Hi Assalam,
|
Dengan John on the way turun |
Post kali ni berkenaan pendakian menaiki Gunung Kinabalu pada 16/7 hingga 18/7 lepas, iaitu Sabtu hingga Isnin. Perjalanan bermula dari Puncak Jalil, saya ke Putrajaya Sentral pada pukul 6am, sebab dah lewat bangun. Biasalah, gerak sorang2 tak ada yang nak mengingatkan untuk gerak awal. Flight boarding 7.50am pulak tu. Sampai di Putrajaya sentral dalam 6.30am, cepat2 kunci motor dan beli tiket ke KLIA2. Lari punya lari macam nak gila kat airport sebab masa dah lepas boarding. Geng kereta Kinabalu pulak dah message suruh cepat sebab dah last minute sangat. Nasib baik sempat naik juga. Masuk2 flight, off hp, terus tertidur, sebab malam semalam tu tidur pukul 3am, packing last minute punya pasal.
Sesampai di Airport Kota Kinabalu International Airport KKIA, Geng Kereta 2 pun berjumpa buat pertama kali. Panjang ceritanya macam geng ni boleh terbentuk. Senang cerita, semua nya dah set up dalam Whatsapp lah. Abang Khai pun offer lah untuk jalan2 di KK, sebab dia pernah kerja beberapa tahun di sana, so dia memang familiar area KK. Kami singgah makan di Restoran Nasi Ayam Singapore, betul2 di bangunan Hostel saya tinggal tahun lepas. Tak perasan pulak masa tu.
Selepas makan, perut dah kenyang, hati pun senang, kami bertolak ke Kundasang sebab masa tu pun dah pukul 1 pm lebih. Berkumpul dengan group Ohana lain pukul 4pm. Perjalanan ke Kundasang memang best, sebab makin lama makin sejuk dan berkabus, dan masa ni la kami suai2 kenal. Dalam perjalanan, kami lalu di Rumah Terbalik, tapi tak masuk pun sebab kejar masa, dan lagipun tak boleh tangkap gambar di dalam. Dalam pukul 2.30 pm, kami sampai di Dairy Farm di Kundasang. Tak ade ape sangat, lembu New Zealand dan lading seluas mata memandang. Saya sempat beli aiskrim coklat buatan sendiri di sana, dalam RM5 lebih harganya, sedap jugak.
|
Aiskrim Gelato Desa Dairy Farm |
|
Di Dairy Farm, Lembu dah kena halau masuk kandang masa ni, sebab nak hujan kot |
|
Makan Petang jab, lapar di Hounon Ridge Farmstay |
|
Photoshoot sikit, background Guesthouse kami |
Dalam pukul 4 lebih, kami pun sampai di Hounon Ridge Farmstay. Terus cop katil yang best dekat ngan plug. Dia punya view mengadap Gunung Kinabalu memang awesome gila. Tapi cuaca tak menentu, berkabus je petang tu. Kami tangkap gambar habis habisan.
|
Kami yang xtau nak buat apa kat dapur |
Malam pulak, sambil tunggu2 dinner siap (nak tolong apa pun xtau, ramai sangat kat dapur), yang lain2 borak2 kenal2. Malam tu tido memang nyenyak lah.
Esoknya, seawal subuh kami dah bangun untuk mandi dan solat subuh. Breakfast dalam pukul 8 macamtu. Leader Ohana Benik memang terbaiklah, pandai masak dll, yang lain2 pun tolong2. Untung sapa dapat buat menantu, haha.
|
Rugi tak amik gambar cuaca baik ni |
Kami yang lain2 ni terus packing siap2 untuk ke Kinabalu Park sebab nak start hiking pukul 11am.
|
Kumpulan kecik yang xde kerja |
Sesudah breakfast, kami terus ke Kinabalu Park dengan kereta group masing2. Nervous jugak sebab training memang kurang.
Selepas ambik tag, buang air sebab sakit perut pulak. Wajib tu sebelum mendaki, kalau tak memang naya kalau sakit perut tengah2 jalan. Pukul 11, kami sampai di pintu masuk Kinabalu.
|
2 daripada 5 guide kami |
|
Semua dengar khusyuk je |
Ada seramai 5 orang guide. Diorang bagi taklimat dulu sebelum pendakian, semua benda yang boleh dan tak boleh buat. Saya lupa beli ponco (baju hujan), terpaksa beli RM7 di kedai situ. Baju sejuk pun lupa bawa, memang dah plan nak sewa kat atas.
|
KM ke 2.0 |
|
Lepas lelah jab, letih oi |
Pendakian pun bermula. Awal2 dah pancit, bukannya berlari pun, agaknya sebab jarang bawak barang lebih sikit kot. Tapi memang banyak barang yang tak perlu dalam beg saya tu, contoh: baju raya, tapi last2 tak pakai pun, haha. Perjalanan ke Laban Rata memang terasa lama. Dari 1km, 2.km, 3km dan seterusnya.
