Wednesday 28 June 2017

Ramadan - - 1 Syawal di bandar #teamrayakl

Assalamualaikum,

Tengah bosan2 ni boleh la menaip sikit update blog. Alhamdulillah puasa penuh tahun ni, tapi untuk raya tahun ni, kami sekeluarga dah bersepakat dengan saudara mara untuk beraya di bandar saja, memandangkan salah sorang sepupu kami ni dah sarat mengandung. So semua standby je untuk berkejar ke hospital.

Dalam banyak2 buka puasa, rasanya dengan diorang ni paling meriah.

Ifthar bersama Geng Gelimat, nama macam gengster kan

Dah buka puasa, solat, moreh pulak kat mamak sampai pagi haha

Dah moreh, bawak keluar mercun, main tepi jalan belakang kereta orang pulak

Sedar2 dah 1 Syawal...Tema baju raya kali ni biru saja, pakai baju raya tahun2 lepas la nii

1st Syawal selepas Solat di masjid, bergambar sekeluarga

Minta ampun kat ayah, sedar tak sedar mesti ada salah silap

bergambar sikit ngan mak

Anak saudara yang nakal lincah

Rupanya 1 Syawal juga adalah harijadi Uwan yang ke 86
Raya kedua pulak dengan family Pak Tam

Gambar keluarga besar Paktam

Bergambar kat luar rumah pulak

Swafoto bersama keluarga gitewww

Raya keempat, kami berehat saja di rumah, ramai dah start kerja hari ni, sebelah petang pulak aku pergi jogging di Taman Bukit Jalil, lemau sangat badan dah


Lepas satu round dah mengah, malas sambung dahh


3km je mampu panas pulak tuu

View di Tasik

Ok lah, sampai sini je dulu, Byee!!


No comments:

Post a Comment

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...