Sunday, 28 February 2016

Travel #5 to Hyderabad - Bydar, India. Namaste!

Hi Salam & Selamat Pagi & Salam Ahad!

Beberapa bulan lepas iaitu pada bulan August 2015 yang lepas, aku bersama 3 lagi rakan telah menjelajah ke bumi India iaitu di bahagian agak selatan di Hyderabad dan seterusnya ke utara Kartanaka di Bidar. Tiket dari AirAsia dibeli awal dan harga pun boleh tahan juga murahnya.

Tapi disebabkan beberapa insiden yang tidak dijangka, kami telah terpisah di airport. Aku & kak Maz (kami classmate semasa di UPM) menetap di hostel lain, manakala dua orang lagi menetap di hostel lain yang agak jauh jaraknya.

Untuk memudahkan, biarlah gambar berbicara.

Bergambar dengan abam receptionist hostel kami, hari kedua kami di Hyderabad
Auto kami
Kami terkandas di Stesen Kereta Api Secunderabad sebab tiket habis
Di Stesen Kereta Api Secunderabad...kami putuskan untuk bersiar2 di kota Hyderabad dulu
Di Charminar di tengah2 Kota Hyderabad


Di dalam bas, menuju ke Bydar bersama Kak Maz


Baru sampai di Bydar, kami merayau2 mencari Hostel yang masih kosong, sebab main redah je tak book hostel



Kami bernasib baik, Hotel Mayura ni masih kosong, harga pun murah, bergambar bersama salah seorang staf Hotel yang peramah


Di Universiti Tertua di Bydar, Mahmud Gawan Madrasa, sungguh cantik rekaan architecture nya



Di bahagian hadapan University Mahmud Gawan Madrasa bersama Kak Maz


di pintu masuk Bydar Fort

Di Bydar Fort, Kubu yang sangat besar, dan yang paling best, masuk pun free, asalkan tak melebihi masa tutup yang ditetapkan


Bersama remaja tempatan yang tiba2 datang menegur kami dan bawa kami jalan2 di sekitar Fort. Malah, mereka turut bantu menahan Auto untuk kami. Pemberian sedikit wang dari kami, ditolak secara sopan oleh Waseem & Vinay, baik sungguh. Dari kiri, Aseem, Vinay dan Waseem. Terlupa minta facebook mereka pulak.



di Golkonda fort, Hyderabad


di Qutb Shahi Tombs, perkuburan tujuh pemerintah Ibrahim Bagh, dekat je dengan Golkonda, tapi masih kena naik Auto lah.



Terserempak pulak dengan sekumpulan budak sekolah tempatan sedang melawat tempat perkuburan ni. #mengorat....Kak Maz bergambar sakan




Kemudian, kami melawat Chowmahalla Palace, jalan kaki saja dari Charminar


Sempatlah jadi Sultan sekejap, murah je baju sewa


Singgah sebentar di Pejabat Pos, kirim poskad kepada rakan2 di Malaysia


Salah satu agenda kami di sini, untuk menyertai acara larian tahunan di Hyderabad, 10km saja, cuaca baik tapi sangat panas


Kami di dalam Auto dengan medal finisher :)

Baki sehari kami di Hyderabad, kami habiskan dengan berjalan2 sekitar bandar dan mencari cenderamata untuk rakan2 dan saudara mara di Malaysia. 

Ok, harap tak terlalu panjang, 

itu saja setakat ni, salam!

2 comments:

  1. ni adik azlee ashraf ke...best x pg india

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa sorry baru perasan msg, lama tak bukak blog ni....a'ah adik ashraf , cik aimie ni kawan sekolah dia ke? ha India best, seronok tgk culture diorang, haha

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...