Monday 16 February 2015

Travel Log #1 Eastern Europe

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera & Guten Tag,

Di pagi Sabtu yang indah ini pada tanggal 17 Januari 2015 pukul 12:29pm, di saat aku sedang konon2 mengemas bilik sambil mengunyah kerepek di meja, tiba-tiba timbul keinginan nak menulis sebuah blog berkisar hidup seorang insan bernama Amirudin. 

Sebenarnya dah lama nak start blogging ni tapi tulah, buntulah nak cerita pasal apa & masa pun tak ada sangat. Bosan sangat kalau nak cerita pasal daily life sbb daily life aku lebih kurang sama je setiap hari. Kalau kadang-kadang takpe la kot.

Tapi since aku suka travel walaupun x seberapa, kawan2 ada gak cadangkan supaya start buat blog mengenai travel aku. Haaa....apa salah nya kann...lagi pun aku ni memang pelupa sikit. At least dengan adanya blog ni, aku boleh recall2 balik experience & share tips2 dengan rakan2 lain yang ada sama minat dengan aku ni, untuk future reference.

Preparation
Aku suka budget travel. Haa faham tak? hahaha... Sebagai contoh, aku prefer stay kat hostel berbanding hotel kalau travel ke sesuatu tempat. Lebih murah & hostel pun selesa, kena pandai pilih & rajin survey lah, terutamanya study review2 mereka yang pernah duduk di hostel tersebut. Aku ni pemalas so memang problem sikit bab2 ni, tapi kena la paksa diri untuk buat juga.

Haa....tu salah satu contoh nya lah. Duit yang dijimatkan tu boleh digunakan untuk tujuan lain, contohnya public transport, makan2, minum2 dan sebagainya lah. Lagipun stay kat hostel ni, aku boleh amik peluang berkenalan dengan traveller2 lain dari dalam & luar negara, ha cenggitu.

"You don't have to be filthy rich to travel, but it will enrich your life if you do" - Quora

Sambut Harijadi di KLIA
Pada tahun lepas (2014), aku telah bertekad untuk mengembara secara solo ke bumi Eropah selama 2 bulan bermula dari 24/3/2014 iaitu semasa harijadi aku sampai lah akhir bulan Mei iaitu  24hb Mei, iaitu kurang lebih selama 2 bulan. Entry ni mungkin agak panjang & berjela2, sebab aku tulis ikut suka hati aku, jadi bawak2 la bersabar  :) ok.

Bergambar bersama keluarga sebelum berpisah
Aku agak terkilan sebab tak buat notes yang proper semasa travel ke sana, dan kebanyakan nota2 penting aku save dlm handphone aku, yang kini hanya tinggal kenangan (dijual, tanpa proper backup)...so aku share mana yang aku ingat jelah ye.

Pengembaraan ke Eropah merupakan pengalaman pertama aku travelling solo secara backpacking. Dengan berbekalkan sebuah beg backpack 40L & sebuah handcarry bag yg kecil sikit, aku start dari KLIA. Awal2 da kantoi, nak scan passport pun tak tau, blur2 sebab tak pernah buat scan pasport melalui gate elektronik tu. Tak sampai sana lagi dah problem, memang kena gelak lah, buat orang risau je tambah2 keluarga, muahahaha...Tapi aku buat2 selamba sambil tersenyum kat diorang, padahal dalam hati panik dah ni takut passport problem ke ape, haha...Pengalaman mengajar kite, aku tak sepatutnya bawak handcarry bag yg besar sangat, memang menyusahkan, dan berat...tu pengajaran pertama

Perjalanan ke sana memerlukan aku untuk transit sebanyak 2 kali di Singapore & Paris. Transit selama 1,2 jam je, so tak sempat nak keluar jalan2. Semasa Transit di Airport Changi di Singapore pula, hampir2 aku tertinggal flight sebab salah terminal. Sampai melecet2 kaki berlari dalam airport nak kejar terminal yang betul. Airport di Singapura sangat besar...tp tak sempat nak ambil gambar lah, kepala tengah pening fikir benda lain masa sesat kat sana, biasa lah sorang2 & agak panik (-_-)!!....pengajaran ke-2, pastikan kasut yg dipakai semasa travel adalah selesa & sesuai untuk aktiviti lasak mcm berlari dlm airport, kalau xnak mencederakan kaki & kemungkinan terlepas flight....haih benda simple pun aku xboleh fikir betul2.