|
KM ke 4.5 (ketinggian 2898m), dah hujan lebat |
Hujan lebat pulak tu di separuh perjalanan. Nasib baik beli ponco RM7 tadi.
|
Rest jab, baru sampai Layang2 kot masa ni, baru lepas hujan |
Semua orang dah ikut pace masing2. Memang dah dipesan awal2 supaya jangan ikut pace orang lain. Guide ada 5 orang untuk jaga semua, memang lebih dari cukup.
|
Nampak masih bersemangat lagi masa ni, padahal dah mental |
|
Islah, Mimi dan Ila yang power |
Dalam pukul 5.30pm, saya dan sorang lagi, Islah, cikgu dari N.Sembilan, sampai ke Laban Rata bersama2.
|
Laban Rata berkabus tebal |
|
Sampai Laban Rata, ketinggian 3272.7m |
Kat atas memang dah siap makanan buffet untuk semua pendaki. Saya makan beberapa suap je sebab tak berapa selera kot sebab penat, tapi cukup kenyangla. Baju plak basah sebab peluh dan hujan lebat tadi.
|
Makan2 geng, Cimin termenung je tengok |
|
Dengan Lily, dari group Hikers Kental, di belakang café Laban Rata view |
Saya terus naik ke dorm untuk bersihkan diri dan katil dan solat. Memang sejuk gila, tambah2 bila peluh semua dah kering, suhu masa tu 0 darjah. Lagi sejuk dari masa saya di Germany.
|
Tengok google, suhu 0 Darjah Celcius masa tu |
|
Lemaing Hostel kami, teringat lemang kat kampong |
Dalam dorm memang tak ada heater, cuma selimut tebal saja. Saya sewa baju sejuk dengan harga RM25. Masa tu memang menyesal gak & tak peduli harga mahal sikit, cuma fikir nak panas dan tidur selesa je. Selesai solat semua, saya cuba nak tidur. Tapi tak boleh. Mungkin sebab letih tak hilang lagi, kesejukan dan altitude tinggi kot. Sampai pukul 1.30am saya gagal tidur. Tiba2 Safwan bangun dan muntah2 malam tu. Dia makan banyak sangat kot.
|
Hantu Raya tak boleh tido |
1.30am, kami bangun dan siap2. Kena start daki ke puncak pukul 3am dan sampai puncak dalam pukul 7. Lepas tu kena cepat turun ke Laban Rata sebelum 10am untuk kejar breakfast. Maka, pendakian ke puncak pun bermula. Warm up sikit2 je, saya pun dari selangkah demi langkah menaiki tangga Kinabalu yang famous tu. Entah berapa ratus la anak tangga tu. Rasa macam tak habis2 masa tu. Mental pun asyik fikir nak berhenti, tapi saya teruskan jugak naik. Hiking stick pulak tak bawak, nak sewa mahal, memang sepenuhnya guna kudrat kaki, semangat, mental dan doa.
Sesekali saya curi pandang ke atas, tengok keindahan bulan mengambang dan bintang2, memang lawa gila, rasa berbaloi betul. Alhamdulillah cuaca baik. Tapi tak terdayo den nak amik camera dalam bag yang tengah caj guna powerbank tu. Simpan untuk ke puncak je nanti. Biarlah view masa nak naik tu tersimpan je dalam memori ini, cewah.
Sesampai nya ke Checkpoint Sayat2, nombor tag diambil, mungkin nak check berapa pendaki naik dan turun nanti. Kitorang dikira awal sampai, masa tu dalam pukul 5am kot. Tangga2 memang dah habis dah masa ni, kena mendaki batu di dataran gunung pulak. Masa tu saya dah perasan saya terlupa nak bawak benda yang paling penting, AIR. Terpaksa buat2 muka kesian, mintak sikit air kat member sebelah, tapi minum sikit2 jelah. Tulah, tak prepare betul2.
|
Masa ni hampir sampai ke puncak, matahari dah nak terbit |
Kami teruskan perjalanan, masa ni memang perjalanan mental jugak. Rasa mcm jauh gila, tak sampai2. Puluhan head lamp hikers lain kat atas nampak ada yang dah sampai. Hari dah start terang. Langit dah start biru2 dan kemerah2an, matahari nak terbit la tu. Tapi memang lawa.
|
Terjumpa minah saleh dari Berlin, Germany ni. Tapi menetap di Myanmar. Peramah orangnya, lupa nak mintak Facebook |
Dalam pukul 6.30am, saya pun sampai ke puncak. Matahari dah terbit dah masa ni, terlewat sikit, tapi xpelah, haha. Ramai gila yang naik turun. Apa lagi, tangkap gambar habis habisan, sebab tak boleh stay lama2 kat atas, ramai lagi yang tunggu turn.
