Wednesday 1 November 2017

To Germany We Go #08.10.2017

Salam,


Di hadapan Rumah di Schranne, Stuttgart

Ramai yang bertanya di komen2 dan pm aku di inbox facebook dan instagram berkenaan penghijrahan aku ke Germany baru2 ni pada 7.10.2017. Di sini aku akan cuba ceritakan sikit demi sikit untuk panduan semua dan diri sendiri agar tak terlupa di kemudian hari.

Permohonan Sambung Belajar ke Universität of Stuttgart

Untuk pengetahuan semua, aku dah lama buat permohonan sambung belajar sejak tengah 2016 lagi. Masa tu macam acah angan2 Mat Jenin lagi, dengan mind set kalau dapat kita pergi, kalau tak dapat kita apply tempat lain sampai dapat atau ikhtiar benda lain pulak. So, untuk apply belajar di luar negara tak kira lah di negara mana sekalipun, pertama sekali kena tahu lah course apa yang kita nak apply tu.

Kemudian, boleh la apply secara online dan berhubung dengan pihak universiti masa tu. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak universiti dan kita akan tahu bila sepatutnya kita patut berada di sana. Proses nya lebih kurang sama saja di mana2 universiti, rasa nya lah. 

Dalam kes aku, permohonan telah dihantar pada akhir 2016, dan diterima pada akhir Febuari atau awal Mac. 

Flight 13 jam selepas transit di Singapore, lama bosan weh
Visa

Admission Letter dari pihak universiti diterima pada bulan May 2017, maka terhegeh2 lah aku untuk buat Visa dan sebagainya. Disebabkan terhegeh2 dan melengah2 kan masa, permohonan untuk buat visa mula dihantar pada awal Jun 2017 di Pejabat Embassy Germany di Jalan Ampang. Terpaksa buat appointment sebanyak 3 kali. Appointment pertama untuk pertanyaan saja. Kali kedua, terlambat bangun pulak, dan tak dibenarkan masuk. Akhirnya kali ketiga, segala dokumen berjaya dihantar dan segalanya berjalan lancar.

Visa siap sebulan kemudian pada awal Julai 2017 dan aku dimaklumkan melalui email untuk collect sendiri visa tersebut.

Padang Pasir kat area mana la ni kan. Gambar dari tingkap kapal terbang semasa bosan.


Dana

Untuk menyara kehidupan di Germany, aku gagal untuk mendapatkan bantuan Scholarship dari mana2 pihak Mara atau sebagainya. Jadi, setelah perbincangan mendalam, keputusan diambil untuk menggunakan duit simpanan sendiri dan sedikit bantuan (pinjaman) dari keluarga. Bantuan pinjaman kewangan akan diusahakan kemudian di Germany nanti.

Untuk mendapatkan Visa di atas, salah satu syarat nya adalah bukti menunjukkan kemampuan dari segi kewangan dalam bentuk "Blocked Account". Untuk penjelasan lanjut, boleh pergi ke website mereka di sini

Lagi satu cara adalah melalui Deutsche Bank, tetapi agak mengambil masa. Syarat ni hanyalah untuk mereka yang ingin sambung belajar, bukan bagi mereka yang ingin bekerja dan lain2. 

Sekarang di Germany

Kini, aku telah masuk minggu ke-4 berada di Germany, dan masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan segala urusan birokrasi, suasana, dan cuaca di sini. Musim sejuk baru nak tiba, doakan segalanya berjalan lancar ye.

Di atas Laut mana ni? Caspian Sea, Black Sea atau Andaman Sea

Danke für deine Zeit.

Bis bald :) 



14 comments:

  1. Ya Allah, flight 13 jam? Gua duduk dlm flight 6 jam pun dah rasa tak sabaq2 nak mendarat :'3

    Sambung master ke PhD ni? What course? All the best okeh, fighting! ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah 13 jam bro, layan movies jelaa haha sambung master engineering. Thanks bro :)

      Delete
    2. Gua ni seorang 'sis' la wey, not a 'bro' tau... huhuu... owh engineering in Germany, nice... sana memang power bab2 engineering *thumbs up* ;3

      Delete
    3. alamak yeke, maaf terlepas pandang pulak, haha btw thanks sis :))

      Delete
  2. All the best! Btw course apa ye?

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat pluang sambung bljr kat sana. tahniah

    ReplyDelete
  4. Wow jf org Herman dah 4 penggal rupanya. Semoga dipermudahkan urusan Di Sana ye

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt sambung bljr kat sana.. viel gluck!

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...