Perjalanan ke Charles de Gaulle Airport di Paris mengambil masa selama 14 jam lebih kurang. Lagi sekali aku confuse dengan perubahan masa di sana, dan cuaca makin sejuk...haihh...transit di Paris, kali ni aku dah bertenang dan bergerak lebih pantas ke arah terminal yang sepatutnya, haha. Siap boleh tunggu main internet wifi lagi, balas whatsapp2 keluarga & rakan2 memaklumkan keadaan aku di sana. Tapi tak bagitau lah hampir terlepas flight semasa di Singapore, nanti kena gelak lagi..(-_-) Kastam di Paris agak strict, minta mcm2 dokumen kat aku. Dokumen yg diminta seingat aku, tiket return, bukti penginapan, bukti duit dalam akaun iaitu penyata akaun bank, kad2 kredit/ debit, dan pasport semestinya. Alhamdulillah xde masalah, walaupun muka dia mcm x puas hati semasa cop pasport lepas aku bagi semua dokumen yg dia minta, siap mengeluh lagi, x faham aku. Pengajaran ke-3 pula, sentiasa alert dengan perubahan masa di negara yg mempunyai timezone berbeza, set jam tangan & handphone ke masa yg betul...dan pastikan semua dokumen yg perlu diserah semasa di kastam berada di dalam handcarry bag, bukan dalam check-in bag......Bila dah lepas kastam semua, barulah tenang sikit perjalanan.

Cuaca Sejuk di udara Berlin
Dari Paris, aku bertolak ke Tegel Airport di Berlin, Germany yang mengambil selama 2 jam lebih kurang. Airport di sana tidak lah secanggih airport di Malaysia, dan lebih kecil. Cuaca sangat sejuk bagi aku, walaupun winter baru sahaja berakhir.  Masa tu aku pakai baju kemeja selapis saja. Sebaik sahaja dapat backpack aku, terus aku tukar baju sejuk yg aku bawak, x berapa tebal tapi ok lahh...sejuk gila...

Muka tak mandi
Aku terus dapatkan segala2 yg diperlukan seperti simkad, tiket metro dan peta free dari customer service di sana, nasib baik diorang boleh cakap English. Simkad yg aku beli adalah dari Telco Blau.de, agak mahal, better ambil Lycamobile, lebih murah dan berpatutan,  tapi sebab dah terlajak, xpelah..... Agak mengambil masa sebab orang sana kurang speaking English dan prefer cakap German, tambah2 yang generasi lama. Aku boleh la cakap sikit2, & agak membantu semasa mencari arah di sana. Selepas survey2 dan bertanya2, aku terus naik bas dan tukar kepada metro sebelum sampai di John's Hostel di tengah bandar Berlin.
Brandenburgetor
Kalau nak cerita panjang2 kat sini untuk 2 bulan tu, mmg tak bangun dari kerusi ni 3 hari. Ok lah, nak dipendekkan cerita, aku ambil kelas bahasa German di Berlin untuk level 3 selama sebulan sebelum memulakan perjalanan ke timur Europe. Di Hostel di Berlin, aku berkenalan dengan beberapa backpackers lain yang berasal dari France, Singapore & UK. Tapi yang dari Singapore tu x boleh cakap Melayu lah. Ha, owner Hostel John tu boleh pulak cakap Melayu, sebab dia pernah menetap di Indonesia selama beberapa tahun sebelum pulang semula ke Berlin. Baik orangnya, cuma agak kedekut dan gay...(-_-)!, mintak discount hostel sikit pun nak berkira, ingat cakap Melayu boleh la mintak discount sikit, haha......

Antara tempat yang aku sempat pergi di Berlin adalah Brandenbugetor, Berliner Dome, Museum2 dan sebagainya (tak ingat dah, haha). Museum2 pun x masuk pun, tangkap gambar dari luar je, mahal tau x. Baik aku gi makan.

