Monday 19 October 2020

Belajar Bahasa Mandarin di Kunkwan

 

Logo Kunkwan

Assalamualaikum, Selamat sejahtera, Nimen Hao!

Kira-kira bulan lepas awal bulan 9, aku ternampak satu posting di Twitter dari seorang perempuan, nama dia Intan. Dia promote kursus bahasa mandarin belajar secara online, melalui aplikasi Zoom. Disebabkan ketika itu, tak banyak aktiviti seharian aku selain bekerja menghantar makanan dan menghadap website Jobstreet seharian, aku ambil keputusan untuk belajar bahasa mandarin. Aku pun sebenarnya dah lama berhasrat nak belajar bahasa mandarin ni, cuma tak berpeluang dan berkesempatan je. 

Jadi aku hubungi Intan melalui Whatsapp dan mengatakan hasrat untuk masuk meminang. Eh! bukan2, untuk belajar bahasa Mandarin lah, haha gurau je, tp serius pun apa salahnya kan, haha. Okay berbalik pada tajuk asal, pada mulanya aku cuma nak register kursus kelas mandarin selama 3 bulan atau 6 bulan sahaja, kerana aku fikir hanya untuk mengisi masa lapang. 


Tapi setelah menyertai kelas percubaan free selama dua jam pada satu jumaat malam, keyakinan aku semakin menebal bahawa kelas ini yang terbaik. Maka setelah ditilik2 dan difikir2, aku ambil keputusan untuk belajar secara serius. Jadi, aku bagitau Intan, aku nak register online class selama setahun, atau dengan kata lainnya, full course mandarin, hingga fasih, selama 12 bulan. 

Mulakan Siasatan Syarikat

Plate Signboard kat Branch

Dalam masa yang sama, aku pun mula menjalankan siasatan untuk memastikan adakah syarikat tu genuine dan wujud. Aku google review2 dari student2 yang pernah atau sedang menjadi student di Kunkwan. Nama syarikat yang menyediakan perkhidmatan Mandarin Class tu adalah Kunkwan. Setelah disiasat serba sedikit, aku dapati semuanya okay dan positif. Ada website yang proper, dan ada dua cawangan, di Johor Bharu dan di Sg. Besi. Cuma sekarang kan tengah Covid19, jadi semua kelas dilakukan secara online melalui aplikasi Zoom.

Bayar sekali, Ulang2 Kelas Hingga Pandai (Lifelong Revision)

Ini adalah antara main point yg paling utama mengapa aku membuat keputusan untuk belajar bahasa Mandarin bersama Kunkwan. Walaupun setelah habis course yg aku belajar tu, tapi jika aku rasa masih tidak cukup, aku boleh ulang kembali kelas dari mula, tanpa sebarang bayaran tambahan. Aku check tempat lain yang ajar bahasa Mandarin, takde pulak yang offer mcm ni. Kebanyakannya hanya sekali kelas, jika sudah habis, habis la, tak boleh ulang balik.

Group Selfie setelah habis foundation class kami

Contohnya, untuk kes aku, jika aku sudah habis khatamkan course aku selama 12 bulan di Kunkwan, tapi aku rasa masih tak cukup, maka aku boleh request untuk ulang semula mana2 kelas yg aku rasa perlu untuk improve bahasa mandarin aku. Point ni bagi aku sangat penting sebab untuk belajar sesuatu bahasa, tak boleh la belajar sorang je. Kena ada tutor, tenaga pengajar untuk beri tunjuk ajar. 

Bayangkan, kalau tak ada lifelong revision ni, kalau aku dah habis course, tiba2 aku ada persoalan pasal mandarin tapi tak boleh tanya sesiapa pun, tak ke frust tu. 

International HSK Certificate

Sijil HSK (Hanyu Shuiping Kaoshi) adalah seperti sijil English MUET kita untuk dalam Malaysia, tapi boleh digunakan worldwide di seluruh dunia seperti sijil IELTS atau TOEFL untuk English. 

