Wednesday, 28 June 2017

Ramadan - - 1 Syawal di bandar #teamrayakl

Assalamualaikum,

Tengah bosan2 ni boleh la menaip sikit update blog. Alhamdulillah puasa penuh tahun ni, tapi untuk raya tahun ni, kami sekeluarga dah bersepakat dengan saudara mara untuk beraya di bandar saja, memandangkan salah sorang sepupu kami ni dah sarat mengandung. So semua standby je untuk berkejar ke hospital.

Dalam banyak2 buka puasa, rasanya dengan diorang ni paling meriah.

Ifthar bersama Geng Gelimat, nama macam gengster kan

Dah buka puasa, solat, moreh pulak kat mamak sampai pagi haha

Dah moreh, bawak keluar mercun, main tepi jalan belakang kereta orang pulak

Sedar2 dah 1 Syawal...Tema baju raya kali ni biru saja, pakai baju raya tahun2 lepas la nii

1st Syawal selepas Solat di masjid, bergambar sekeluarga

Minta ampun kat ayah, sedar tak sedar mesti ada salah silap

bergambar sikit ngan mak

Anak saudara yang nakal lincah

Rupanya 1 Syawal juga adalah harijadi Uwan yang ke 86
Raya kedua pulak dengan family Pak Tam

Gambar keluarga besar Paktam

Bergambar kat luar rumah pulak

Swafoto bersama keluarga gitewww

Raya keempat, kami berehat saja di rumah, ramai dah start kerja hari ni, sebelah petang pulak aku pergi jogging di Taman Bukit Jalil, lemau sangat badan dah


Lepas satu round dah mengah, malas sambung dahh


3km je mampu panas pulak tuu

View di Tasik

Ok lah, sampai sini je dulu, Byee!!


Saturday, 17 June 2017

GUNUNG LEDANG 8/4/2017 bertiga



Assalam,

Meh nak cerita pasal pendakian di Gunung Ledang via Asahan bulan April lepas bersama Group RPM diterajui Bro Wan Chu. Bayaran sejumlah RM63, ration Lunchpack included, tapi coklat semua sendiri lah. Daypack je so tak banyak makan minum kami bawak. Nasi lemak lauk ayam merah, kacang, sayur & Sijil diberikan, tp sijil tak dapat sampai sekarang sebab kami balik awal, xpelah.

Ada 7 checkpoint (CP) sepanjang pendakian ke puncak Ledang melalui Asahan ni. Satu water point je kat CP6, so boleh solat kat situ.

Kami bertolak naik dalam pukul 8.45am, sampai peak dalam pukul 2 lebih. Route ke peak memang mencabar, dengan pacak nye, tersenyum jelah masa naik tu. Cut off time pukul 3pm, maksudnya kalau x sampai peak selewatnya pukul 3pm, dinasihatkan turun, kalau taknak turun malam lah. 

Semasa taklimat, dengan Pika & Kak Ann
Kami bernasib baik, cuaca baik sepanjang perjalanan, cuma agak mendung je masa turun. Kami mula turun pukul 2.30pm macamtu. Sampai bawah pukul 6pm, nasib baik masih siang lah. Alhamdulillah takde kecederaan apa2. Cuma tak selesa je dengan kasut hiking tu jenis but, so kasut tu memang keras, bergesel dengan kaki, hampir melecet. 

Check Point 2

Tinggal gambar ni je yang sempat di upload ke Facebook. Gambar lain semua dah hilang sebab handphone format. Sayang nye sedih nye kecewa nye, xpo lah jang.

Ok bye!

Sunday, 11 June 2017

#SCKLM 2017 Full Marathon 22/5/2017: The Closure

Assalamualaikum & Selamat tengahari,

Pada 22/5/2017, berlangsunglah akhirnya Standard Chartered KL Marathon 2017 di Dataran Merdeka. Kali ni aku register untuk Full Marathon 42.195km. Nervous betul rasanya, yelah tau badan tak cukup training. Tapi akhirnya berjaya jugak habiskan sebelum Cut Off Time 7 jam. Walaupun agak perlahan, tapi puas hati jugak sebab akhirnya habiskan tanpa apa2 injury seperti sebelum ni FM di PBIM 2014 & Kuching Marathon 2015 (boleh check di sini ).