Tertinggal Bas #1 ke Krakow, Poland (ni kat Wroclaw)
Pada minggu ke 2 di sana, aku decide untuk ke Krakow, Poland. Aku naik bas ke sana. Oleh sebab ambil masa yang lama utk ke sana, aku tidur 1 malam di Wroclaw di Hostel (aku x ingat namanya). Keesokan awal pagi terus bertolak. Malang sungguh sebab salah amik trem yang pergi ke arah berlawanan dari stesen bas, menyebabkan aku tertinggal bas ke Krakow. Nasib ada public free wifi, aku beli tiket seterusnya secara online ke Krakow. Lantaklah, janji sampai, hahaha.
Agak unik di Krakow, dengan bangunan2 lama dan budaya di sana. Semua orang berjalan kaki, naik basikal atau naik kereta kuda, jarang nampak kereta di sini. Aku join Free Walking Tour Krakow yang aku survey dari internet, mmg berbaloi, dan bayaran berdasarkan tips ikhlas dari peserta. Bagila sikit kan, penat dia bawa kami jalan2, lagipun cara explanation dia pun tak membosankan & menghiburkan juga. Di sana juga aku sertai tour ke Auschwitz-Brkenau Camp dimana pernah terjadi pembunuhan beramai2 Jewish oleh Pihak Nazi German ketika itu....

Ok, aku stay di Krakow selama 3 hari 2 mlm, sebelum pulang semula ke Berlin. Pada minggu ke 4, aku bertolak ke Amsterdam untuk menghadiri Jobfair di sana menggunakan bas ekspres sambil merayau2, selama 2 hari 1 mlm. Aku tersilap memilih Hostel kerana ia adalah sebuah camping hostel yang terletak agak jauh di pinggir bandar. Namanya Amsterdamse Bose kalau x silap, aku boleh ingat pulak nama dia, biasalahh benda2 yang aku x puas hati macam ni memang aku ingat nama punya, haha.......Harganya murah tetapi banyak hidden cost & aku sangat tak berpuas hati dgn servis mereka: Blanket, tisu, air panas semua dia charge. Air panas 5 minit je dia bagi, tapi bila aku set masa, x sampai pun 5 minit! Dah la jauh dari bandar, memang buang masa aku jalan ke metro setengah jam. Takpe lah, pengalaman... :) Tapi selepas tu aku pun jalan puas2 sampai lenguh2 kaki, tapi sempat kat sepanjang sungai kat area Centraal Station je lah, sebab lepas tu nak kena kejar masa bas plak.

Bangunan tak dikenali di Prague
Ladang Bunga Canola sepanjang perjalanan ke Berlin














Kemudian, aku balik semula ke Berlin untuk meneruskan pengajian bahasa aku. Minggu berikutnya, aku bertolak ke  Prague. Selama 4 hari 3 mlm aku di sana, agak berbaloi pengalaman di sana, dan kebanyakan barang di sana adalah murah berbanding di Berlin.

Cuaca pun masa tu dah start panas, peluh2 hangit gak badan aku masa tu. Tiba masa pulang ke Berlin. Dengan menggunakan www.blablacar.com, aku pulang ke Berlin dengan menumpang kereta seorang orang German, tapi kena set appointment baik2 lah. Peramah orangnya, dan caj adalah lebih murah berbanding bas. Tak sure kat Malaysia ada ke tak servis ni, tapi memang berbaloi2.
Tertinggal bas #2: Percubaan aku kali pertama untuk menumpang orang ke Prague tak menjadi sebab dia tak reply text semua, sekaligus aku pun tertinggal bas sekali. Beli tiket  bas baru, Subuh2 aku bertolak ke Prague.
Di Angel Statue Budapest
Setelah puas mengembara di bumi Prague, perjalanan diteruskan ke Budapest, Hungary. Perjalanan sehari semalam, mmg penat, tapi berbaloi lah sebab dpt menikmati pemandangan cantik2 sepanjang perjalanan. Tiba di Budapest di tengah2 malam buta pula tu, aku minta tolong sepasang kekasih atau suami isteri yang kebetulan berjalan2 di situ.
Background Parliament Building
Mereka hantar aku sampai ke pintu hostel, memang baik hati & peramah. Hostel agak meriah & bersih, tapi kurang privacy sikit, tapi apa nak buat, duduk dorm, terima jelah. Lagipun aku tak kisah benda2 macamni, lumrah lah kan. Di sini juga aku join Free Walking Tour oleh seorang wanita local yg cantik. Banyak benda menarik di Budapest yang tak larat nak diceritakan kat sini, mungkin entry lain boleh lah cerita. Sekarang hanya general view journey kat sana sahaja. Yang penting, memang cantik & indah di Budapest. Pandai diorang jaga tempat ni.

