Monday, 13 November 2017

Tubingen: University Town #21102017

Hye,

Pada 21/10/2017 Sabtu bulan lepas, kami telah ke Tübingen, sebuah bandar di central Baden Württemberg, Germany, 30km ke selatan Stuttgart. Lawatan dibuat bertujuan mendedahkan pelajar kepada sistem saliran air dan pengurusan air di Tübingen yang unik, dan menikmati pemandangan di sana. 

Bas disediakan oleh pihak faculty untuk kami, so tak payah kejar2 train dah. Bekalan makanan kena bawak sendiri lah sebab tak disediakan, kalau tak kena beli makanan kat sana, mahal la jugak. So aku bawak sandwich & biskut & pisang. Kenyangla jugak isi perut.

Waktu ni masih autumn so daun kuning2 tengah gugur

Di puncak menara Stiftkirche St. Georg


View dari puncak menara loceng gereja

View di dalam gereja, pelawat boleh masuk dengan harga 1 euro untuk pelajar, 5 euro untuk bukan pelajar

Di taman apa nama tah

Di sungai Tubingen

Di tepi sungai

Classmate from Pakistan

Sistem Saliran Tubingen merangkap Taman permainan

View dari awal Sistem Saliran Hujan
Sampai sini saje untuk setakat ni.

Bis Bald, Ciao! 

Wednesday, 1 November 2017

To Germany We Go #08.10.2017

Salam,


Di hadapan Rumah di Schranne, Stuttgart

Ramai yang bertanya di komen2 dan pm aku di inbox facebook dan instagram berkenaan penghijrahan aku ke Germany baru2 ni pada 7.10.2017. Di sini aku akan cuba ceritakan sikit demi sikit untuk panduan semua dan diri sendiri agar tak terlupa di kemudian hari.

Permohonan Sambung Belajar ke Universität of Stuttgart

Untuk pengetahuan semua, aku dah lama buat permohonan sambung belajar sejak tengah 2016 lagi. Masa tu macam acah angan2 Mat Jenin lagi, dengan mind set kalau dapat kita pergi, kalau tak dapat kita apply tempat lain sampai dapat atau ikhtiar benda lain pulak. So, untuk apply belajar di luar negara tak kira lah di negara mana sekalipun, pertama sekali kena tahu lah course apa yang kita nak apply tu.

Kemudian, boleh la apply secara online dan berhubung dengan pihak universiti masa tu. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak universiti dan kita akan tahu bila sepatutnya kita patut berada di sana. Proses nya lebih kurang sama saja di mana2 universiti, rasa nya lah. 

Dalam kes aku, permohonan telah dihantar pada akhir 2016, dan diterima pada akhir Febuari atau awal Mac. 

Flight 13 jam selepas transit di Singapore, lama bosan weh
Visa

Admission Letter dari pihak universiti diterima pada bulan May 2017, maka terhegeh2 lah aku untuk buat Visa dan sebagainya. Disebabkan terhegeh2 dan melengah2 kan masa, permohonan untuk buat visa mula dihantar pada awal Jun 2017 di Pejabat Embassy Germany di Jalan Ampang. Terpaksa buat appointment sebanyak 3 kali. Appointment pertama untuk pertanyaan saja. Kali kedua, terlambat bangun pulak, dan tak dibenarkan masuk. Akhirnya kali ketiga, segala dokumen berjaya dihantar dan segalanya berjalan lancar.

Visa siap sebulan kemudian pada awal Julai 2017 dan aku dimaklumkan melalui email untuk collect sendiri visa tersebut.

Padang Pasir kat area mana la ni kan. Gambar dari tingkap kapal terbang semasa bosan.


Dana

Untuk menyara kehidupan di Germany, aku gagal untuk mendapatkan bantuan Scholarship dari mana2 pihak Mara atau sebagainya. Jadi, setelah perbincangan mendalam, keputusan diambil untuk menggunakan duit simpanan sendiri dan sedikit bantuan (pinjaman) dari keluarga. Bantuan pinjaman kewangan akan diusahakan kemudian di Germany nanti.

