gila.
|
Di pintu masuk |
Sesudahnya ambik race kit, kami pun bertolak balik ke hostel dengan berjalan kaki. Saja nak merasa jauh ke tak. Sebenarnya takdela jauh mana, dalam 20 minit je. Cuma sebab cuaca panas, agak letih & haus jugakla. Kami singgah di 1 kedai melayu halal tak ingat nama untuk lunch.
|
Ikan Gapi kesayangan, tiap kali balik ikut jalan ni mesti main ngan depa jab |
|
Makan dinner pulak |
Sesampainya di hostel, terus tidur, lagipun makanan lunch tadi dah hadam masa berjalan balik tadi :) Pukul 2am, Daus dah tak ada kat katil dia, dah sampai Stadium kot, sebab dia ambik full marathon 42km, start pukul 3.30am. Saya terjaga pukul 4.00am, nasib baik set alarm kuat2. Kena ada kat stadium cepat sebab flag off half marathon kami pukul 5.30am. So saya & kak Maz naik tuktuk dengan 5 lagi runner Chinese dari Malaysia tapi hostel lain. Subuh kat stadium kat bahagian paling atas seat stadium. Susah jugak dan ramai yang perhati tapi kitorang buat muka selamba jek, pengalaman tu yang penting, hehe.
Flag off betul2 pukul 5.30am, nasib baik sempat set gps & mp3 semua. Saya pun lari, kak Maz pun hilang entah di mana.
|
Masa ni baru 6km kot, dah start boring & tangkap2 gambar |
|
Lagi 8km
|
|
Gigih keluarkan hp dari pouch nak tangkap gambar |
|
Masjid Negeri menghala Songhkla kot |
Akhirnya, setelah 3jam 20minit, sampai juga ke garisan penamat. Tercungap2 habis. Stamina memang ke laut sebab lama tak lari. Nasib baik lutut tahan tak buat hal. Dua kali jugakla sapu gel sejuk Perskindol tu, dengan harapan lutut sejuk & tak jadi macam masa di PBIM 2015.
|
Gold ialah Full Marathon, yang silver sikit Half Marathon, lagi satu mungkin Fun Run |
|
Yeahh! 1st FM utk Daus, 1st HM untuk kak Maz, 2nd HM untuk saya |
Nasib baik untuk international marathon kali ni, kami dah prepare siap2 untuk extend stay di hostel smpai pukul 6pm. Kalau tak kena rushing balik untuk check out pukul 12pm. So boleh la lenggang2 kangkung. Pengajaran kali ni, kena lebihkan training untuk long distance run lepas ni. Kalau tak, boleh injured.
Sekian, jumpa lagi di entry yang lain ya!
|
Nah Pulut Mangga untuk tatapan semua :p |
hi....
ReplyDeletewahh beshnyer..berlari smpai ke hatyai.. ^,^
semoga berjaya =)
Hai Yaya, dah balik Malaysia pun, haha thanks!! :)
Deletehamboiii jauh die berlari..
ReplyDeletedekat je, hehe
DeleteFuhyoo hebat. Sampai ke Hatyai untuk lari!
ReplyDeleteSaje tuka2 angin kat negeri orang :)
Deletetumpang tnya.. awak naik bas ape ye.
ReplyDeleteHatyai intertop tak silap sy, cuba google website company dia
Delete