Lazyman Bratislava
Kawan Baru dari Brazil
Dari Budapest, aku decide untuk singgah di Bratislava, Slovakia. Hari hujan setibanya aku di sana. Hostel nya mmg memuaskan, berbaloi & breakfast disediakan, roti mentega kacang dan sebagainya.
Aku berkenalan dengan rakan serumah yang berasal dari Brazil, mereka student & travel berempat. Sempat jugala borak2 & lunch sama2. Aku join Free Walking Tour juga di sana, konsep yg sama semasa di Krakow. Pengalaman di Bratislava agak sederhana tapi berbaloi juga. Cuaca agak redup di sana & kadang2 hujan. Tapi aku jalan2 jugak la hujan2 pun, Alhamdulillah x jatuh sakit sebab hujan. Tak demam or seumpama nya, cuma selsema biasa sajalah. Memang normal aku selsema dlm cuaca macam ni. Kalau kat Malaysia, aku selsema gak, tapi selalunya sebab habuk & bulu kucing yg aku usap2, sebab alergik, tapi tetap usap sebab suka. Biasanya insaf skejab & tak usap dah, tapi sekejap je....

Di depan Opera House
Selepas 3 hari aku di Bratislava, aku bertolak ke Vienna, Austria. Perjalanan hanya 2,3 jam sahaja, sebab negara ni berjiran saja, sangat dekat. Aku sampai ketika hari hujan juga. Di sini, mereka bertutur dlm bhs German juga, cuma ada kelainan dari segi slang mereka, & byk word yg berbeza ejaan. Tapi x ada masalah since kebanyakan boleh cakap dlm English. Sesampainya di Hostel, aku terus membuat pembayaran & minta peta free seperti biasa. Dorm di sini agak biasa, tapi juga kurang privacy sikit, tambah2 pula katil aku betul2 di laluan utama pintu masuk. Setelah letak barang semua, aku segera buka map & google segala tmpt2 menarik di Vienna ni. Banyak juga. Selesai sesi2 menanda di peta, aku bersiap2 untuk keluar. Penat2 juga, sebab baru sampai, tapi x bolehlah di layan sangat penat ni. Hari masih hujan. Aku  pakai hood, dan segera berjalan keluar, menuju ke Opera House yg agak jauh juga. Berdasarkan jadual di website, ada performance malam tu. Aku boleh beli tiket melalui pintu belakang, 2-4 Euro sahaja... berbanding pintu dpn sampai berpuluh2 & beratus2 Euro. Akhirnya, berjaya juga lah tengok opera malam tu, walaupun agak x faham, berbanding opera di Berlin, dan kaki agak penat, sebab tiket murah tu utk tempat yg x ada kerusi, so kena berdiri atau duduk di tangga yg diikat dengan tali aku untuk cop tempat. Selesai Opera, hari dah malam gelap, hujan masih lebat, aku redah juga, xkan nak tunggu situ sampai subuh kan. Singgah di kedai runcit, beli mi segera utk dinner. Lebih kurang mcm tu lah 1st day di Vienna. Hari esoknya cuaca cerah, so jauh sikit aku merayau, bertemankan peta di tangan. Pada hari terakhir di Vienna, aku telah beli tiket bas untuk ke Sarajevo, Bosnia. Malangnya terpaksa cancel di saat akhir disebabkan Bosnia sedang darurat banjir ketika itu, takut dah masuk, susah nak keluar balik & x sempat nak kejar flight balik ke Malaysia dari Berlin.
Di dalam Opera House di Vienna, Austria

Guards of Zagreb

Museum mcm ni pun ada, di Zagreb
macam Castle Walt Disney pun ada (Zagreb)
Aku stay di Vienna selama 3 hari 2 malam, sebelum bertolak ke Zagreb, Croatia.