Water Station bagi aku memang antara yang terbaik & lebih dari cukup, management memang tip top. Tambah pulak cuaca baik, hari yang bagus untuk Full Marathon lah senang cerita. Tahniah untuk semua :)

Awal pagi pukul 4am start

Masa ni pukul 7 lebih kat Duke Highway rasanya

Muka pewai habisss tak sampai2

Yeah lagi 12.195km je

Dah boring lari kita jalan aje

Nampak meriah kan, area masjid wilayah

Lagi 4km haha thanks sape yang tengok progress ni, Sarip kot

Pace dah ke laut, lagi 10km

Geng Runners semua ni

 Runners #Gelimatmatmat


Finisher Tee nipis gak

Kak Maz & Daus yang powerrr
Lepas Run terus pergi kenduri Jedan, dengan melecet jalan kengkang lagi arghh

Haha ok bye!


Travel #6 Istanbul - Turkey: The Quest




Assalamualaikum & Gemorning!

Pada 22/5/2017 - 2/5/2017 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Istanbul selama 1 minggu lebih. Travel kali ni agak special sebab ayah ikut.

Untuk memudahkan cerita, biarlah gambar dan video yang berbicara.

Masa ni weekdays so tak berapa ramai yang naik belon panas ni
Kami sekeluarga

Berhenti tengah jalan sebab jalan clear & cuaca baik

Untuk Video sila klik link ini:  Istanbul The Quest

Macam2 yang terjadi sepanjang perjalanan, ada sesat di tengah hutan dan kampung pada waktu malam, berlari2 kejar ferry dan macam2 lagi.

Tapi tu semua kenangan manis & pengalaman.

Bye :)

Travel Log #4: RomaNia - ItaliA : Travel With Mom

Hi Salam,


Nak habiskan 1 entry ni pun amik masa setahun lebih -_-!...Sekarang dah January 2017 woi!

Pada Januari 2015, aku dan ibu serta adik bongsu dan abang telah merealisasikan rancangan2 yang telah dirancang sekian lama, iaitu mengembara ke bumi Eropah sekali lagi di Romania & Itali sambil2 menyambut harijadi abang sulung yang ke 30.


Kami bermula di Romania, di mana tujuan kami tidak lain dan tidak bukan,  untuk bermain ski di puncak gunung. Aku bertolak dari KLIA berdua bersama ibu, yang di jangka akan kepenatan kakinya sebab kalau ikut itinerary, memang kami akan banyak berjalan dan bertukar2 public transport macam bas dan sebagainya.


Dari Romania, kami ke Italy menggunakan penerbangan kos rendah yang telah dibeli terlebih dahulu tiketnya di Malaysia. Disebabkan kesuntukan masa, gambar2 akan dipost kan terlebih dahulu manakala penerangan2 akan diterangkan kemudian :)


Masa ni baru lepas boarding gate tu, beg mak berat katanya


Semasa tunggu train ke terminal gate kami, selfie sikit

Dari KLIA, kami naik flight selama 13 jam dan transit di Amsterdam selama 4 jam. Transit selama 4 jam di Amsterdam, aku dan mak tak lepaskan peluang untuk keluar dari Airport dan berjalan2 di sekitar bandar Amsterdam Central. Sejuk amat, dan lapar. Makanan kat sana memang mahal, semuanya dalam Euro. Nasib baik mak follow. Jadi, bekalan makanan memang sentiasa ada dalam beg dia, hehe.



Makan bekal kuih sopang khas buatan nenek dari Nismilan #Waghih :D
Selama 4 jam, kami berjalan2 naik tren & trem, nasib baik aku ada pengalaman naik tren di Amsterdam sebelum ni. Kalau tak, memang blur jugak & sesat.

Omak excited dapat main salji yang sikit2 tepi jalan tu :DD
Agak bergegas jugak nak ke sana ke mari, sebab masa singkat sangat untuk cover banyak tempat. So kami pergi ke tempat yang selalu jadi tumpuan je, contohnya di Ikon utama Amsterdam, "I Amsterdam", tempat tumpuan untuk tangkap gambar.