Untuk mendapatkan Visa di atas, salah satu syarat nya adalah bukti menunjukkan kemampuan dari segi kewangan dalam bentuk "Blocked Account". Untuk penjelasan lanjut, boleh pergi ke website mereka di sini

Lagi satu cara adalah melalui Deutsche Bank, tetapi agak mengambil masa. Syarat ni hanyalah untuk mereka yang ingin sambung belajar, bukan bagi mereka yang ingin bekerja dan lain2. 

Sekarang di Germany

Kini, aku telah masuk minggu ke-4 berada di Germany, dan masih lagi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan segala urusan birokrasi, suasana, dan cuaca di sini. Musim sejuk baru nak tiba, doakan segalanya berjalan lancar ye.

Di atas Laut mana ni? Caspian Sea, Black Sea atau Andaman Sea

Danke für deine Zeit.

Bis bald :) 



Wednesday, 2 August 2017

Saga 3.0 4.0 30/7/2017

Salam 1 Malaysia,

Ahad lepas bertarikh 30/7/2017, buat kali ke berapa tah aku naik ke saga bersama lagi dua orang rakan pendaki dari Gelimat, melalui Trail B. Kami bermula agak lewat pada pukul 9.30am, sampai atas pada pukul 10am. Lepas tu rest jab makan2 kuih dalam setengah jam, baru bergerak ke air terjun dalam 40 minit perjalanan melalui Trail C.

Dalam perjalanan pulang, kami ikut jalan yang berbeza sikit dari tempat datang, tapi oleh kerana aku dah pernah lalu jalan ni, so tak risau pun lah. Tapi jalan punya jalan, dah rasa pelik sikit sebab jalan dah tak familiar pun. Rupanya dah salah masuk salah simpang. Kami turun di sebelah Hatamas, di sebalik bukit sana. Tak pasal2 kena panggil Uber, perjalanan nak ke tempat parking kami naik Uber dalam setengah jam jugak lahh. Caj RM14.75, lumpsum je RM15. Driver uber tu pun gelakkan kami sebab salah jalan jauh sangat.

Di Puncak Saga rest makan kuih jab

Sampai di air terjun Sungai Putih

Seronok ek korang

Turun Salah Jalan dah masa ni, pasrah je semua ikut gogo salah jalan haha

Kat bawah da, tunggu Uber
Lain kali naik turun gunung ke bukit jangan leka main jalan je ye uols.

Ok salam bye !

Wednesday, 28 June 2017

Ramadan - - 1 Syawal di bandar #teamrayakl

Assalamualaikum,

Tengah bosan2 ni boleh la menaip sikit update blog. Alhamdulillah puasa penuh tahun ni, tapi untuk raya tahun ni, kami sekeluarga dah bersepakat dengan saudara mara untuk beraya di bandar saja, memandangkan salah sorang sepupu kami ni dah sarat mengandung. So semua standby je untuk berkejar ke hospital.

Dalam banyak2 buka puasa, rasanya dengan diorang ni paling meriah.

Ifthar bersama Geng Gelimat, nama macam gengster kan

Dah buka puasa, solat, moreh pulak kat mamak sampai pagi haha

Dah moreh, bawak keluar mercun, main tepi jalan belakang kereta orang pulak

Sedar2 dah 1 Syawal...Tema baju raya kali ni biru saja, pakai baju raya tahun2 lepas la nii

1st Syawal selepas Solat di masjid, bergambar sekeluarga

Minta ampun kat ayah, sedar tak sedar mesti ada salah silap

bergambar sikit ngan mak

Anak saudara yang nakal lincah

Rupanya 1 Syawal juga adalah harijadi Uwan yang ke 86
Raya kedua pulak dengan family Pak Tam

Gambar keluarga besar Paktam

Bergambar kat luar rumah pulak

Swafoto bersama keluarga gitewww

Raya keempat, kami berehat saja di rumah, ramai dah start kerja hari ni, sebelah petang pulak aku pergi jogging di Taman Bukit Jalil, lemau sangat badan dah


Lepas satu round dah mengah, malas sambung dahh


3km je mampu panas pulak tuu

View di Tasik

Ok lah, sampai sini je dulu, Byee!!