Bandar Zagreb agak kecil dan padat kalau dibandingkan dgn daerah lain seperti Vienna, Bratislava etc. Bangunan lebih rapat & pengangkutan utama adalah trem. Bas banyak digunakan untuk pengangkutan dari bandar ke bandar. Namun orangnya peramah & ramai yg boleh cakap bahasa
Inggeris, so senang nk tanya arah.  Aku jarang bertanya arah melainkan peta tiada ataupun tidak lengkap ataupun memang sesat. Tiada Free Walking Tour di sini, mungkin tiada sambutan kot. Hostel yg aku book di Zagreb ni agak teruk dari segi layanan mereka. Pada malam ketibaan ke sana lebih kurang pukul 1.00am, aku terpaksa berjalan keluar cari hostel lain & byr berkali ganda lagi mahal disebabkan hostel tutak bagi aku check in sebab aku x maklumkan waktu ketibaan aku , common sense, bagi la aku at least stay kat living room ke, adoila....otak kat lutut.
Hostel cantik, perangai buruk, x guna beb. Selama 3 hari aku stay situ, cantik bandar nya tapi dari segi lain, agak sama dengan beberapa bandar yg telah aku lawati sebelum. Sepatutnya ada pertunjukan tembak meriam pada pukul 12pm, tapi aku terlepas pulak, sayangnya, haha..sape suruh bangun lambat. Pengajaran: Cuba sebaik mungkin untuk check in ke hostel tepat pada waktunya & kalau x sempat juga, maklumkan mereka tentang kelewatan tersebut, ha cewah..sebab diorang ni punctual gak.

Pink/Red Church Ljubljana
Pada hari ke 3, aku bertolak ke Ljubljana, Slovenia. Lebih kurang 2 jam dari Zagreb. Alhamdulillah cuaca baik, memang cantikla tempat ni. Pagi2 aku dah keluar untuk join Free Tour kat
Main Square depan Pink Church tu. Tour guide tu bawak kitorang pusing2 tempat yg dia rasa menarik & lepas tu aku pusing keliling bandar ni sendiri sebab tak puas hati jalan. Kadang2 aku penat, berhenti & bergambar dgn org local kat sana. Istana Ljubljana atas bukit tu pun aku panjat, & berbaloi betul sebab view dari atas sana memang cantik gila, boleh nampak Banjaran Alps dari atas istana tu. Cuaca sgt baik & angin bertiup sangat kuat.

Selepas Ljubljana, Slovenia, tibalah masa untuk perjalanan pulang ke Berlin disebabkan masa untuk pulang ke Malaysia hanya tinggal 3, 4 hari sahaja, dan tiada direct bas ataupun train dari Ljubljana ke Berlin setelah dibatalkan suatu masa dahulu kerana tiada sambutan, rugi lah, melainkan naik flight, tapi sgt mahal. Setelah berkira2 congak2 analisa2 kaji2, aku buat keputusan drastik untuk pulang ke Berlin melalui Munich, Germany. 
Unknown Bridge near Bustation

Mungkin ramai yang pertikaikan route ni sebab rasanya ada je route lain untuk pulang ke Berlin, contohnya bermalam di Prague mungkin atau pun naik je flight. Tapi sebenarnya saja aku bagi alasan untuk berjalan lagi, tambah2 pulak tak jejak lagi ke Munich. Memang betul lah kata orang, semua benda di sana memang mahal termasuk hostel dia yang berharga 30 Euro untuk 1 malam. Disebabkan bas seterusnya ke Berlin adalah pada esok pagi pukul 7.30am, aku ambil keputusan untuk menjadi gelandangan 1 malam & tidur di bangku stesen kereta api Munich, bersebelahan stesen bas, dan disebabkan aku tersangatlah lapar berjalan seharian mencari tempat tido, aku pun belilah burger Fillet 1 set. Sakit tengkuk aku tidur atas kerusi. Rupanya ramai lagi yg senasib dengan aku tidur kat tempat yg sama. TrainStation Munich ni susah nak cari kerusi sebab semua kerusi dia dah kumpulkan & screw kat 1 bilik khas di tingkat 1, iaitu tempat tidur aku masa tu, hahaa...awal2 pagi pukul 7am dah ada abang cleaner negro kejut kitorang dalam bilik tu guna vacuum cleaner dia. Ha baguslah, ak pun memang x tidur pun, nak jaga barang lagi. Hilang buat naya jek. Setelah tidur2 ayam yang langsung x lena, akhirnya dah pagi pukul 7.00am, aku cepat2 angkat segala beg aku dan berjalan terkedek2 ke stesen bas. Bas x sampai lagi hinggalah 15-20 minit berikutnya.