|
Nampak macam boleh cacak bahulu ni kat puncak sana |
|
Sebahagian dari group kami yang sampai sama2 |
|
Indah ciptaan Tuhan |
|
Selfie ciked, puncak RM1 di bawah sana |
|
On the way turun, terjumpa group Lily |
|
Lepak2 kat atas jab makan kuih bahulu |
Dalam pukul 8am, group yang sampai kat atas sama2 tadi, start turun. Masa ni dah terik dah matahari. Turun memang laju sikit, jalan pun dah terang.
|
Susunan Batu di atas gunung, mungkin ada simbolik tertentu, untuk yang terkorban semasa gempa 2015 misalnya, lupa nak tanya |
Dalam perjalanan turun, terjumpa dengan Guide2 kami, tengah complain marah2 pasal member group kami. Isu kecik je, tapi agaknya dia tak boleh terima atau mungkin dia baru lepas gaduh dengan bini, so mood dia tak ok. Saya dengar kejab, then kami pun mintak izin untuk start turun. Malas nak peningkan kepala benda kecik macamni. Tapi ada betul jugak apa yang dia cakap, cuma tak berkaitan dengan kami lah. Isu2 keselamatan, hormat dan lain2, haha.
|
Camp Sayat-Sayat di bawah sana |
Dalam pukul 9.15am, saya dan Ila sampai bersama di Laban Rata. Kami terus ke Café untuk bersarapan dan lepas tu balik ke dorm untuk packing barang. Kena check out semua pukul 10am. Selepas tu, saya pun pulang kan baju sejuk ke kaunter, dan kami amik gambar berkumpulan dan lain2. Dalam pukul 11am, kami bertolak turun. Perjalanan turun memang agak senang sikit tapi bahaya jugak lah sebab batu2 licin. Dalam perjalanan turun, adik Yap, Mimi injured pulak lutut dia. Lutut dia memang dah problem sebelum mendaki lagi. Dia pun tak sampai ke puncak, sebab tak boleh panjat dah. Sebenarnya boleh kalau slow2, tapi ada masalah sikit, so dia pun tak sampai ke puncak. Takpe Mimi, dah sampai sini pun kira osem, jangan paksa diri, lutut nak guna lama.
|
Cik Mimi yang injured lutut |
Ok, saya pun berjalan sama2 dengan Mimi ni, sebab dia injured dan jalan sorang2. Tak sampai hati tinggalkan. Kami sampai bawah dalam pukul 4 jugaklah. Mereka yang lain2 dah sampai bawah lagi awal, tengah susun2 barang dalam kereta. Oh ya, Abang Khai, Farah, Lily dan Naqib masa ni baru nak turun dari Laban Rata, sebab mereka sampai puncak agak lambat, ada masalah sikit di tengah2.
|
Lega bila dah sampai ke entrance balik :) |
Kami agak rushing jugak, sebab nak pulangkan kereta, dan ada yang kena kejar flight pukul 8pm camtu. Dengan badan tak mandi busuk2, kami berhimpit2 dalam van. Yap bawak van laju macam racer, nak kejar flight punya pasal. Jalan pulak jem nak ke KKIA tu. Saya nak tido pun terus tak jadi sebab asyik terkejut brek emergency Yap.
Dalam pukul 7pm, sampailah kami di airport KKIA. Terus gi mandi kat washroom dan lepak2 dengan mana2 yang tinggal tu.
Maka, tamat lah cerita pendakian kami di Gunung Kinabalu ni. Memang mcm agak rushing, tapi tak kisahlah. Ada yang sambung perjalanan ke Semporna untuk snorkeling dll, ada yang balik malam tu jugak, termasuklah saya. Flight saya pukul 10.30pm, sebab naik MAS, sampai di KLIA1 pukul 1am, memang tak sempat lah nak kejar ERL. Terpaksa merempat kejab kat KLIA, tidur atas kerusi, memang tido mati dah, nasib baik xde sape seluk poket sebab memang takkan perasan. Lagipun, sorang2, xde sape nak tolong jaga barang masa tidur. Esoknya, pukul 6am, terjaga terus amik ERL ke Putrajaya Sentral dan naik motor pulang ke rumah. Alhamdulillah, tak ada kejadian injured ataupun perkara2 tak diingini berlaku sepanjang perjalanan.
|
Selamat Tinggal Gunung Kinabalu, panjang umur, boleh kita berjumpa lagi |
Ok lah, sekian saja untuk masa ni.
Byee~~~
salam..
ReplyDeletesinggah melawat sini..
besnyer view..
bila la dpt g sabah ni ^,^
Wasalam.
DeleteView mmg cantikk
Datang lah Sabah melawat :) Cari pakej yang murah2 atau boleh plan sendiri2, lagi bagus
assalam.. teringin nak naik kinabalu.. tapi untuk newbie kena belajar naik bukit2 dulu ni..
ReplyDeleteWaalaikumsalam, betul kena training sikit2 sebelum naik kinabalu :) InshaAllah boleh
ReplyDelete