HSK Cert 

Ok untuk point ni, aku rasa agak penting bagi yg tengah cari kerja di company2 dari China, yg ramai bos Cina, atau yg mahu sambung belajar di China. Employer biasanya akan bayar language komisyen untuk sesiapa yg boleh bercakap bahasa ketiga terutamanya mandarin. Benda ni jugak adalah macam target untuk aku mendapatkan cert ni setelah habis course aku nanti. Boleh demand lebih sikit gaji masa apply kerja nanti heheheh.

Harga yang berpatutan 

Untuk course yg berbeza, harga yg dicaj juga adalah berbeza. Tapi disebabkan konsep pembelajaran kat kunkwan ni, aku rasa sangat berbaloi untuk belajar mandarin kat sini. Paling penting, lifelong revision tu. 

Untuk Foundation CIC:                            RM299

Manakala harga untuk course yang lain berubah-ubah mengikut kesesuaian. Kadang2 ada masa2 tertentu seperti musim perayaan ditawarkan promosi untuk pendaftaran, harga lebih murah atau percuma untuk ahli keluarga & kawan2.

Memang tak dinafikan ada je course Mandarin yang lebih murah di luar sana, tapi tak semuanya offer HSK certificate & Lifelong Revision yg aku mention kat atas. Jadi, aku ambil keputusan untuk bayar tiga kali, untuk full course sehingga fasih bahasa Mandarin tahun depan, InshaAllah. Yang penting kena konsisten la setiap sehari atau dua hari kena buat revision dan homework.

Harga untuk Foundation CIC Class

Tenaga Pengajar yang helok dan bagus2!

Setakat ni aku cuma berpeluang berguru dengan seorang Laoshi (Cikgu) saja iaitu Meila Laoshi (Cikgu Mira). Tapi berdasarkan pengalaman sebulan lebih aku berguru dengan beliau, walaupun dia Melayu, tapi pengetahuan bahasa mandarin dia mmg excellent kaw2. Rupanya dia sekolah cina dari kecik dulu sebab tu fasih. Laoshi2 yang lain juga aku yakin sangat bagus berdasarkan profile2 diorang yang aku baca sepintas lalu.

Antara feedback dari student sana, aku pun tak kenal sape 

Paling Penting: Enjoy! 

Sebenarnya mmg aku dah lama nak belajar bahasa mandarin ni sbb aku ramai kawan chinese. Kadang2 tu diorang borak dlm bahasa mandarin tapi aku tak faham, geram jugak la. Lagi pun aku rasa agak cool jugak kalau boleh ckp bahasa diorang ni.

Memang ada je orang kata, buat apa nak belajar bahasa diorang, diorang kan duduk Malaysia, so diorang la kena belajar Bahasa Melayu. Betul, aku setuju, dan setakat ni semua kawan chinese aku pandai Bahasa Melayu. So, aku agak malu jugak, diorang pandai cakap BM, tapi aku tak faham langsung bahasa diorang. walaupun pelat2 sikit tapi aku faham la, BM bukan mother tongue diorang kan. Tapi still, diorang boleh faham bahasa melayu kita walaupun kita cakap bahasa pasar. 

Jadi, aku pun nak cabar diri aku untuk faham bahasa diorang, iaitu Bahasa Mandarin. Dalam masa yg sama, skill berkomunikasi aku juga akan bertambah bila boleh bercakap bahasa lain ni. Aku dah ada basic foundation untuk cakap bahasa Jerman, so why not tambah bahasa keempat, Jiayou!

So, bila dah ada motivation untuk belajar tu, secara automatiknya perasaan seronok tu akan datang juga. 

Seronok belajar tanpa stress2

Sorry entry kali ni panjang sikit sbb banyak info kena share :) Jadi, apa pendapat korang?


Oh ya, aku baru saja menghabiskan foundation class mandarin selama 1 bulan (4 class x 2 jam setiap class). So far so good!