Perjalanan ke Berlin, Germany mengambil masa dalam 4 jam jugalah. Kami berhenti sekali untuk refreshment tapi x ingat kat mana, sebelum sambung perjalanan. Sesampainya di sana, aku terus menuju ke arah John's Hostel semula. Rindu betul kat roomate, ahahaha.....Aku duduk di Berlin selama 3 hari, dan aku manfaatkan sepenuhnya. Aku pergi ke tempat2 yg masih belum di cover semasa mula2 sampai di sini awal2 dulu. Tak banyaklah, tapi aku cuba jugak sehabis mungkin. Maklumlah, jalan kaki & naik metro saja. Oh ya, aku hampir di seluk poket oleh seorang pemabuk semasa dlm perjalanan pulang ke hostel pada pukul 1.00am. Cubaan beliau gagal sebab aku ikat wallet aku pada tali pinggang menggunakan tali kasut. Pengajaran: Sentiasa alert dengan masa operasi metro & bas terutama waktu malam, dan jangan mudah percaya pada orang asing yg konon2 nk membantu, terutama kalau dia berbau arak, maksudnya baru lepas minum & tengah mabukla tu. Ikat wallet & sorokkan di tmpt yg selamat & reachable. Passport juga penting.
Airport Di Paris
Akhirnya, pada 24/5/2014, tibalah waktu pulang ke tanah air. Aku bergegas ke Tegel Airport menaiki bas. Laju pulak sampai. Transit seperti biasa di Airport Charles de Gaulle di Paris sebelum direct flight ke Malaysia.

Farewell for now
Begitulah serba sedikit perjalanan dan pengembaraan aku di bumi Eropah. Tak semua negara dapat dilawati kerana kesuntukan masa. Terima kasih kepada semua yg sudi membaca sampai habis, mahupun yg baca setengah saja ataupun yg scroll down tanpa baca. Memang aku hargai semua yg sudi melawat blog tak seberapa ni.

Lepas ni kalau ada kesempatan akan di update blog ini sebab sekarang pun dah pukul 3.44am, dan esok kerja, haha...jangan la mc ye mintak2.....adoi

Sekian, Wallahualam.

P/s: Tuntutla ilmu walaupun ke negeri China, & kongsi ilmu yg diperolehi utk manfaat orang lain. Ilmu yg dikongsi akan sentiasa kekal selagi diamalkan, walaupun selepas kematian.

4 comments:

  1. pergh... inilah entry travel yang terpanjang pernah ai skodeng... hahaha, hey amirul, welcome to the blogging world, i'll be your 2nd follower okeyh... hahah *high five* ;3

    ...and yes, you don't have to be filthy rich to travel, you just have to be brave, fit, quick on your feet, and outgoing (and of course, having the time to travel) ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks beb, x expect ada orang akan baca sampai habis entry ni, i tulis ikut hati & perasaan je ni tu yang jadi panjang, u baca sikit pun i dah appreciate sangat...hi 5 back! *amirudin, bukan amirul, or azlee is shorter kot...haha...thanks again for following beb :))

      Delete
  2. Hye!!! (errr...xtau nk pgl azlee ke amirudin, hehehe...) thank sudi komen2 kat blog sy yg ntah pape.. welcome to the blogosphere~.... bagus gak wat travelblog, leh bg info2 psl travelling kat public...hehehe... kwn2 sy sumer rajin travelling, mmg xyah tggu kaya br leh travel, cume kne pndai kumpul duit n bajet2..hehe..
    btw, dlu wat master in ape? kat uitm eh dlu? ^_^

    Anyway, nice to know u~....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye~~Panggil Azlee pun boleh, amir pun bleh, udin boleh..thanks jugak sudi me reply comment sy..dlu wat business admin saja, kat upm, haha tp degree di uitm shah alam, 4 tahun :) Ha jom lah travel Nisa!!

      Delete

Thank you :) Feel free to leave your comment here!

Travel Eropah 2020 #Part2

Salam, Setibanya di Berlin, kami terus menuju ke Citystay Hostel Berlin Mitte, hostel yang lokasinya betul2 sangat hampir dengan Menara T...