I ??
Selepas lebih kurang 3 jam, kami pun bergegas balik ke Schiphol Airport. Menggelabah jugaklah, takut terlambat & tertinggal barang. Tapi akhirnya kami sempat naik juga flight ke Romania. Perjalanan selama lebih kurang sejam dari Amsterdam ke Airport di Romania.

Sejuk makan kuih Sopang Uwan den

I Amsterdam, berdiri di sebelah S
Sesampainya di Romania Airport, kami bertemu dengan Elly, adik bongsu yang fly dari United Kingdom untuk bercuti bersama kami. Sebenarnya, waktu tu dia baru beberapa bulan menetap di UK, volunteer di salah sebuah rumah untuk Orang Kurang Upaya di sana. Dia menetap di sana selama setahun (sekarang dia dah sambung belajar di UKM). Dari Airport, kami menaiki bas selama sejam ke Hotel kami di kawasan Bandar di Bucharest. Suhu waktu tu memang sejuk, taktau lah berapa darjah, mungkin dalam 5 darjah Celcius.

Sampai pun budak ni

Adik kenal di Airport, diorang ni macam tengah celebrate graduation or something, tak ingat apa
Setibanya di hotel, aku yang tengah demam selsema terus terbaring dan tidur. Bilik hotel tu agak sempit untuk kami sebenarnya, tapi cukuplah untuk 1 malam, sebab esok pagi nya kena bertolak ke Hotel kami di pinggir gunung pulak. Tengah malam, Ashraf (abang sulung) pun tiba di hotel kami, dia datang dari Italy (atau Denmark, sy pun dah lupa) sebelum tu. So kami pun tido berehat simpan tenaga untuk esok harinya.

Esoknya, awal2 pagi kami dah check out dari hotel kami dan bertolak ke stesen keretapi yang berdekatan, dalam 5 minit jalan kaki. Kami kena kejar ikut jadual sebab tiket dah dibeli online, jadi agak tergesa2 jugak lah. Destinasi kami adalah ke Brasov. Train yang kami naik memang selesa & besar. Tertidur jugak lah sekejab, letih semalam tak hilang lagi. Perjalanan agak lama dalam beberapa jam jugak. Kami sampai lewat petang jugak. Turun je dari train, kami terus menuju ke Hotel Taj Mahal yang dah di book online terlebih dahulu. Dapat jugaklah makanan India macam Tomyam, capati dan nasi kat sini, tapi rasa & style masakan orang sana. Tak pedas langsung. Di sini, sempat la kami singgah jalan2 di tengah bandar Brasov dan singgah di Decathlon untuk beli pakaian2 ski macam windbreaker yang murah2.
Acah2 Sesat

Turun Train
Dari Brasov, kami menuju ke Poiana Brasov, Homestay My Traveland di atas gunung yang juga telah di tempah online semasa di Malaysia. Jalan raya basah sebab salji tebal. Udara sangat sejuk. Kami menaiki bas ke Poiana Brasov. Perjalanan agak lama dalam 2,3 jam, menaiki cerun gunung. Macam bas lompat asyik berhenti2 untuk turunkan & naikkan penumpang. Dalam tengahari macamtu, kami pun sampai ke homestay kami. Lega rasa.

Hostel kami

Lunch 
Setelah letak barang semua, tanpa lengah saya & abang terus keluar untuk survey2 tempat sewa barang2 ski & harga2 semua. Dekat je rupanya. Disebabkan saya, adik & mak tak pernah ski, kami pun amik kelas ski dalam 4 jam dengan instructor di sana. Cantik orangnya dan dia dah kahwin, suami dia baik & mesra sangat dengan kami. Menurut kata mereka, kami orang Malaysia pertama datang ski di tempat mereka. Entah betul ke tak. Tapi mungkin betul jugak, sebab jarang orang Malaysia nak datang jauh2 ke sini semata2 nak main ski.

