Sunday 5 April 2015

Hiking #1 Bukit Gasing weekend

Salam Sabtu selamat malam everyone alle Menschen,

Dah tengah malam pukul 1.32am. Makin nak tido, makin tak mengantuk. Padahal siang tadi kat office punyala meronta2 nak tilam...Disebabkan tak boleh tido, so betterlah aku menaip sampai mengantuk. Dalam 2 minggu lepas, aku dengan member aku merangkap jiran rumah aku plan nak hiking di Bukit Gasing. Dalam pagi Sabtu macam tu sampai la kitorang.

Nasib baik naik motor je masing2, so senang la sikit parking betul2 kat entrance ke Bukit Gasing tu. Ramai yang dah siap sedia nak naik, terutama pakcik2 dan makcik2 Cina yang mmg dah biasa & fit naik bukit ni. Dengan berbekal kan hiking stick yang baru aku beli kat DIY Aeon tu, kitorang panjat la bukit tu.

Gigih mendaki la agaknya

Mula2 memang biasa2 je, kurang mencabar sebab laluan agak rata dan bukit2 sikit. Kemudian kami sampai ke Menara Tinjau dalam 20minit selepas berjalan. Naikla sekejap atas tu tengok view. Dalam 10minit lepas tu kami teruskan perjalanan.

Lepak di menara tinjau
Laluan lepas tu lebih mencabar sikit. Sesampai di simpang 3, kami pusing ke kanan menuju ke arah jambatan gantung. Agak jauh jugak, dalam 10minit berjalan sampai lah ke jambatan tu. Laluan selepas jambatan tu memang lebih mencabar, bukit agak curam tapi masih boleh tahanlah, haha.

Di jambatan gantung
 Sampai ke puncak, view agak kurang memuaskan, sebab adanya pembinaan kondominium di sebalik hutan simpan. Kami relax kejab kat situ dalam 20 minit sambil2 bergambar, sebelum meneruskan perjalanan balik. Tempoh perjalanan pulang memang sekejap je sebab menurun, amik masa dalam 20 minit macam tu. 

Di puncak rasanya, betul2 kan hiking stick tu
Hiking stick tu agak membantu jugak, tak sia2 aku beli. Dalam perjalanan balik, kami berjalan dengan pasangan makcik Melayu & Cina yang memang peramah gila. Diorang tunjukkan perjalanan pulang yang betul, takut salah masuk jalan, exit ke tempat lain pulak, tak pasal2 kena naik teksi nak pergi ke entrance tadi. Akhirnya kami sampai juga ke entrance tadi. 

Selepas habis hiking, balik semula ke entrance :)
Lepas bergambar kenangan, kitorang pergi melantak nasi lemak di gerai makan SS2. Layannnn....tak mengantuk pulak lagi ni...adoi..

So, nanti akan disambung next entry di weekend lain pulak yoo

Assalamualaikum & byee


4 comments:

  1. wahh. minat btul awk ngan hiking ye...
    sy ade kwn yg minat gak... hehe.. sy nie..errr ntah la.. hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mmg sy minat, Cik Nisa, haha yeke, ha lainkali boleh la ajak kawan awk tu join sy hiking jugak, ataupun awk sendiri join juga dengan kwn2 awk...menarik tau, hehe tiap2 minggu sy gi hiking

      Delete
  2. as'salam..
    jungle tracking..
    apa yg mnarik daki kat sana..? ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...macam2 lah yaya...ade sungai, jambatan gantung, view2 best, yg penting masuk free..haha udara pun sejuk je, sbb pagi & tengah2 hutan keliling pokok

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...