Saturday, 17 June 2017

GUNUNG LEDANG 8/4/2017 bertiga



Assalam,

Meh nak cerita pasal pendakian di Gunung Ledang via Asahan bulan April lepas bersama Group RPM diterajui Bro Wan Chu. Bayaran sejumlah RM63, ration Lunchpack included, tapi coklat semua sendiri lah. Daypack je so tak banyak makan minum kami bawak. Nasi lemak lauk ayam merah, kacang, sayur & Sijil diberikan, tp sijil tak dapat sampai sekarang sebab kami balik awal, xpelah.

Ada 7 checkpoint (CP) sepanjang pendakian ke puncak Ledang melalui Asahan ni. Satu water point je kat CP6, so boleh solat kat situ.

Kami bertolak naik dalam pukul 8.45am, sampai peak dalam pukul 2 lebih. Route ke peak memang mencabar, dengan pacak nye, tersenyum jelah masa naik tu. Cut off time pukul 3pm, maksudnya kalau x sampai peak selewatnya pukul 3pm, dinasihatkan turun, kalau taknak turun malam lah. 

Semasa taklimat, dengan Pika & Kak Ann
Kami bernasib baik, cuaca baik sepanjang perjalanan, cuma agak mendung je masa turun. Kami mula turun pukul 2.30pm macamtu. Sampai bawah pukul 6pm, nasib baik masih siang lah. Alhamdulillah takde kecederaan apa2. Cuma tak selesa je dengan kasut hiking tu jenis but, so kasut tu memang keras, bergesel dengan kaki, hampir melecet. 

Check Point 2

Tinggal gambar ni je yang sempat di upload ke Facebook. Gambar lain semua dah hilang sebab handphone format. Sayang nye sedih nye kecewa nye, xpo lah jang.

Ok bye!

Sunday, 11 June 2017

#SCKLM 2017 Full Marathon 22/5/2017: The Closure

Assalamualaikum & Selamat tengahari,

Pada 22/5/2017, berlangsunglah akhirnya Standard Chartered KL Marathon 2017 di Dataran Merdeka. Kali ni aku register untuk Full Marathon 42.195km. Nervous betul rasanya, yelah tau badan tak cukup training. Tapi akhirnya berjaya jugak habiskan sebelum Cut Off Time 7 jam. Walaupun agak perlahan, tapi puas hati jugak sebab akhirnya habiskan tanpa apa2 injury seperti sebelum ni FM di PBIM 2014 & Kuching Marathon 2015 (boleh check di sini ).

Water Station bagi aku memang antara yang terbaik & lebih dari cukup, management memang tip top. Tambah pulak cuaca baik, hari yang bagus untuk Full Marathon lah senang cerita. Tahniah untuk semua :)

Awal pagi pukul 4am start

Masa ni pukul 7 lebih kat Duke Highway rasanya

Muka pewai habisss tak sampai2

Yeah lagi 12.195km je

Dah boring lari kita jalan aje

Nampak meriah kan, area masjid wilayah

Lagi 4km haha thanks sape yang tengok progress ni, Sarip kot

Pace dah ke laut, lagi 10km

Geng Runners semua ni

 Runners #Gelimatmatmat


Finisher Tee nipis gak

Kak Maz & Daus yang powerrr
Lepas Run terus pergi kenduri Jedan, dengan melecet jalan kengkang lagi arghh

Haha ok bye!


Travel #6 Istanbul - Turkey: The Quest




Assalamualaikum & Gemorning!

Pada 22/5/2017 - 2/5/2017 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Istanbul selama 1 minggu lebih. Travel kali ni agak special sebab ayah ikut.

Untuk memudahkan cerita, biarlah gambar dan video yang berbicara.

Masa ni weekdays so tak berapa ramai yang naik belon panas ni
Kami sekeluarga

Berhenti tengah jalan sebab jalan clear & cuaca baik

Untuk Video sila klik link ini:  Istanbul The Quest

Macam2 yang terjadi sepanjang perjalanan, ada sesat di tengah hutan dan kampung pada waktu malam, berlari2 kejar ferry dan macam2 lagi.

Tapi tu semua kenangan manis & pengalaman.

Bye :)

Tubingen: University Town #21102017

Hye, Pada 21/10/2017 Sabtu bulan lepas, kami telah ke Tübingen, sebuah bandar di central Baden  Württemberg , Germany, 30km ke selatan ...