Ski Class

Bersama Instructor Kami

Rupa2 nya memang susah nak belajar main ski ni. Kaki kami ni dah keras, tambah2 mak sy, risau pulak tengok dia asyik jatuh atas salji pakai alatan ski tu. Lepas habis semua ni nanti sakit2 la badan tu. Tak macam orang mat saleh sana, memang dah diajar main ski sejak kecil. Ramai je budak2 kecik yang main ski laju je turun, parents diorang tengok dari jauh.

Tak biasa memang boleh sakit lutut
Lunch 
Keesokan hari nya (Isnin) pun, kami habiskan masa main ski saja. Memang tu tujuan utama kami datang ke sini. Sebab tumpuan utama kat gunung ni adalah main ski. Kalau nak naik gondola pun, kena ada peralatan ski, wajib. Sebab kalau nak turun dari gunung, kena ski turun. Kami main ski sampai masa tutup lewat petang. Masa tu pun salji dah lebat turun. Balik Hotel, terbongkang semua letih. Mak bawak rice cooker kecik, boleh dia masak2 nasik ngan lauk2 simple.

View Sekitar Homestay kami, Salji masih tebal lagi

Esoknya abang ajak main ski lagi, tapi saya memang dah tak larat. Kaki tak tahan nak tanggung badan masa turun ski dari gunung. Nampak mcm best kan, tapi letih gila & sakit kaki sebab tak biasa. So kami pun bertolak pulang ke Bucharest naik bas pukul 7am.

Banyak pulak beg

Jalan2

Letih bawak Backpack


Di Bucharest, sempat la kami jalan2 tengok bandar dan makan piza vege untuk lunch. Memang sedap gila wlaupun vege. Sayangnya, mulut saya tengah ada ulcer 2 bijik yang bergabung jadi besar masa tu. Suffer gila.

Makanan sedap mulut ada ulcer 

Dari Bucharest, kami bertolak ke Rome menaiki Blue Air. Sampai Rome dalam tengah malam camtu, terus gi makan kat kedai fast food halal depan Station. Lepas tu, kami naik bas ke tengah bandar, menuju ke Hostel apa nama entah tak ingat. Tapi bilik agak kecik untuk kami. Hentam jelah, saya tidur kat luar toilet je, boleh la selesa jugak. Kami keluar malam tu jalan2 tanpa ada perancangan, saya mak & adik terus naik train ke Colosseum yang hanya beberapa stesen dari situ. Tapi seperti dijangka, tak boleh masuk, so kami cuma tangkap gambar dari luar dan berjalan keliling Colloseum, dan pulang semula ke Hostel, sebab hari dah lewat sangat dan saya bawak mak dan adik perempuan, takut jadi ape2. Kalau jalan sorang boleh la merayau2 lagi sampai pagi. Mak pun dah moody semacam sbb penat. So kami pun balik. Oh ya abang sy pulak dah bertolak ke Naples sebab dia kena kerja esoknya.

Colloseum di waktu malam

Seberang Jalan Colloseum, Rome
Esok pagi, kami bergegas ke stesen keretapi Trenitalia, untuk bertolak ke Naples juga. Perjalanan amik masa dalam 3 jam jugak, sampai stesen Naples (atau Napoli) dalam tengahari. Di sini, kami mereput jugak sebab kena tunggu abang habis kerja di office dia untuk jemput kami pergi makan dan letak barang di hotel. Untuk menjimatkan kos, saya tinggal di apartment abang manakala mak & adik duduk di hotel. Cuaca di Napoli panas, lebih kurang mcm di Malaysia. Tapi barang sana memang mahal. Kami lunch piza vege di kedai depan Hotel, memang sedap gila. Yelah, Itali memang terkenal dengan Pizza nya.

Mereput sejam di Train Station Naples
View di Luar Hotel
Selepas itu, dari sana, saya perlu ke rumah sewa abang menggunakan bas. Abang dah warning, hati2 dengan penyeluk saku, dan sy memang agak hati2 jugak. Tapi tak sangka, saku sweater sy diseluk juga & mereka berjaya amik dalam 200 euro dlm wallet. Tapi yang peliknya, wallet sy diletakkan balik ke dalam poket dan 5 euro ditinggalkan di dlm, kesian kot. Sesampai di stesen bas, sy ceritakan semua pada abang, dia punya mengamuk sebab sy leka katanya. Tapi kami setuju untuk merahsiakan kejadian tadi dari pengetahuan mak, takut mood berjalan dia hilang. Tapi adik saya akhirnya tau jugak, dan kami suruh dia rahsiakan juga. Nasib baik dia faham, haha.