CIC Certificate, perfect attendance tuu

Jadi, kalau sesiapa yang berminat, boleh la komen kat bawah atau whatsapp den yoo.

WhatsappSaya

Xiexie he zaijian!





24 comments:

  1. Memang seronok sebenarnya belajar bahasa asing ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok, tambah2 bila org2 yg guna bahasa asing tu ada je kat sekeliling kita, so kita boleh practice

      Delete
  2. Wah, saya pun datang sini dari Twitter, sambil chat dengan saudari admin kelas mandarin tu kat whatsapp, saya google nak tahu review kelas ni, dan terjumpa blog ini.

    Terima kasih sebab sudi jelaskan panjang lebar pengalaman saudara setelah mengambil kelas ni. Saya dah diracun & daftar pakej kelas 3 bulan, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yeke, alhamdulillah tahniah ye, kalau ada saudara mara kawan2 yg berminat jugak whatsapp saya juga ye sbb sy pun salah sorang admin kunkwan hehe link bawah ni je

      wa.link/b1cqxg

      Delete
  3. I'm also a Kunkwan alumni graduate. Best laoshi ajar.

    ReplyDelete
  4. Harga klas 12 bln tu cover skali ke utk exam HSK (level 1-6)? Ke ada bayaran tambahan utk exam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak, utk exam kena bayar separately, rm106 kalau tak silap

      Delete
    2. Nak tanya exam tu wajib ambik ke?

      Delete
    3. kalau nak advance ke next level, exam mmg wajib ambil dan lulus cik izzah, tp kalau nak repeat level yg sama pun takde masalah, tak perlu ambik exam, bagitau je laoshi & admin kunkwan tu

      Delete
  5. Tgh search pasal kunkwan terjumpa this blog. Alhamdulillah dah selamat dah register kunkwan lepas dengar brief hana laoshi last night. Hopefully berbaloi pelaburan ni untuk masa depan kerja dan faktor takmau orang sekeliling kutuk kita tp kita tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan cik faziera 🀲🏼🀝🏼

      Delete
  6. Saya baru nak brief siang nanti. Sebelum ambik keputusan saya browse cari sebanyak information pasal Kunkwan. Terlebih ini adalah niat mencabar diri untuk pandai cakap bahasa lain.
    Salam kenal awak, from Tanah Jawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2, teruskan usaha 😁 ada apa-apa soalan boleh tanya saya ya! Jiayou!

      Delete
  7. Ni hen hao. Saya pon nak la. Br td ade admin bernama Jihan wasap sya. Sebelom ni mmg pernah skola cina chung he's tp kejap je. Saya faham ckit xsmpi 30%.bila bc awk punye pengalaman. Rs nk blajo lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh faham 100% InshaAllah πŸ€²πŸΌπŸ˜†

      Delete
  8. ade yg rm900+ kan? itu course ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, rasanya itu course untuk 6 bulan, boleh whatsapp saya untuk apa2 soalan ya 😊 0182403155

      Delete
  9. Maaf nak tanya utk yg full course mandarin yg 12 bulan ni, berapa ya yuran dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2499 untuk full course seumur hidup dan boleh diulang2, lifetime revision

      Delete
  10. Boleh ke kalau dah amik kat universiti, lepas tu nak belajar lagi kat sini..kalau lulus ada dua sijil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh, takde masalah πŸ’ͺπŸ»πŸ‘ŒπŸΌ

      Delete
  11. Hai admin, saya aisyah. Saya sudah daftar kelas foundation dekat kunkwan dan kelas saya start bulan 11. Admin, saya nak tanya kalau kita daftar kelas foundation ade tak ambik exam macam hskk ke atau hsk? Masa diaorang briefing saya tak fokus sangat. Saya sangat berminat dengan kelas mandarin.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sy tak perasan tak reply lagi, kalau foundation saja belum lagi boleh ambil exam hsk, semoga kelas baik2 saja ya

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...