Gunung Berapi Vesuvius di Belakang yang meletus dalam cerita Pompei

Istana atau Kubu Fortress

Vesuvius

Lorong kedai

Di depan Istana Telur
Sementara abang pulang ke office dia untuk settle kan kerja dia, kami bertiga amik kesempatan untuk berjalan2 di sekitar bandar Napoli. Cantik bandar dia, cuaca pun cerah memang ngam la untuk kami bersiar2. Terdapat beberapa Istana lama di sekitar bandar yang boleh dilawati dengan jalan kaki je.

Oleh sebab duit dah hilang 200 euro, bajet kami pun lari. Terpaksa tukar beberapa plan untuk cover cost. Kami teruskan plan kami ke tmpt bersejarah Pompei, di mana bandar ni telah dimusnahkan setelah letusan gunung berapi di sana. Bandar cuma tinggal dinding2 dan tiang2 je, dan beberapa bangunan yang dibaikpulih supaya tak runtuh.

Di Tinggalan Runtuhan Pompei setelah dimusnahkan oleh letusan Gunung Berapi Vesuvius

Pada waktu malamnya, abang bersama kawan2 office nya meluangkan masa bersama kami minum kopi di Teacher's Cafe. Selepas itu, kami bersiap2 dengan kot bagai untuk menonton opera di Opera Teatro San Carlo, sy tak ingat kisah apa tapi agak berat cerita tu (sebab mengantuk :D). Kemudian, abang bawa kami menaiki tren mendaki bukit menuju ke sebuah restoran istimewa katanya. Tapi malangnya, kebanyakan makanan di sana tak kena dengan tekak Melayu kami. Abang nampak kecewa masa tu, maaf :(

Ke Opera

Mak menonton opera tapi tak start lagi
Bersama Rakan abang di Naples

Esoknya, kami segera ke stesen keretapi dan naik Trenitalia menuju ke Venice, City of Love / Water. Kami telah book awal homestay di sini selama 1 malam. Unik betul bandar Venice ni. Tak nampak basikal, kereta dan kenderaan lain melainkan pengangkutan airnya samada Ferry atau gondola. Kalau tak, semua orang jalan kaki je lah. Perjalanan ke homestay kami memang agak jauh dari stesen bas. Muka mak dah masam sebab memang terasa jauh sangat.

Laluan Air Venice
Sambil Jalan makan aiskrim
Borak2 apa tah
Elly bersama pendayung2 Gondola

Free Tour Venice, wanita rambut blonde tu guide kami
Belek2 Masquerade tapi tak beli pun la, nanti berselerak je kat rumah, lagipun seram jugak nak gantung2 kat dinding
Laluan biasa di Venice

Sesampai di homestay, semua lega dan terbaring. Homestay kami betul2 tepi sungai, view sungai di pintu dapur. Kami sama2 masak dinner tolong mak, makan dan cuci pinggan. Lepas tu, masing2 semua tertidur. 

Kami banyak berjalan sepanjang di Venice, sebab pengangkutan yg ada hanyalah melalui air. Kemudian, di hari terakhir, kami berkejar naik teksi ke Airport. Tapi laluan2 di Venice dah mula dibanjiri air, sebab air laut pasang. So terpaksa lah buka kasut redah dan panjat papan2 yang disediakan di tengah laluan utama.

Sesampainya di Airport, maka berakhirlah percutian kami bersama. Elly kembali ke UK, manakala acap kembali ke Naples, aku & mak pula pulang ke Malaysia, transit di Amsterdam.

Transit lama jugak, naik feri ke seberang sana

Makan Nasi Goreng dalam botol tapi kena sound no outside food haha

Di sepanjang laluan tepi sungai
Perjalanan ke Malaysia ambil masa dalam 14 jam & berjalan lancar. Sekian percutian penuh kenangan.

Boleh lihat di sini untuk summary Video: Romania dan Di Italy 


Adios :p




Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...